Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 Januari 2013

Statistik Bukti Perjuangan Negara

Posted on 12:29 PG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Kali ini kita akan sama-sama melihat sebuah gambar yang menunjukkan statistik berkaitan dengan dunia pendidikan. Dalam statistik ini kita akan mengetahui saiz sebuah impian yang telah diimpikan oleh semua masyarakat kita di Malaysia. Kita percaya bahawa pendidikan sangat penting untuk memajukan diri dan menempatkan kita di kalangan masyarakat yang moden. Di samping itu pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai medium mencurahkan ilmu yang bersifat teori dan saintifik. Ia juga merupakan medium sosialisasi dan penerapan nilai di dalam jiwa generasi muda. Aku yang sedang belajar di IPGKS Miri ini juga merasakan suasana pendidikan di dalam negara kita. Praktikum yang dilalui mendedahkan aku dengan banyak situasi yang berbeza kerana aku ditempatkan di sekolah yang berbeza bagi setiap program profesionalisme perguruan.

Gambar menunjukkan statistik bilangan sekolah, bilangan murid dan bilangan guru di Malaysia.

Berdasarkan gambar di atas, kita mendapati daripada 28.3 juta rakyat Malaysia, 5.3 juta daripada rakyat negara kita adalah golongan murid-murid dan pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk juga dalam Pra-Sekolah. ini bermakna 17.8% masyarakat di negara kita adalah golongan yang sedang menuntut ilmu di sekolah.tidak termasuk mereka yang sedang melanjutkan pengajian di mana-mana institusi tinggi di dalam negara kita.

Jumlah murid yang sedang belajar tersebut menunjukkan jumlah penduduk yang masih bergantung dengan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Keadaan ini telah memangkin sistem pendidikan negara kita untuk bergerak lebih jauh dan kita telah diperkenalkan dengan KSSR untuk memenuhi keperluan tersebut. Keadaan ini membuktikan bahawa negara kita sedang berusaha menuruti arus pendidikan di dunia ini.

Guru-guru pada zaman ini hendaklah bersedia dengan cabaran dunia pendidikan pada masa kini. Penggunaan ICT dan Kemudahannya merupakan satu perkara yang harus diberikan kepada murid-murid pada zaman ini. Persaingan yang sedang berlaku di dunia luar (merujuk kepada alam perkerjaan) bukan hanya memerlukan sijil semata-mata. Ia juga memerlukan kemahiran dalam pelbagai bidang termasuklah penguasaan ilmu ICT untuk pelbagai perkara. Keadaan ini berlaku kerana zaman ini merupakan zaman yang sangat pantas, segala urusan hendaklah dilaksanakan dengan segera walaupun perkara tersebut akan berlangsung serentak dengan tanggung jawab yang lain. 

Perkerjaan pada zaman yang akan datang akan berlaku di pelbagai tempat dan tidak mengira masa. Sehinggakan kita akan menjadikan ICT sebagai medium untuk berkerja. Memandangkan ICT dapat menghubungkan kita dengan pelbagai sumber tanpa mengira masa dan lokasi. Ternyata, negara kita sedang melihat dan meramal suasana pendidikan di negara kita. Negara kita cuba menyediakan tenaga pendidik yang mencukupi dan berkualiti. Oleh itu, segala usaha yang kerajaan laksanakan hendaklah diberi perhatian oleh semua pihak. Sebab kita adalah hasil sistem pendidikan negara kita dan kita masih di dalam sistem tersebut walaupun kita sudah berkerja, kerana anak kita akan menjadi murid satu hari nanti. Sekian.

No Response to "Statistik Bukti Perjuangan Negara"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )