Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Mei 2014

Wahai Cikgu Seni

Posted on 1:49 PTG by Chrisroyston Bakum

Gambar hiasa. Web Junior Saya.

Sediakan diri anda dengan sebanyak mungkin ilmu. Kerana bukan hanya  PSV sahaja akan diajar di sekolah nanti. Sebagai guru, kita harus memiliki pelbagai jenis kemahiran. Guru bukan hanya duduk di bilik dan berfikir. Adakalanya kita menjadi perantara dengan masyarakat setempat. Ada perkara yang kita laksanakan memerlukan kemahiran yang tidak kita pelajari di IPG. Seharusnya tanamkan sifat rajin mencari ilmu.

Kepada semua guru tidak hanya berfokus kepada guru seni sahaja. Semua guru memiliki fungsi yang penting dalam komuniti. Jadikan segenap aktiviti di dalam kelas menarik dan indah. Kerana ia akan menjadikan  murid-murid kita berasa seronok untuk belajar. Jika mereka seronok, guru pun gembira. Usah ketepikan mereka dalam segenap hal termasuk perkara di luar bilik darjah. Mereka perlukan perhatian. Kita sebagai perantara, adakalanya kita tidak tahu murid kita bermasalah di dalam kelas disebabkan stress dan masalah keluarga.

Sekian.

No Response to "Wahai Cikgu Seni"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )