Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Mei 2012

Wah!! jadual perperiksaan!!

Lihatlah slip perperiksaan saya. Kali ini berwarna oren! Nice.. siap dengan jadual sekali tu!! Thanks to Unit Perperiksaan dan Penganugerahan IPGKS Miri. Doakan kejayaan kami.


Ni nama aku.. Nombor IC dan Angka Giliran x perlu la u all tahu.. Hehehe.. Nak buat apa dengan tu? Hahaha.. well, Tengok2 la jumah subjek untuk ujian kali ini. Tidak termasuk amali dan KK. Dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjuang kepada rakan2 yang sedang busy dengan perperiksaan hujung semester. Perahlah otak anda dengan cara yang sepatutnya! Yang rasa ada buat salah cepat2 minta maaf.. jangan lupa minta restu dari mak dan ayah!! ok? C u all!! ~TQ(^^)~

10 Mei 2012

Jadual kelas oh jadual lama

Salam sejahtera dan salam membaca kepada semua yang membaca ruangan ini. Di sini aku nak kongsikan jadual waktu-jadual waktu dari sem 3 sehingga sem 5 kami. Melalui ini anda akan mengetahui berapa masa yang aku luangkan dalam kelas dan berapa jenis subjek yang aku kena belajar sepanjang di sini. Ini baru jadual matapelajaran je.. jadual KK dan aktiviti lain belum lagi tu! Hehehhe.. chill out.

Ini jadual Sem 5.
Apa matapelajaran tu? Peliknya singkatan?
V= Seni visual ada 2 subjek iaitu PSV09 & PSV10 
E= Elektif yang berubah setiap semester 
J=Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / B= Bahasa Melayu

Bawah ni untuk sem 4
SDP= Seni dalam Pendidikan
ELS= English


 W= Hubungan Etnik

Sem 5 makin kurang subjek sebab ada praktikal.. tapi kena ganti juga la kuliah yang ada pada hari kita praktikal itu. Terima kasih kerana membaca.. ~TQ(^^)~

Gambar lama kami

Hahaha, terjumpa dalam pendrive lama!!x sangka ada juga gambar lama ni! Hehehe.. seakan akan biodata la pulak! HEhehe nice!Mempersembahkan Biodata bergambar Pengajian Seni Visual ambilan Jan 2010. IPGKS Miri! (^^)
























Enjoy (^^)

Menenangkan Jiwa vs Disiplin

Salam sejahtera kepada semua di dalam ini. Hehehe, di sini saya nak kongsikan beberapa pendapat peribadi saya mengenai kehidupan sebagai manusia yang bergelar guru pelatih. Ok, saya kaitkan dengan aktiviti kamu beberapa hari ini la. Hari tu dah lakukan Malam Release Tension.. semalam dah laksanakan malam karaoke.

Tentu ramai yang tertanya beberapa soalan terutamanya mengenai status kehidupan kami sebagai guru pelatih. Ok, memang kami sebagai guru pelatih pendidikan seni visual banyak menjalankan aktiviti yang gila2. Bukan gila sawan macam tu ahh.. maksud saya perkara yang luar dari kebiasaan. Antaranya belajar di bawah pokok.. Bertutur dengan catan.. macam gila kan? Hehehe, sebenarnya nilai dalam seni ni besar.. penghayatan tu penting.. dan ketenangan juga amat bermakna dalam memperoleh sumber ilham di dunia ini.

Semalam kami berkaraoke... lihatlah gambar di bawah:


Ok, LCD dan tempah semua dah ada..sesiapa yang nak join boleh la masuk. Dewan itu pun telah ditempah untuk kegunaan berkenaan. 5 hari lagi ujian, mengapa kami nampak santai je? x stress ke? x study? banyak persoalan yang mungkin wujud disebabkan aktiviti yang kami kelolakan sejak akhir2 sem ini. Sehinggakan ada yang menyatakan kami ni x berdisiplin sebab x study dan abaikan tanggungjawab kami.

Ok, Kami terima semua pandangan anda dengan hati terbuka dan matang. Saya sebagai penulis, ingin menjelaskan mengapa kelas kami sebegini? Bukan kelas kami sahaja.. tetapi semua Guru pelatih Major Seni Visual sangat santai.. WHY? (Sebenarnya bukan kami sahaja yang santai, anda juga pun santai seperti kami,mungkin cara anda agak berlainan dari kami dan kami pun lain x sama..hehehe. tengok,sempat baca blog kan?).

  1. ENJOY?- Kami diajar mengenai pendidikan yang menyeronokkan merupaka kunci kejayaan dan pendorong motivasi dalam kelas. Dalam subjek EDU untuk Murid2 dan Alam Belajar, proses pembelajaran seharusnya menyenangkan dan tiada unsur ancaman. Contohnya murid2 dari negara yang bergolak, tentu mereka x dapat belajar dengan senang kan? So, kami di sini x terikat dengan faktor ancaman dan kami cuba relax dalam santai sebelum ujian. Malam tu ada la study, lepas karaoke feel happy dan bersemangan untuk belajar. Ada yang berpeluh lagi tu sebab menyanyi penuh emosi, semoga segar la belajar malam tu.
  2. X BELAJAR KE UJIAN DAH DEKAT?- Salah soalan tu dik oi.. kami dah belajar dah..kan kita ada kuliah..belajar lah time tu.. tak kan melepak or ponteng kan?kehadiran penuh. HAhaha..soalannya seharusnya berbunyi begini.. "Tak ulang kaji ke?" bukannya "x belajar ke?" hahaha..apa?permainan kata je tu?maknannya sama?hehehe..ya..ya.. Semua orang ada perancangan yang berbeza dan memiliki tanggung jawab yang berlainan. Jadi yang join malam release tension or karaoke tu x bermakna mreka x study.. mereka ada cara dan perancangan yang tersendiri. Hehehe, mudah sahaja perancangan kami.. Usaha x melampau tapi keputusan Gempak. Hehehe.. kami ok je, x perlu berjaga sampai pagi study sebab ada teknik ni.HAhaha.. Ya..maksud saya, lain orang lain gaya.. mungkin yang hadir malam tu jenis yang bukan belajar berterusan.. yang x biasa dengan aktiviti sebegini mungkin jenis yang belajar 24jam. kita x sama.
  3. KETENANGAN- Ketenangan diperoleh dengan pelbagai cara, ada yang pergi ke ceramah agama ada yang menyanyi dan ada juga yang makan-makan dan makan je baru dia tenang. Tenang dari apa? Saat ini kita cuba tenangkan diri dari perasaan yang merungsingkan dan kita cuba menukar mood biasa kepada mood ujian. Jadi kita perlukan ketenangan untuk mendapatkan mood baru, tak kan kita biarkan hati ini masih kacau bilau untuk mencapai objektif yang baru? kita selesaikan belengu yang ada, kemudian barulah kita cuba menetapkan matlamat yang baru untuk dikejar. Seperti dalam kehidupan seharian kita, jika kita berhutang hati kita x senang dan masih berwaspada. Contohnya selagi kita x lagsaikan hutang kereta itu, kita tak akan membeli kereta yang sebiji lagi. Hehehe..kira maca tu la..
HAhahha..maaf la jika penjelasan aku x jelas bagi u all. well harap gambar ini dapat menjelaskan keadaan kami di sini semasa menghadapi minggu2 getir. Kita relax.. santai dalam mengejar sesuatu. X wajib stress jika ada perancangan, kita akan menikmati makna kehidupan yang lebih baik tanpa tekanan.. I hate tekanan, nanti sakit jantung!wakakaka! well saya share some pict here.

Gambar di bawah adalah gambar pertandingan Counter Strike di IPGKS Miri.
 Ni gambar santai makan2..
 Ni lepak tepi pantai depan IPGKS Miri.. menyegarkan minda.


Ok, kesimpulannya.. kita ada cara tersendiri dalam mengejar cita2... so, do the best lah. ~TQ(^^)~

09 Mei 2012

Rentetan Malam Release Tension

Pada 29 April 2012 yang lalu kelas kami telah menganjurkan aktiviti yang bertemakan "Malam Release Tension" yang diadakan selepas pukul 8pm ( selepas Isyak ) dan bertempat di Dewan Muhibbah. Sambutan agak baik pada awalnya tetapi penonton kian berkurang secara konsisten (hebat juga bahasa gue huh?) selepas persembahan yang ke 10. Terdapat 18 persembahan semuanya tidak termasuk persembahan dari pensyarah. 18 perserta yang terdiri daripada berkumpulan, duet dan solo telah merebut piala Malam Release Tension.

Siapakah pemenang nya? Hehehe... nak tahu ke? Nanti saya umumkan. Hehhee.. saya hanya nak bagitahu keadana malam tersebut. Bukannya siapa menang dan kalah. OK, keadaan malam tersebut agak meriah. Dengan kehadiran sekitar 50 orang penonton. Sepatutnya banyak yang hadir, memandangkan minggu ini merupakan minggu ulang kaji, banyak yang memilih untuk bertapa di dalam bilik. Bagi yang rasa lenggang sikit dan nak melepaskan tension bolehlah datang ke dewan Muhibbah. Tiada paksaan memandangkan setiap individu memiliki cara tersendiri untuk melepaskan tension di dalam hati.Hehehe..

Malam tersebut dimulakan dengan persembahan dari kumpulan "Tragis" wah!! macam hebat jer namanya! TETAPI.. memang tragis la.. bila mereka membawa lagu dari syarikat KRU yang bertajuk Tiga Kata! Memang release tension betul2 mereka nyanyi! x kisah yang sengau or tak..garau dan lari pitching.. apa2 pun memang gua respek semangat dia orang.

Kumpulan Tragis beraksi!

Yang lain berjalan dengan lancar. Cuma cadangan penambah baikan dari seorang rakan guru pelatih yang hanya ingin dikenali dengan nama Aizan , cadangan beliau mudah sahaja..seperti yang kita tahu juga.. kalau boleh buatlah cabutan bertuah atau buat anugerah penonton paling sporting. Ini bagus bagi menahan penonton di dewan dan mengelakkan hadirin kian gahib dari masa ke semasa.

Ok!! mari kita hayati gambar di dalam dewan pada hari tersebut (^^)





GAmbar di bawah adalah gambar 3 orang pensyarah IPGKS Miri. Dari kiri tu ketua warden.. tengah tu Timbalan Pengarah.. Hujung kanan tu pensyarah muda kita!

Gambar di bawah adalah gambar penyampaian cendera mata ke cendrea hati? Kepada Juri2 malam tersebut...


Inilah kehidupan di IPGKS Miri. HEhehe.. Semoga semua ceria2 selalu. (^^)

08 Mei 2012

Gemuruh Ujian kian terasa

Hari ini perjuampaan semua pengajian bersama dengan Unit perperiksaan. Ia merupakan kewajiban serta tanggung jawab bagi semua pelajar yang mengambil kursus sepenuh masa di IPGKS Miri dan juga di mana2 IPG di malaysia ini. Semua Guru pelatih atau pelajarnya hendaklah menghadirkan diri kerana ia pelbagai maklumat ynag penting akan dikongsikan pada waktu berkenaan.

Tentu ramai yang bertanya "apa yang penting sangat tu?" Maklumat yang akan dikongsikan adalah mengenai peraturan dan cara menduduki ujian ini termasuklah kedudukan kelas dan bagaimana membuat semakan online. Walaupun ianya perkara yang sama bagi setiap perjumpaa namun ia tetap dianggap wajib untuk memenuhi korikulum.

Jika dikira, ini merupakan kali ke 8 saya menghadiri perjumpaan ini dan perkara yang hampir sama dimaklumkan dalam perjumpaan ini. Tapi tak apa, ia merupakan satu keperluan untuk guru pelatih. Ada juga perkara yang saya lupa dan tidak ambil peduli diingatkan kembali dalam perjumpaan kali ini. HEhehe.. Tapi, ada juga yang tidak hadir. Memandangkan perjumpaan kali ini tidak diwar-warkan awal banyak yang gagal menghadirikan diri disebabkan tidak mengetahui akan adanya perjumpaan yang penting ini.

Sisitem penyebaran maklumat hendaklah diperbaiki dan ditingkatkan. Kita tidak boleh sahaja bergantung dengan satu media seperti papan notis, kita hendaklah mencari cara lain yang dapat membantu semua warga IPGKS Miri untuk menerima maklumat terkini terutamanya mengenai masa dan lokasi perjumpaan penting dalam masa terdekat. Makluman juga hendaklah dijalankan awal seharusnya.

Selepas perjumpaan, setiap pengajian diarahkan untuk mengemas bilik perperiksaan yang telah diamanahkan kepada pengajian. Kami bersama2 mengemas dan menyusun meja berdasarkan pelan yang telah diberikan oeh Unit Perperiksaan dan Penganugerahan IPGKS Miri. Kami menandakan meje menggunakan nombor yang disediakan. Kemudian sampah2 di dalam bilik tersebut kami buang. Berikut merupakan gambar kami semasa mengemas bilik yang damanahkan kepada kami.




Sesungguhnya semasa menyusun meja dan kerusi ini masih terasa gemuruhnya, maklumlah jika gagal terpaksa mengulan lagi. Jika pernah gagal... biasanya akan dihentikan daripada menenruskan pengajian walaupun metepelajarannya berbeza yang gagal. 



Berdasarkan gambar dia atas, anda tahu akan bagaimana kehidupan sebagai guru pelatih IPGKS Miri. Kami belajar berdikari dan bertindak segera dalam melaksanakan tanggung jawab rasmi. Mengenai tanggung jawab x rasmi, kami hendaklah mahir mengagihkan masa tanpa menjejaskan kepentingan sebagai guru pelatih di sini. Hanya tinggal setahun setengah lagi perjalanan ini. Doakan akan kejayaan untuk perperiksaan kali ini. Bersedialah untuk minggu depan!! Minggu ulang kaji bermula!!

06 Mei 2012

ALamak!!apa di dalam Pinggan ni?

Bayangkan sedang anda sedang menikmati kelazatan makanan yang sedang dihidangkan.. dengan lahapnya anda telah mengunyah dan menelan..dah separuh daripada kenikmatan makanan tu anda telah salurkan dalam perut gajah itu..tiba..tiba!! anda mengesan satu kejanggalan... LALAT!!!!!!! OMG!!! apakah yang akan anda akan lakukan sebagai tukang makan atau pelanggan?!! Adakah ini menu exotic?!

Saya suarakan isu ini berdasarkan pendapat sebagai guru pelatih. Kita yang proaktif ni harus mengurangkan sikap melatah, kalau ada sesuatu kejanggalan janganlah terus melaporkan ke media masa atau sebarkan keburukannya. Kita bawa berbincang dahulu di peringkat yang betul dan melalui saluran yang betul.

Macam perbualan kawan2 saya dalam Facebook baru2 ini mengenai masaalah makanan yang kotor. Kami berbincang dulu dan membuat konklusi yang seuai dengan keperluan.

Makluam la, orang yang berkerja di kafe adalah manusia..kita x dapat lari daripada kesilapan. Mungkin nasi itu bersih pada awalnya tetapi lalat yang sedang terbang tiba2 kena "strok" lalu mati jatuh di atas panggan itu. Mana kita tahu kan?banyak kebarangkalian. Syukur melalui FB, kami dapat berbincang dengan baik. Dan menemui konglusinya.

" Macam ni je la.. sebab kita dah menghadapi pengalaman dengan kafeteria2 sebelum ini..usaha pertama yang harus dilakukan adalah memaklumkan bahagian pengurusan utama kafeteria itu sendiri iaitu Pengurus ****** (Nama Katering tu). Jika keadaan berlarutan barulah kita bawa isu ke mesyuarat KAfeteria bersama Jpp dan IPGKS nanti.


Sekarang ini..kita beritahu mereka dulu la..semoga WARNING pertama ini dapat membantu mereka mengesan kesilapan dan kecuaian ini. X perlu besar2 kan sangat.. sebab kita pun nak jaga hati Katering yang kali ini. Sesungguhnya Tahun ini kita bertuah, sebab banyak katering di dalam kafeteria kita.. banyak pilihan dan kurang runggutan dari yang terdahulu.



Mengapa nak jaga hati mereka? hehehe.. dulu 3 bulan kita cari katering..banyak katering di luar sana takut nak masuk IPG kita dengar cerita la.. Sebab Studentnya terlalu demand dan shoot terus mereka di dalm mesyuarat tanpa warning.Kali ni kita baik sikit la dengan katering yang dah ada dan lebih better ni.kita warning mereka dulu face 2 face..jika x ada hasil..x berubah..bawa ke mesyuarat terus la.OK?



ingat dulu kita x ada bekalan makanan dalam IPG sampaikan tapau dari luar selama beberapa bulan?aduuuhhh..Kecut otot I~~hahaha.



Apa2 pun, kita warga IPGKS yang baik hati cuba maklumkan pada mereka dulu la..supaya mereka tahu dan x usah diperbesarkan masaalah ini. Jika berlarutan ke MESYUARAT BESAR la jawabnya. (^^) Seharusnya benda sebegini kita cuba elakkan demi menjaga kedua2 hati pihak. Mereka menjaga kita kita menjaga mereka.dan mereka sapu wang kita!hehehe.. mengenai harga saya no comment.. Memang cabaran di dunia Miri dan IPG harga makanan memang satu cabaran bagi kita, dan kita sudah sedia maklum mengenai perkara ini. Tetapi jika sudah melampau dan over sampaikan kuah dan sekelumit ayam pun dikira Rm1.50.. ini boleh kita usulkan. "


Berdasarkan Pendapat di atas, kami telah membuat keputusan berdasarkan pengalaman yang lalu. Maklum lah "kenangan 2 bulan tanpa kafeteria" amat menyiksakan. Aduhh... kini kami lebih perihatin dan berhati2 untuk menyuarakan pendapat dan masaalah. Agar kepentingan semua pihak diutamakan. Kita juga harus menghormati peniaga tersebut, mereka juga ada hak untuk mendengar luahan isi hati pengguna mereka juga. Sekian.  ~TQ (^^)~




Special thankas to Arbut Albinus and Abdul Falakh Zafriel atas maklumat dan berbincangan. (^^)

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )