Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Julai 2012

Praktikal pun bermula!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog sempoi ni. Apa khabar di sana? Minggu ini bermulalah kisah yang penuh cabaran iaitu praktikal! Ya.. Lepas PBS kita akan Praktikal selama 3 frasa.. Kali ini merupakan praktikal yang ke-2 dan memakan masa selama 2 bulan. Lokasi aku kali ini adalah si SK Jalan Bintang Miri! Siapa tak kenal sekolah yang berhampiran Bintang Mall ni?!! Bersebelahan tempat guru pelatih selalu membeli belah. Ok, hari ini misi kami adalah bertemu dengan guru besar sekolah tersebut dan mendapatkan guru pembimbing. 



Nampaknya di hari pertama ini kami hanya duduk dan memerhati aktiviti di sekitar sekolah sahaja memandangkan kami belum lagi ada agihan tugas dan kelas. Semoga Minggu ini menjadi minggu praktikal yang sangat menarik!

Gambar di bawah merupakan gambar kami berbincang dengan Guru Besar. Nak tahu nama beliau? Nantikan Posting yang akan datang. Hehehe!

Suasana di dalam Bilik Guru.


Oh ya, tips hari ini. Setiap kali kita tiba ke tempat baru, insan pertama yang haris kita cari adalah tuan punya kawasan. dalam hal ini kita hendaklah melawat Guru besar dan sekutunya (PK-1, PK-KK, PK-Hem dan yang berkaitan) Dapatkan maklumat mengenai budaya sekolah terlebih dahulu selepas sesi berkenalan dan berkongsi maklumat. Apa maklumat yang harus dikongsikan? Pengajian anda, keperluan semasa praktikal dan nombor telefon untuk rujukan di masa hadapan.

Nombor telefon sangat penting kerana guru besar merupakan individu yang bertanggung jawab mengenai pergerakan anda di sekolah. Beliau juga sering menghadiri taklimat dan ini merupakan situasi yang kita sering alami di sekolah bandar. Maka memiliki nombor beliau dan guru-guru yang berkaitan adalah penting untuk memudahkan proses menjalankan aktiviti dengan proaktif.

Jangan lupa lawati papat notis utama sekolah dan lihat Misi dan Visi sekolah. Ini sangat penting! Ingat tu.. supaya anda tahu perjuangan sekolah tersebut dan bagaimana coraknya. Sekian. :) Ok, Jom melihat awan bersama aku selepas abis work hari ini. Klik sini.

Ulasan pendapat mengenai Lawatan ke Sabah.


Refleksi Aku
PPRSV6 Ambilan Jan 2010
BIG Sem 6. (Lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Shah)




Lawatan penanda aras ke sabah merupakan satu titik permulaan buat kami kerana ia merupakan program yang pertama kalinya jayakan melibatkan jarak yang sangat jauh dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri (IPGKS Miri). Bagi kami, kejayaan kali ini amat manis memandangkan kami berjaya mengelola aktiviti dengan usaha kami sendiri tanpa ganguan kerenah birokrasi daripada mana-mana individu.

Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Shah bertujuan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana sebuah pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sebuah sekolah agama. Kami juga mencari guru cermelang dan cuba meminta beberapa tips dari mereka. Ternyata usaha kami kali ini memang tidak merugikan. Kami ditemukan dengan seorang guru cermelag yang mahir dalam metedologi pengajaran Bahasa Melayu.
Kami diberi peluang untuk melihat sendiri kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh beliau. Pada hari tersebut beliau menggunakan kaedah kad berangkau untuk mengajar karangan autobiografi. Kaedah yang diggunakan merupakan kaedah yang telah kami pelajari namun keberkesanan sesebuah pengajaran dan pembelajaran adalah terletak kepada kebolehan guru tersebut dalam mengendalikan kelasnya.

Sepanjang lawatan ini, saya melihat bagaimana kami disambut sehinggalah bagaimana pemergian kami dirayakan. Pihak pengurusan yang menjalankan tanggung jawab untuk melayan kami sangat bersedia. Mereka telah menyediakan pelan dan atur aktiviti untuk kami. Dengan bantuan muridnya yang berkemahiran dalam pelbagai jenis bidang, sememangnya bukanlah satu beban buat pihak sekolah untuk menyediakan pelbagai jenis persembahan untuk kami semasa berasa di sana tanpa memakan masa yang lama untuk melatih pelajar mereka.

Saya dapat melihat kesungguhan guru di sana dalam menjalankan tanggung jawab mereka. Mereka sangat setia dan gairah dalam menjalankan tanggung jawab menjadi seorang pendidik. Ada di kalangan mereka merupakan penduduk semenanjung dan telah berkhidmat tanpa memilih dan mengeluh di sekolah berkenaan. Kejauhan dari ahli keluarga bukanlah satu peghalang buat mereka untuk memdidik anak bangsa di sekolah berkenaan.

Sepanjang lawatan tersebut saya meradakan bahawa pengalaman sebegini sememangnya amat bermakna. Banyak sekolah yang telah kami lawati, dan setiapnya menyediakan cerita yang berbeza. Kali ini saya mempelajari bahawa, guru yang gigih akan menghasilkan murid yang gang berkebolehan dalam pelbagai bidang. Jika ini dilakukan di semua sekolah, jangka masa untuk menguasai sesuatu kemahiran dapat disingkatkan dan jangka masa latihan untuk seseuatu persediaan pertandingan dapat dikurangkan. Guru akan menekankan pengukuhan jika murid telah menguasai pelbagai bidang.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )