Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

08 September 2012

Hubert dan anak-anaknya ( PJ Tahun 1 )

Salam sejahtera kepada semua yang membaca ruangan ini. Kali ini aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan gang-gang aku menjalankan tanggung jawab mereka. Gambar kali ini adalah gambar semasa Cikgu Hubert mengajar murid-murid tahun 1. 

Guru memberi arahan dan membimbing kanak-kanak kecil.

Guru juga menunjuk cara dan turut serta.

Mendengar ulasan dari pensyarah.

Budak-budak yang tidak menyertai aktviti ditempatkan di tepi gelangang.
Dan semua ini dijalankan dalam masa 30 Minit. Murid-murid akan mempelajari sesuatu yang disampaikan dalam masa tersebut. "Guru hendaklah peka dan mampu membetulkan teknik yang kurang tepat diggunakan oleh murid-murid dalam masa 30 Minit"- Hubert.

Mangga pula menjadi mangsa. (gambar)

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Ada masa kita craving untuk sesuatu kan? kadang kala aku mengidam juga untuk merasakan cokelat dan keropok perisa ayam. Tapi kali ini, saya nak kongsikan kerja gang sekelas ni... Lepas balik dari sekolah.  Nah, gambar semlaam. Jumaat.

Di pokok yang banyak tumbuh di sekitar kawasan masjid IPGKS Miri


Hilda cuba mengapai buah mangga!

Anda nampak? Kalau nak ambil, jangan ambil banyak.. ambil ikut keperluan. Jangan pula dijual!

Raylyn dah berjawa mengumpul untuk dirinya dan rakan yang lain di asrama.

Hilda pula sedang dalam proses mengutip!

Kesiannya, jari dia ni kecik! terjatuh pulak buat mangga tu.

Ni la kami yang sama-sama turun ke sekolah semasa praktikum.

Sekian (^^) Selamat berhujung Minggu!

Sajak Wau Bulan Oleh Classmate Rozana

Salam sejahtera kepasa anda semua yang sedang blog walking. Hari sabtu ini aku ingin kongsikan satu hasil penulisan seorang rakan mengenai wau bulan. Kenangan kami tahun lepas ni! kami sepengajian mengadakah lawatan ke Festeval Layang-Layang peringkat International di Bintulu. Gambar di bawah merupakan sekeping kertas yang telah diberiken oleh seorang rakan sepengajian kepada aku pada satu masa dulu. Seperti refleksi pulak kan? mendapat ilham selepas melawat ke festival.




Sekian (^^)

Memory International Kite Festival Bintulu 2011 (gambar)

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa keping gambar kenangan semasa kelas kami iaitu pengajian PPRSV ambilan Januari 2010 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri ( IPGKS, Miri ) mengadakan lawatan ke Festival Layang-Layang Antarabangsa di Bintulu.

Bersama rakan sepengajian di tapak pameran dan demonstrasi wau.


Sempat naik permainan di perkarangan tapak festival.

Pemandangan dari atas

Terdapat juga gerai-gerai dibuka.
Sekian (^^)

03 September 2012

Merdeka bagi mereka dan kita

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Minggu yang lalu aku telah terlibat dalam sambutan kemerdekaan peringkat SK Jalan Bintang, Miri. Aku melihat suasana sangat riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang seronok mengibarkan bendera masing-masing. Ada bendera yang besar, yang kecil, yang macam kain pada baju, yang ada gula-gula pun ada.



Terfikir juga dalam diriku apakah mereka mengerti erti meredeka ini dari kita yang dewasa ini. Ku lihat orang dewasa pula senyum, gembira mengibarken bendera dan masih kontrol machoo dan ayunya. Mungkin untuk tahun depan aku akan berlari mengelilingi sekolah mengibarkan bendera. Hahaha!




Bagi kanak-kanak ini, merdeka mungkin satu perayaan dan hari yang akan mereka ingati lagunya dan benderanya. Di dalam kelas-kelas saya, semua murid-murid tahu akan lagu Tanggal 31. Mereka sangat menyukai Muzik dan Lagu itu. Mereka merasakan hari tersebut sangat seronok kerana mereka dapat berkongsi bendera dengan cikgu. Lebih elok kalau semua topik pada hari tersebut bertemakan kemerdekaan. Agar murid-murid tahu akan makna kemerdekaan. Bagaimana dengan tayangan video pula? HAhaha!! biar mereka tahu akan pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.





Bagi saya, kemerdekaan adalah satu keamanan dan kebebasan yang harus dihargai. Murid-murid saya dapat belajar dengan baik dan tidak dihantui dengan ancaman fizikal dan mental yang mampu menjejaskan perjalanan aktiviti mereka. Mereka bebas belajar tanpa mengira kaum, keadaan, sakit atau tak, kita semua ada hak untuk menjadi insan yang berilmu. Mereka perlukan ruang yang aman untuk membesar dengan sihat untuk menjadi insan yang berkualiti. Sekian (^^)

02 September 2012

7 senjata utama guru di kelas

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Kali ini aku nak kongsikan secara ringkas 5 senjata yang telah aku pelajari sepanjang menjalani praktikal di SK Jalan Bintang Miri. Tinggal 3 minggu lagi sebelum kembali menghayati dunia kuliah di IPGKS Miri. Jom kita lihat apa yang aku maksudkan ini:



  • Pujian
Murid akan bersemangat untuk meneruskan aktiviti mereka. Pujian penting untuk mengakalkan suasana yang sihat di dalam kelas. Suasana yang sihat mendorong murid-murid menjalankan aktiviti dengan lebih bermotivasi.
  • Set induksi
Set induksi yang menyeronokkan dan menarik senjata seorang guru. Murid-murid akan bersemangat untuk menuruti aktiviti seterusnya sekiranya guru berjaya memenangi hati mereka dan menaikkan motivasi murid-murid. Set induksi yang menceriakan juga membuatkan murid berasa mesra dan selamat untuk belajar di dalam kelas.
  • Cerita
Murid-murid suka mendengar cerita. Guru boleh menyelitkan unsur cerita yang penuh pengajaran atau cerita yang memiliki unsur kecindan sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan senjata yang baik dan mudah kepada guru yang kreatif untuk mengawal keadaan kelas yang bising. Cerita tidak harus terlampau panjang, 3 minit pun cukup untuk menaikan lagi motivasi murid-murid belajar selepas bahagian perkembangan berlangsung.
  • Permainan
Siapa kata permainan hanya boleh dijalankan sewaktu awal aktiviti pengajaran dan pembelajaran? Guru boleh mereka permainan atau aktiviti yang berunsur permainan semasa mengajar. Murid-murid suka bermain sambil belajar. Contohnya, sewaktu memperkenalkan sesuatu isi maklumat, guru boleh mengadakan permainan teka teki yang berkaitan dengan objek yang diajar pada hari tersebut. Kawal kelas dengan baik supaya murid tidak berebut memberikan jawapan dalam keadaan yang riuh rendah.
  • Rotan
Hahahaha!! Pukul boleh, tapi guna ripple effect. Pukul jangan kuat, sekadar menjadi peringatan kepada murid-murid yang lain terhadap sesuatu kesalahan. Suara mesti ganas sikit biar nampak real. Jangan lupa untuk menangi hati murid-murid semula dengan pujian atau permainan. Agar motivasi mereka sentiasa tinggi untuk belajar dalam keadaan terkawal.
  • Teguran keras
Ada kalanya guru menarik perhatian murid sengan teguran yang keras sambil mengetuk-ngetuk meja atau papan hitam. Murid-murid akan mudah memberi perhatian dengan rasa yang lebih berwaspada dan hormat terhadap guru yang tegas. Ketegasan hendaklah berbatas supaya hubungan antara guru dan murid tidak terjejas.

  • Jari telunjuk dan jelingan mata
Dengan hanya menunjukkan jari telunjuk dan menjeling kepada murid yang melakukan kesilapan, satu kelas akan terdiam. Mulakan teguran dengan menyebut nama murid yang membuat silap dengan suara yang lantang bukan dengan jeritan. Kita juga boleh menggunakan teknik ini untuk memuji murid yang berjaya melakukan kerja dengan baik. Contohnya, menunjuk jari dan mengatakan takniah sambil mata melihat ke arah murd tersebut. Untuk mendapatkan semula perhatian murid, mintalah mereka tepuk tangan atas kejayaan rakan mereka.


Setakat ini sahaja perkongsian aku! Bye bye!! ^_^

Gambar: PBS 2011

Kenapa marah mereka?

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku ini. Sepanjang menjalani praktikum yang dikendalikan oleh IPGKS Miri ( Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri ) aku telah mendapat banyak input (pengalaman). Kali ini sempena hari Ahad yang aku sendiri kekadang tunggu ketibaannya aku ingin menulis satu penulisan mengenai pendapat aku terhadap kanak-kanak yang aku ajar.


Kali ini aku mengajar kanak-kanak yang nakal. Istilah nakal ini telah diberikan oleh beberapa individu yang telah mengalami pengalaman mengajar kelas kanak-kanak ini. Kenakalan ini kadang kala mendorong rasa geram ini menyebabkan tindakan memarahi mereka. Terdapat banyak cara mendisiplinkan kanak-kanak. Antaranya dengan memberikan denda yang bersifat kognitif dan afektif. Tindakan memukul juga merupakan satu daripada tindakan mendisiplinkan kanak-kanak. Namun pada masa kini, tindakan yang melibatkan sentuhan badan kanak-kanak dengan objek atau sentuhan terus dari badan ke badan tidak lagi diamalkan dengan kerap walaupun terdapat garis panduan untuk menghukum kanak-kanak ini.


Guru sekarang menggunakan cara yang bersifat psikologi terhadap kanak-kanak jika dibandingkan dengan cara yang melibatkan kesakitan pada fizikal. Antara denda atau hukum yang biasa diggunakan sekarang adalah meminta murid melakukan perkara yang dia tidak suka seperti:
  1. Aktiviti bacaan
  2. Menulis karangan 200 patah perkataan
  3. Membaca sifir berkali kali
  4. Menyanyikan lagu sekolah di depan kelas
  5. Aktiviti menulis bersama guru di depan
  6. Diasingkan dari rakan baik
  7. Membuat kerja tambahan
Terdapat banyak jenis denda yang boleh kita berikan kepada kanak-kanak yang nakal atau melakukan kesalahan. Ok, Berbalik kepada tajuk di atas. Mengapa kita marah mereka? Kita hendaklah melihat diri kita sebagai pemimpin ( ibu bapa, guru, ketua ) untuk membantu mereka membentuk diri dan membantu mereka mencapai matlamat. Marah merupakan satu perasaan dan ia akan menjadi tindakan jika disalurkan kepada kanak-kanak dalam bentuk fizikal. Tindakan ini merupakan satu bentuk teguran yang akan memulihkan sikap kanak-kanak. Namun ia haruslah dilakukan dengan cara ynag betul dan terkawal.


Seharusnya kita hendaklah masuk ke dunia mereka sebelum memarahi mereka. Kita hendaklah memahami bagaimana mereka berfikir dan bertindak. Kadang-kadang kita agak rimas dengan kerenah mereka yang sering menangis dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun harus diingatkan bahawa, mereka sememangnya memerlukan perhatian dan bantuan dari seorang ketua. Kita semua adalah ketua, kita adlaah ibu bapa dan guru mereka.

Ada kanak-kanak yang sentiasa menanyakan soalan tanpa henti dan sentiasa membuat hal dalam kelas untuk mendapat perhatian dari guru. Mereka sebenarnya sedang berfikir mengenai kerja mereka, persoalan akan timbul di dalam minda mereka sekiranya mereka kurang jelas atau tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Pujian harus diberikan agar mereka yakin dan sentiasa bermotivasi untuk menjalankan aktiviti mereka. Kita tidak harus marah mereka sekiranya mereka hanya berkelakuan nakal untuk mendapatkan perhatian guru. Namun!! kita harus menegur mereka, mungkin juga memarahi mereka jika mereka telah melakukan kesalahan yang melampau dan menganggu rakan yang lain. OK! ^_^ thanks.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )