Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 November 2013

Kehidupan Baru

Sekian sudah masa pengajian aku di IPG Sarawak, lepas ni aku nak ceritakan pula apa ya dalam blog ini? Sekurang-kurangnya aku masih lagi mampu kongsikan pengalaman aku sebagai Produk IPG Sarawak di dunia luar berkaitan dengan profesion ini. Yakinlah bahawa aku tak akan overdo dalam menulis blog, sebab aku ni adalah manusia biasa dan komitment aku hanyalah untuk kerjaya dan kehidupan di luar kotak laman web.

Antara gembira dan keberatan meninggalkan dunia IPG. Jom terbang ke dunia baru.

Today merupakan hari ke-11 selepas aku keluar melangkah dari Maktab a.k.a IPG Sarawak Miri. Aku masih cuba memikirkan perkara yang aku harus laksanakan dalam jangka masa yang sedikit ini bagi menyediakan aku untuk menghadapi alam kerjaya. Buat masa ni, aku nak hias bilik aku dengan pelbagai karya yang ku bawa bersama dari Maktab. Aku nak letak buku kajian tindakan berwarna merah merona di dalam rak buku istemewaku. :) Sekian...

13 November 2013

(Gambar) Paper Terakhir IPG Bagiku

Hari ini berlangsung Ujian bagi subjek major aku iaitu PSV 3114 Seni dan Pengurusan. Terasa lega ada, terasa sebak pun ada. Tak terasa perjalanan yang dulunya aku rasa sangat panjang terasa sekejap sahaja, selama ini aku menghitung hari takala melihat telatah teman-teman mencari soalan ramalan, soalan ujian, nota dan lain2 perkara yg dapat membantu mereka semasa ujian. Kini segalanya sudah hampir menuju penamat. Sekian.

Thanks all.






09 November 2013

Gambar Persembahan Kebudayaan Aroma Borneo

Banyak persembahan yang telah ditampilkan semasa majlis makan malam IPG Sarawak / IPGKS Miri. Namun persembahan pembukaan pada majlis tersebut sememangnya memaparkan ciri-ciri sarawak yang jati. Memang tidak dapat dipisahkan keindahan budaya seni tari jika dikaitkan dengan kebanyakan majlis atau aktiviti yang biasa diadakan di sarawak. Di sekolah pun sama.. :) Tarian ini adalah tanda pembuka acara dan ia juga mewakili nilai kebudayaan dan tanda hormat dari pelbagai suku kaum di dalam sesebuah institusi yang berbilang kaum.















Gambar: Edison Ho
Edit: Aku Malas

Wajah yang bakal menjadi guru

Gambar berikut merupakan antara mereka yang bakal menjadi guru. Mereka yang dimaksudkan adalah guru pelatih IPGKS Miri / IPG Sarawak yang telah melalui program PISMP selama 5 tahun setengah. Gambar ini diperoleh semasa majlis makan malam yang diadakan pada 27.10.2013 yang lalu. Diharap semua mereka ni ( termasuk saya ) bakaln menjadi guru yang berdedikasi dan berinovatif.. serta yang gila-gila sebagaimana di sebut oleh pengarah.. demi murid.. dicintai murid.. be like them.. think like them.. teach them well.










Empat pengajian sahaja tahun ni untuk sem-8. PSV. MT. Pemulihan. B.Cina.

Gambar Majlis Makan Malam Akhir Tahun

27.10.2013 Merupaka tarikh yang sangat istemewa buat semua Semester 8 ambilan Januari 2010 IPG Sarawak / IPGKS Miri kerana ia merupakan majlis makan malam yang terakhir yang akan mereka hadiri sebagai guru pelatih yang telah dilatih selama 5 tahun setengah di sini. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang berjaya diambil. Thanks to Edison Ho. Edit By Aku Malas.












Sumber lain:
http://aku-lazy.blogspot.com/2013/11/majlis-makan-malam-terakhir-aku-di-ipg.html

08 November 2013

Ceramah Kesedaran Mengenai Isu Dadah

Banyak pengisian yang dijalankan sepanjang minggu perperiksaan sebagai persediaan untuk sem 8 IPG Sarawak ( IPGKS Miri ) menghadapi dunia luar selepas ditempatkan di sekolah yang telah ditetapkan tahun depan. Antaranya adalah Program wajib dari HEP iaitu Ceramah Kesedaran Mengenai Isu Dadah dengan bantuan dari bahagian Kaunseling IPG Sarawak.
Tentatif:
7.30-8.00 pg : Pendaftaran peserta
8.00-9.00 pg: Ceramah 1 oleh Ustaz Daud (Ajaran Agama dan Moral sebagai benteng ketahanan diri terhadap ancaman dadah)
9.10-10.10 pg: Ceramah 2 oleh Pegawai ADK Miri (Dadah, Rawatan dan Pemulihan)
10.10-10.40 pg: REHAT
10.40-11.40 pg: Bengkel / LDK (En. James)
11.40-2.30 ptg : REHAT & SOLAT JUMAAT
2.30-4.00 ptg: Ceramah 3 oleh PDRM Miri (Undang-Undang Negara Peranan Individu)
4.00-4.30 ptg: Rumusan Program (En. James)
Ceramah yang diadakan menyedarkan banyak guru pelatih akan hak-hak dan pengurusan berkaitan dengan isu dadah pada masa kini. Guru pelatih semester 8 juga diberikan ceramah yang mengukuhkan lagi amalan nilai murni melalui ceramah bersifat kerohanian. Terdapat juga pengisian untuk guru pelatih menjalankan aktiviti dalam bentuk kolaborasi. Hasil kerja yang telah siap dibentangkan secara ilmiah di hadapan hadirin yang hadir pada hari tersebut.












Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )