Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Mei 2013

Tujuan penyelidikan dalam pendidikan.


Salam sejahtera kepada anda yang sedang blogwalking hari ini. Nampaknya kita dijodohkan untuk bertemu di ruangan ini. Kali ini aku nak kongsikan beberapa maklumat mengenai penyelidikan tindakan secara ringkas dalam dunia pendidikan.

Banyak jenis penyelidikan dapat dijalankan, ada yang melibatkan bidang perubatan dan juga rekaan. Namun untuk kali ini kita aku akan kongsikan mengenai kajian dalam pendidikan. Dalam dunia pendidikan kita sentiasa berusaha memperbaiki kualiti sesuatu kaedah dalam perlaksanaan amalan profesional. Oleh hal yang demikian, kajian dalam pendidikan memiliki lima tujuan utama iaitu, meramal, memperbaiki, menjelaskan, menghuraikan dan menyelesaikan masalah.

Dalam pendidikan, para guru hendaklah mahir meramal dan membuat jangkaan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pedagogi. Ini merupakan kemahiran yang penting untuk membantu guru menentukan tahap atau aras yang hendak diajar kepada murid. Kajian tindakan merupakan satu kaedah yang boleh membantu guru meramal corak pembelajaran dan ia hendaklah dijalankan menggunakan disiplin-disiplin yang telah ditetapkan dalam menjalankan kajian.

Kajian juga berperanan untuk mencari kaedah yang paling berkesan untuk memperbaiki prestasi murid di dalam kelas. Ia juga digunakan untuk memperbaiki teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru-guru di dalam kelas. Tidak semua sekolah memiliki suasana pembelajaran yang optima serta sesuai dengan latar belakang murid. Oleh hal yang demikian, satu kajian boleh dijalankan untuk memperbaki kualiti pembelajaran di dalam kelas. Kajian sebegini hendaklah mengambil kira teori-teori yang mampu mengoptimakan aktiviti di dalam kelas. Guru hendaklah menilai sejauh mana peningkatan pencapaian murid melalui perbandingan selepas dan sebelum kajian. Aspek kualitatif dan kuantitatif merupakan perkara yang penting dalam menjadi panduan untuk menilai hasil kajian.

Kajian ini juga digunakan untuk membantu guru memahami sesuatu suasana yang terjadi di dalam bilik darjah. Adakalanya masalah disiplin akan menimbulkan banyak persoalan. Melalui kajian sebegini, guru akan mempu menjelaskan mengapa sesuatu masalah terjadi di dalam kelas. Guru juga dapat menggunakan kajian untuk menjelaskan prestasi murid di dalam kelas, apakah faktor penyumbang dalam mengalakkan minat murid untuk belajar.

Guru adakalanya menyediakan laporan. Laporan tersebut hendaklah dihuraikan dengan jelas dan logik. Dalam keadaan ini, kajian yang mudah berperanan untuk menghuraikan maklumat yang terdapat di dalam laporan tersebut. Beberapa set ujian boleh dijalankan untuk memperoleh data yang menyokong sesuatu maklumat.

Sememangnya di dalam usaha mendidik, banyak halangan dan cabaran yang dihadapi oleh para pendidik (guru). Kajian dilihat sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dalam bilik darjah. Kajian yang dilajankan bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk menghadapi sesuatu masalah. Aspek refleksi dilihat sebagai medium penilaian untuk menguji sejauh mana sesuatu kaedah itu berkesan. Sekiranya kajian tersebut kurang memuaskan, satu kitaran kajian lagi boleh djalankan untuk memperbaiki kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini.



Tujuan penyelidikan tindakan untuk pendidikan.

Berikut merupakan sekeping gambar yang menjelaskan tujuan penyelidikan tindakan untuk dunia pendidikan.


Sebagai tambahan, gambar di bawah pula menunjukkan ciri-ciri penyelidikan untuk pendidikan. Terdapat dua ciri yang diutamakan dalam penyelidikan untuk pendidikan.


Sumber:

Sabah oh Sabah..

Berikut merupakan beberapa keping gambar lawatan penanda aras ke sabah yang telah kami laksanakan pada sem 6 yang lalu.













Sumber:
http://akudariipgks.blogspot.com/2013/05/penerokaan-ke-sabah-sem-6.html

Penerokaan ke Sabah Sem 6.

Salam sejahtera, ada seorang kawan telah meberikan aku maklumat mengenai laporan sebuah sekolah mengenai lawatan penanda aras kami yang kami laksanakan semasa sem 6. Teringat juga kenangan semasa melawat beberapa tempat yang menarik di sana. Antaranya Zoo dan sebuah sekolah.



Sumber:

Jalilah Khalid

http://www.smkatunas.net/v2/index.php/kurikulum/program-dan-aktiviti/program-kecemerlangan/687-program-lawatan-penanda-aras-guru-pelatih-institut-pendidikan-guru-kampus-sarawak,-miri.html

Semester 7 hampir tamat

Salam sejahtera, lama sangat aku dah tak update blog ini. mengapa yer? sebab aku agak sibuk dan agak malas untuk update blog yang satu ni. Saya lebih senang update blog aku-lazy.blogspot.com.


Semester 7 dah nak habis, tak terasa praktikal 3 bulan telah berlalu. kini bersedialah dengan segenap tenaga yang ada kerana kajian tindakan akan dilaksanakan untuk semester yang akan datang. Banyak kisah yang terjadi sepanjang sem 7 ini. apa-apa pun, aku merasakan segalanya berlalu dengan sangat cepat sekali! wow..tak terasa kan? hehehe..


Minggu ini adalah minggu exam untuk semua IPGM, banyak persediaan harus dilaksanakan untuk menghadapi ujian. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian sahaja..



Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )