Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 November 2012

Cuti hujung tahun 2012


Salam sejahtera kepada semua yang singgah dalam blog ini. Sebagaimana yang kalian semua tahu, budak2 sekolah sedang bercuti. Maka kami di sini pun bercuti. seharusnya waktu cuti yang ada ini dimanfaatkan dengan sebaik baiknya terutamanya bagi mereka yang hidup dalam serba kekurangan.

Sebagaimana seorang rakan yang aku kenali di sini. Keluarga beliau kurang berkemampuan, sehinggakan sebahagian wang elaun beliau diberikan kepada keluarga beliau. Waktu cuti ini beliau biasanya berkerja selama sebulan lebuh untuk mengumpul modal untuk belajar di awal tahun sementara menunggu elaun keluar.

Maka untuk anda yang sedang bercuti, manfaatkan cuti anda sebaiknya. Tidak semestinya untuk mencari harta kekayaan di dunia tetapi untuk diluangkan bersama insan yang tersayang. Keluarga yang menjadi tulang belakang perjuangan anda hendaklah dihormati dan disayangi. Manfaatkan waktu cuti ini dengan sebaiknya melalui aktiviti yang menyihatkan bersama keluarga. Selamat bercuti.

Jika tak segan dan silu, silah lepak dalam blog saya di bawah. Selamat bercuti! (^___^)







Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )