Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

08 November 2013

Ceramah Kesedaran Mengenai Isu Dadah

Posted on 11:32 PTG by Chrisroyston Bakum

Banyak pengisian yang dijalankan sepanjang minggu perperiksaan sebagai persediaan untuk sem 8 IPG Sarawak ( IPGKS Miri ) menghadapi dunia luar selepas ditempatkan di sekolah yang telah ditetapkan tahun depan. Antaranya adalah Program wajib dari HEP iaitu Ceramah Kesedaran Mengenai Isu Dadah dengan bantuan dari bahagian Kaunseling IPG Sarawak.
Tentatif:
7.30-8.00 pg : Pendaftaran peserta
8.00-9.00 pg: Ceramah 1 oleh Ustaz Daud (Ajaran Agama dan Moral sebagai benteng ketahanan diri terhadap ancaman dadah)
9.10-10.10 pg: Ceramah 2 oleh Pegawai ADK Miri (Dadah, Rawatan dan Pemulihan)
10.10-10.40 pg: REHAT
10.40-11.40 pg: Bengkel / LDK (En. James)
11.40-2.30 ptg : REHAT & SOLAT JUMAAT
2.30-4.00 ptg: Ceramah 3 oleh PDRM Miri (Undang-Undang Negara Peranan Individu)
4.00-4.30 ptg: Rumusan Program (En. James)
Ceramah yang diadakan menyedarkan banyak guru pelatih akan hak-hak dan pengurusan berkaitan dengan isu dadah pada masa kini. Guru pelatih semester 8 juga diberikan ceramah yang mengukuhkan lagi amalan nilai murni melalui ceramah bersifat kerohanian. Terdapat juga pengisian untuk guru pelatih menjalankan aktiviti dalam bentuk kolaborasi. Hasil kerja yang telah siap dibentangkan secara ilmiah di hadapan hadirin yang hadir pada hari tersebut.












No Response to "Ceramah Kesedaran Mengenai Isu Dadah"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )