Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Mei 2014

Selamat hari Guru


Tema untuk 2014 adalah Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Demikianlah tema yang mendukung perjuangan guru-guru di Malaysia. Dengar cerita tadi blackout di IPGKS Miri. Seluruh bandar Miri mengalami ganguan elektrik kata kawan saya. Semoga sambutan hari guru di sekolah-sekolah dapat dijalankan dengan lancar.


Semoga semua guru pelatih berusaha lebih gigih dalam menaikkan imej perguruan di tanah air. Jadilah seorang guru yang luar biasa dan hebat. Sekian.

11 Mei 2014

Bag Nike Ori ?

Sumber dari Saudara Judd:

Menurut dia di laman FB IPGKS Miri  

"Salam 1 IPGKS..pihak koperasi ada menjual beg jenama Nike original dengan harga cuma Rm50.00 shj..beg dijamin ori n stok adalah terhad..kpd sesiapa yg berminat bole lh mghubungi sy melalui pm di FB..rebutlah peluang ini."




Wahai Cikgu Seni

Gambar hiasa. Web Junior Saya.

Sediakan diri anda dengan sebanyak mungkin ilmu. Kerana bukan hanya  PSV sahaja akan diajar di sekolah nanti. Sebagai guru, kita harus memiliki pelbagai jenis kemahiran. Guru bukan hanya duduk di bilik dan berfikir. Adakalanya kita menjadi perantara dengan masyarakat setempat. Ada perkara yang kita laksanakan memerlukan kemahiran yang tidak kita pelajari di IPG. Seharusnya tanamkan sifat rajin mencari ilmu.

Kepada semua guru tidak hanya berfokus kepada guru seni sahaja. Semua guru memiliki fungsi yang penting dalam komuniti. Jadikan segenap aktiviti di dalam kelas menarik dan indah. Kerana ia akan menjadikan  murid-murid kita berasa seronok untuk belajar. Jika mereka seronok, guru pun gembira. Usah ketepikan mereka dalam segenap hal termasuk perkara di luar bilik darjah. Mereka perlukan perhatian. Kita sebagai perantara, adakalanya kita tidak tahu murid kita bermasalah di dalam kelas disebabkan stress dan masalah keluarga.

Sekian.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )