Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Julai 2012

Mengimbau larian satu sukan satu murid

Pada 29 June 2011 yang lalu (kalau tak silap aku la, rasa nya x silap) IPGKS Miri telah menyertai satu program larian satu sukan satu murid. Kami awal mendaftar di padang dan melakukan senam aerobik untuk memanaskan badan sebelum pelepasan rasmi yang akan dilakukan serentak di seluruh negara. Kami menonton siaran langsung dari TV untuk mengetahui perkembangan aktiviti tersebut.

 Main kreta api pulak?
 Orang lain pakai baju kelas dia pula baju merah! bersemangat tu!!warna ganas!

 Sempat bergambar la mereka ni.
 Ni antara muka yang sempat berhenti menghirut udara di pantai..
 Ni murid-murid dari sekolah berhampiran berlari di depan pantai IPGKS TU!!hahaha!!
 Muka yang letih..
 Awal pagi senaman dulu la.. sebelum berlari..

Setelah mengimbau kenangan lalu, satu tahun sudah berlalu dan kini IPGKS Miri dan semua IPG di Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk mengadakan aktviti yang hampir serupa, Kini aku dapat simpulkan aktiviti kali ini bertajuk "satu senaman satu murid". Jom kita cuci mata menghayati gambar kami di atas padang time senaman tu.

Ni apa pula ni?
 Terbang!!
 Ni antara gambar dan senaman yang hebat!
 Eh? Classmate gue..
 Semua bercampur dan menjalankan aktiviti dengan penuh semangat.
 Ni la dia antara wajah-wajah yang terlibat.
 Amoy ini pun sempat interframe..senaman muka?
 Ni rakan-rakan yang lain sedang bersenam.
Sempat interframe budak nih..
 Ni dia conductor yang kami tiru gerakan mereka di depan.
 Pensyarah dan warga IPGKS Miri juga member sokongan yang penuh!

Sebagaimana yang dilakukan seperti tahun yang lalu, kami mendaftar dan mengadakan senaman memanaskan badan di padang. Kali ini aktiviti dijalankan pada hari persekolahan dan IPGKS Miri pada hari tersebut membenarkan semua guru pelatih menggunakan baju sukan untuk masuk ke kelas.

Semua guru pelatih yang tidak menjalani praktikal menyertai aktiviti ini di IPGKS Miri. Guru pelatih yang lain mengadakan aktiviti yang serupa di sekolah masing-masing. Sekian.

Bina Insan Guru (BIG) Ke Sabah!

Salam sejahtera kepada semua! Kali ini kami melawat sebuah sekolah di Sabah!! Di mana tu? Bila tu? Haa.. tentu ramai yang tertanya kan? Biarlah gambar di bawah menjelaskan semuanya! :)

Mari kita lihat pula apa yang akan kami lakukan pada hari lawatan di sekolah yang terlibat! Lihat gambar di bawah, ada gunung dan burung yang berkaitan dengan kedua-dua negeri.


di bawah adalah muka depan buku tentatif kami. Kenapa ada kuda laut? Sebab itu adalah simbol bandar Miri.
Untuk melihat beberapa contoh rekaan yang lain sila klik di siniDemikianlah antara program yang dijalankan oleh pengajian kami PPRSV SEM 6 di IPGKS Miri. Sekian.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )