Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 Julai 2012

Kompilasi gambar best dalam IPGKS Miri.

Salam sejahtera kepada semua pembaca. IPGKS Miri adalah sebuah Institut Pendidikan Guru di Sarawak. Kawasannya x la sebesar mana, Yang bestnya, ia terletak berhampiran pantai Bakam. Jadi tumbuhan-tumbuhannya kebanyakkannya tumbuhan tepi pantai! Hehehe.. Nikmati gambar landskap IPGKS Miri yang saya kongsi ini.

Gambar di belakang asrama lelaki. Kami hanya ada 3 asrama lelaki di IPGKS Miri.
 Gambar asrama lelaki dari kawasan jemuran IPGKS Miri.
 Blok F asrama lelaki IPGKS Miri.
 Masjid IPGKS Miri.
 Bilik kuliah IPGKS MIri.
Terima kasih kerana sudi lepak dalam blog ini. Anda juga boleh mengahyati suasana di dunia IPGKS Miri pada link berikut:

Hari keluarga peringkat IPGKS

Boleh dikatakan bahawa 80% daripada penuntut dan pensyarah di INstitut ini merupakan perantau. Seperti aku, aku ni asalnya dari Sarikei. dalam kelas kami pun ada lebih dari 40% warga negeri Sabah. Buleh bha.. kalo kau.. HEhehhe. (^^)



Jika disebut mengenai hari keluarga, tentu semua terkenangkan mak dan ayah kan? rindu juga jika mengenangkan mereka. Syukur la sebab JPP di IPGKS Miri ini telah mengadakan hari keluarga. Semua warga IPGKS Miri dijemput memeriahkan suasana di padang. Kelihatan Pensayarah dan Pekerja am memeriahkan suasana bersama dengan guru pelatih di sini. 

Aktiviti ini memmang baik, ye la.. kalau tak baik, tak kan kita buat dalam Institut kan? Ok, kebaikannnnnnnya pada saya adalah! TADI aku ada jumpa wajah-wajah yang jarang dijumpai!! Tiba-tiba beri salam pada aku! Sapa tak suka bila orang kenal kita? hehehe.. Well, nampak juga objektifnya tercapai, iaitu mengeratkan hubungan sesama warga IPGKS. Ok!! Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya snap tadi.

Antara peserta yang bersedia untuk explore race. 
 Ini adalah class mate aku!! Hahaha!! semua kelihatan letih!
 Bergambar bersama pegawai pengurusan penginapan yang telah menyertai kumpulan kami.
 Ni baju unggu ni abang dan kakak program DPLI.
 Nampaknya rakan sekelas aku menarik tali!! Main terik rambut ada ke?
 Suasana dingin tepi pantai IPGKS Miri.
Sekian sahaja, terima kasih sebab sudi lepak dalam blog aku ini. Hehehhe.. demikianlah kisah hari ini dari IPGKS Miri.

06 Julai 2012

Kerana kelab seni aku mengimbau Kenangan pameran di Bintulu!

Sems 6 ini kami diberikan tugasan untuk mengadakan satu aktiviti yang berkaitan dengan kelab seni visual. Jadi kami telah melantik beberapa nama untuk menyandang AJK yang seharusnya diwujudkan! Well, untuk mengenang perjaungan ini. Saya nak mengimbau kembali gambar-gambar semasa pameran di Bintulu dulu.

Koleksi karya di IPGKS Miri yang akan dibawa ke Bintulu
 Membuat persediaan
 Pensyarah membantu bersama
 Semua barang ni dibawa dari IPGKS Miri
 Menyediakan ruangan untuk pameran
 Berkerja sama bersama Junior.
 Pensyarah mengaru kepala, rasanya apa yang difikirkannya?
 Ok, karya yang telah dilabel mula digantung
Rakan sepengajian bergambar bersama setelah tiba di lokasi.















 Menghasilkan karya untuk dipamerkan


Ada lagi gambar telatah kawan-kawan time 2009. klik di sini.

Sekian, selamat menjamu selera di luar sana! Hehehe.. selera mata dan perut x sama.Jangan lupa makan... melayari internet ni membuatkan masa x terasa berlalu. :)

Takala masa berlalu!

Salam sejahtera, Sekarang dah masuk 4 tahun menetap di IPGKS Miri. Rasa nak selongkar balik pulak gambar-gambar lama. Nak lihat muka-muka fresh time masuk IPGKS dulu. :)

Dulu Kerjanya buat back drop dan sempat ambil gambar macam-macam!
Gambar time buat kerja memasak di dapur surau. Semua tolong menolong la.. 
 Dulu mengangkut bunga!
 Wahhh.. pose macam ini pun ada. Pose untuk mengenang masa depan.
 Satu ketika dulu saat muka masih jambu.
 Dulu memang selalu lepak di dewan.
 Makan sama-sama dan sambut perayaan sama-sama. 

Bayaknya kenangan yang diukir selama 4 tahun. Tak terasa masa dah membawaku pergi sejauh ini. Untuk extra pictue boleh klik sini. dan satu lagi kenangan gambar agak lucu lama klik di sini.

03 Julai 2012

Google site Yang menawan hati!

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang membaca ruangan ini. Keperluan BBM3103 yang menggunakan penstoran maklumat yang teratur secara ICT telah menemukan kami dengan Blogspot dan Google Site. 

Persoalannya, yang mana satu akan memenangi hati kami sebagai guru pelatih kelas kami di IPGKS Miri? Memandangkan kami memerlukan sistem yang dapat menyimpan pelbagai bentuk maklumat dari words ke powerpoint. Jadi di sini saya menyatakan bahawa. Google site sememangnya memenangi semua aspek untuk penstoran maklumat jika dibandingkan dengan kaedah blogging. Kita x boleh membandingkan Site dengan blog sebab bidang medium2 tersebut berbeza.

Lihatlah muka depannya kemas dan tersusun. Web ini berlamat di https://sites.google.com/site/filpprsvjanuari2010/home buat masa ini ia masih terbuka dan akan diprivatekan dalam masa 1 minggu akan datang.


Gambar di bawah merupakan paparan menggunakan akaun google Budaya belajar. Anda akan dapat melihat maklumat yang boleh diupload dan di download. Jangan risau, lepas ni kita akan tukar seeting kepada private. Maklumlah, baru jer berkenalan dengan web ini. Thanks To, Serena Clare yang memperkenalkan web ini. (^^)


Nanti seeting akan ditukar kepada private. Lihat gambar di bawah, terdapat pilihan status web untuk umum atau peribadi.


Kepada rakan-rakan pengajian PPRSV6 Ambilan Jan 2010 sila klik di sini. Dan log in menggunakan gmail Budaya Belajar kita untuk mendapat akses sepenuhnya ke dalam maklumat tersebut. Sekian terima kasih. Untuk terus sign guna budaya belajar in klik sini.

02 Julai 2012

Bincang dan repair bersama Pensyarah

Blog oh blog kelas. Ok, salam sejahtera kepada semua. Setelah berbincang mengenai blog ilmiah kelas kami. Pensyarah telah mencadangkan beberapa idea sebagai penambah baikan untuk blog kami. Berdasarkan cadangan yang dibuat, blog tersebut hendaklah dipermudahkan lagi supaya memudahkan pencarian maklumat oleh pensyarah.

Selepas ini beberapa orang akan dilantik menjadi moderator kepada blog berkenaan dan beberapa nama lagi akan di jemput untuk menjadi penulis blog berkenaan. sekian. :) Minggu ke-3 sedang berlangsung dan hari Isnin berlalu dengan cepat.

Pengajarannya, semua orang hendaklah mendalami ilmu ICT. Kepada rakan2 di luar sana, yang berminat study ke IPG or study jauh2.. pastikan anda mahir buat blog. Mana tahu, pensyarah anda nanti minta anda buat perkara yang hampir sama dengan kami. HEhehe.. sekian terima kasih.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )