Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 November 2015

Sedang apa dan dimana?

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog spot ini.Terfikir juga penulis tentang apa yang sedang berlaku diluar sana apa yang sedang dialami dan dijalani oleh kawan-kawan yang pernah diam sebumbung belajar di maktab yang sama.

Mungkin ada di kalangan rakan-rakan penulis sedang berusaha menjadi seorang pendidik dan ada juga yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap individu memiliki rancangan masing-masing bergantung dengan kemampuan dan lokasi tempat kerja.

Penulis sendiri sedang berusaha untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana namun perjalanan ini bukanlah semudah yang disangka. Apa-apapun penulis sentiasa berdoa kepada rakan-rakan yang pernah bersama berjuang menggapai segulung ijazah pendidikan dengan harapan semuanya berjaya dan bahagia menjalani pekerjaan sebagai seorang guru.Sekian.

gambar rakan-rakan sekelas sebelum berpisah

15 Januari 2015

Selamat Tahun Baru!! ( The End )


Salam sejahtera kepada semua yang membaca Blog aku dan IPGKS. Ya, blog ini dah tak beroperasi lagi. Sebab bloggernya sedang menikmati lembaran hidup baru. Kan blog ni adalah blog berkaitan dengan kehidupan di sebuah maktab di Sarawak. Sekarang adminnya a.k.a blogger Aku Malas mencoret kisah Post ( selepas zaman maktab ) dalam blog bertajuk Aku Malas.

Aku, mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru tahun 2015. Agak mencabar tahun 2014 bagiku, secara peribadinya banyak dugaan yang aku alami bukan sahaja dari aspek peribadi malahan dari aspek pekerjaan sebagai guru baru pada tahun 2014. April merupakan tarikh bersejarah buat batch PISMP Ambilan Jan 2010 kerana 1. April . 2014 adalah tarik posting kami.

Semoga perjuangan ini semakin berseri dan jangan asyik menunggu jer.. kali ini kita yang menyumbang. Jangan melangkah maju.. tetapi berlari maju sekarang!Percepatkan langkah..er..er.. kira betul lah tu. tak salah kan? You all faham kan? Bijak.. bagus.. haha! Ok, thanks for lepak sekejap dalam Blog Nostalgic ini. Bye.

So... idea untuk enteri lepas ni? What about Time Bomb punya Photo di IPGKS Miri?!! hahaha! :-P

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )