Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 November 2015

Sedang apa dan dimana?

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog spot ini.Terfikir juga penulis tentang apa yang sedang berlaku diluar sana apa yang sedang dialami dan dijalani oleh kawan-kawan yang pernah diam sebumbung belajar di maktab yang sama.

Mungkin ada di kalangan rakan-rakan penulis sedang berusaha menjadi seorang pendidik dan ada juga yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap individu memiliki rancangan masing-masing bergantung dengan kemampuan dan lokasi tempat kerja.

Penulis sendiri sedang berusaha untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana namun perjalanan ini bukanlah semudah yang disangka. Apa-apapun penulis sentiasa berdoa kepada rakan-rakan yang pernah bersama berjuang menggapai segulung ijazah pendidikan dengan harapan semuanya berjaya dan bahagia menjalani pekerjaan sebagai seorang guru.Sekian.

gambar rakan-rakan sekelas sebelum berpisah

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )