Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Mac 2014

Kemana kami pergi lepas ni?

Posted on 1:31 PG by Chrisroyston Bakum

Tanggal 29 April 2014, rata-rata semua guru pelatih yang telah ditetapkan mengajar di Sarawak telah mengetahui keputusan berkaitan dengan lokasi penempatan. Aku a.k.a Aku Malas yang telah study di IPGKS Miri Sarawak telah mengetahui nasib aku hampir serupa dengan rakan-rakan yang lain. Kami telah ditempatkan di kawasan pedalan.

Aku telah diminta utk melapor diri di sebuah sekolah yang bernama SK Ju Julau. Dengan segera aku cuba menjejak lokasi sekolah ini dan akhirnya aku mengetahui realiti bahawa sekolah tersebut sangat tidak popular di dalam carian Google.

Ini memberi petunjuk bahawa sekolah ini tak kerap disebut. Adakah disebabkan ia terlalu pedalaman di kawasan Julau? Adakah di sana tak banyak guru yang buka blog atau berkongsi maklumat secara terbuka di dalam carian web? Banyak yang aku fikirkan, sehinggalah aku menemukan sebuah peta dari Google. Ia adalah peta lokasi beberapa buah sekolah di bahagian Julau.


Rupanya ia adalah sekolah P3 yang dulunya terkenal dengan cerita menaiki perahu sampai 7 jam jika sungai Maong menjadi cetek semasa musim kemarau. Ok, bunyinya macam menarik & ia jauh dari kesibukan seperti di bandar.

Aku dengar kawan-kawan yang lain juga ada dapat kawasan yang jauh seperti aku. Nampaknya, tidak sia-sia kami dilatih dengan B.I.G semasa berada di IPG. Semoga skill dan kekentalan yang telah dibentuk dapat digunakan sebaiknya untuk berkhidmat di kawasan yang sukar dimasuki manusia.

No Response to "Kemana kami pergi lepas ni?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )