Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 Januari 2013

Mengapa Jadual sering berubah?

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. ini merupakan jadual kelas kami yg terkini. Kena update selalu la. Memandangkan awal tahun banyak perkara perlu diselaraskan, maka guru pelatih dan pensyarah hendaklah sentiasa menyemak perubahan jadual di bahagian papan notis. Perbincangan hendaklah dijalankan secara kerap untuk menetapkan masa interaksi yang sesuai.

Jadual terkini ( Sumber: Saiful Azrie / JAdual untuk PPRSV 7 IPGKS Miri)

Untuk sem-7 ini. Kami hanya ada 2 matapelajaran. Waktu kuliah hanya berlaku pada sesi pagi sehingga tengah hari sahaja. Waktu petang tiada aktiviti. Kelapangan waktu petang tersebut juga biasanya dijadikan sebagai ruang untuk melaksanakan perancangan untuk kajian tindakan dan aktiviti SLT (Self Learning Time) + ISL (Independent Self Learning) . Kelapangan di waktu petang juga boleh dijadikan sebagai masa untuk mengganti kuliah. Sekian.

Statistik Bukti Perjuangan Negara

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Kali ini kita akan sama-sama melihat sebuah gambar yang menunjukkan statistik berkaitan dengan dunia pendidikan. Dalam statistik ini kita akan mengetahui saiz sebuah impian yang telah diimpikan oleh semua masyarakat kita di Malaysia. Kita percaya bahawa pendidikan sangat penting untuk memajukan diri dan menempatkan kita di kalangan masyarakat yang moden. Di samping itu pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai medium mencurahkan ilmu yang bersifat teori dan saintifik. Ia juga merupakan medium sosialisasi dan penerapan nilai di dalam jiwa generasi muda. Aku yang sedang belajar di IPGKS Miri ini juga merasakan suasana pendidikan di dalam negara kita. Praktikum yang dilalui mendedahkan aku dengan banyak situasi yang berbeza kerana aku ditempatkan di sekolah yang berbeza bagi setiap program profesionalisme perguruan.

Gambar menunjukkan statistik bilangan sekolah, bilangan murid dan bilangan guru di Malaysia.

Berdasarkan gambar di atas, kita mendapati daripada 28.3 juta rakyat Malaysia, 5.3 juta daripada rakyat negara kita adalah golongan murid-murid dan pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk juga dalam Pra-Sekolah. ini bermakna 17.8% masyarakat di negara kita adalah golongan yang sedang menuntut ilmu di sekolah.tidak termasuk mereka yang sedang melanjutkan pengajian di mana-mana institusi tinggi di dalam negara kita.

Jumlah murid yang sedang belajar tersebut menunjukkan jumlah penduduk yang masih bergantung dengan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Keadaan ini telah memangkin sistem pendidikan negara kita untuk bergerak lebih jauh dan kita telah diperkenalkan dengan KSSR untuk memenuhi keperluan tersebut. Keadaan ini membuktikan bahawa negara kita sedang berusaha menuruti arus pendidikan di dunia ini.

Guru-guru pada zaman ini hendaklah bersedia dengan cabaran dunia pendidikan pada masa kini. Penggunaan ICT dan Kemudahannya merupakan satu perkara yang harus diberikan kepada murid-murid pada zaman ini. Persaingan yang sedang berlaku di dunia luar (merujuk kepada alam perkerjaan) bukan hanya memerlukan sijil semata-mata. Ia juga memerlukan kemahiran dalam pelbagai bidang termasuklah penguasaan ilmu ICT untuk pelbagai perkara. Keadaan ini berlaku kerana zaman ini merupakan zaman yang sangat pantas, segala urusan hendaklah dilaksanakan dengan segera walaupun perkara tersebut akan berlangsung serentak dengan tanggung jawab yang lain. 

Perkerjaan pada zaman yang akan datang akan berlaku di pelbagai tempat dan tidak mengira masa. Sehinggakan kita akan menjadikan ICT sebagai medium untuk berkerja. Memandangkan ICT dapat menghubungkan kita dengan pelbagai sumber tanpa mengira masa dan lokasi. Ternyata, negara kita sedang melihat dan meramal suasana pendidikan di negara kita. Negara kita cuba menyediakan tenaga pendidik yang mencukupi dan berkualiti. Oleh itu, segala usaha yang kerajaan laksanakan hendaklah diberi perhatian oleh semua pihak. Sebab kita adalah hasil sistem pendidikan negara kita dan kita masih di dalam sistem tersebut walaupun kita sudah berkerja, kerana anak kita akan menjadi murid satu hari nanti. Sekian.

06 Januari 2013

Minggu Pembuka Tirai SEM 7 IPGKS Miri

Hello semua yang sedang membaca blog ini. Aku nak kongsikan sebahagian daripada kisah aku di dalam dunia IPGKS Miri. 2 Jan 2013 merupakan hari kuliah pertama bagi penggal pertama untuk Tahun 2013. Namun, pada hari tersebut kuliah yang dijalankan lebih kepada pengenalan dan pendedahan. Maka secara peribadinya, saya meletakkan bahawa hari pertama tersebut dan sehingga habis minggu ini merupakan minggu pengenalan. Minggu pengenalan tidak melibatkan banyak kerja ISL, SLT dan Interaksi memandangkan pensyarah mengambil peluang ini sebagai minggu ulang imbas kembali dan ulang kaji.

Gambar taman Suria di tengah bangunan pusat IPGKS Miri.

Minggu kuliah yang paling rasmi dengan aktivitinya saya rasakan berlaku pada 7 Jan 2013. Iaitu minggu ke-2 selepas balik bercuti. Minggu ini interaksi dan banyak lagi perkara berkaitan akan dibincangkan di dalam bilik kuliah. 

Sebagai guru pelatih SEM-7 aku merasakan hari semakin suntuk untuk aku menyediakan diri menjadi seorang cikgu. Aku kena mengambil peluang ini untuk menyediakan diri serta melibatkan diri dengan semua aktiviti di dalam IPG dengan lebih perihatin.

Biasanya guru pelatih SEM-7 akan membuat semakan Fail dan menjalani frasa Praktikum selama 3 bulan. Pada masa yang sama mereka akan menyiapkan thesis. Ini merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh guru pelatih SEM-7. Dengan bermulanya minggu ini, segala persediaan harus ada. Guru pelatih tidak harus hanya bergantung kepada pensyarah pada tahap ini. Mereka hendaklah mula menyusun langkah dan melaksanakan sebahagian daripada persediaan untuk SEM-7. Sekian. 

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )