Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 Mei 2012

Malam Release tension!

Kelas kami iaitu PPRSV Sem5 ambilan Januari 2010 mengadakan satu pertandingan untuk semua warga IPGKS Miri. Dengar cerita kami akan mengadakan pertandingan Karaoke dan tarian moden. Temanya adalah malam release tension, biasalah.. dah nak hujung sem kita kena happy. Setelah letih bergelumang dengan dunia yang penuh tugasan di dalam IPGKS Miri.

Menyebut mengenai tugasan, terdapat banyak tugasan lah di sini.. ada yang formal dan x formal.. contoh yang formal adalah Tugasan subjek dan kerja gerko. Yang x formal adalah outing.. makan.. Riadah.. hehehe, semua orang ada tanggungjawab masing2. then semua orang ada kepenting masing2 dalam IPGKS kan? Macam dalam pejabat.. x semua orang akan memenuhi masa pejabatnya dengan tugas yang ada..adakalanya tugas tu awal siap, masa yang lenggang diisi dengan kerja lain mungkin perkaran esoknya diawalkan.. jika terlalu banyak tugas, x sepanjang waktu itu kita kerja... ada masa kita stop sekejap minum kopi..rest.. supaya otak x mereng atau SOT sebab over do kerja..Hehehe..

So!! kembali semula ke Malam Release Tension.. Tansion ni banyak jenis.. ada tension tu disebabkan tugasan..ada tension sebab masaalah peribadi..ada juga tension tu hanya akan release di dalam jamban.. Yang pasti TENSION kali ini adalah perwakilan kepada cabaran dan dugaan hidup sebagai guru pelatih IPGKS Miri. Jadi, saya akan kongsikan perkara ini di sini untuk sama2 kita raikan  erti hidup dan erti kejayaan setelah menempuhi dugaan sepanjang hidup ini. (^^)





Pertandingan ini hanya untuk warga IPGKS Miri. Hehehe.. Juri adalah dari kalangan pensyarah di sini. ~(^^) TQ~

03 Mei 2012

Peta Pelan IPGKS Miri

Saya nak kongsikan peta IPGKS Miri di sini. Whoops!! Buat pengetahuan u all. Institut Pendidikan Guru Miri masih guna singkatan IPGKS Miri. Maklum la, ada yang tersilap kot.. sebab saya sebelum ni ada dimaklumkan bahawa nama tu dah berubah. So saya rujuk pihak yang bertanggung jawab dan mendapati singkatan yang sebenar benarnya adalah IPGKS Miri. Hehehe.. Ok, saya nak kongsikan peta dari angkasa. Saya akan selitkan bebrapa gambar sekitar IPGKS Miri.

Sebab share, supaya org tahu bagaimana kehidupan di Miri bandar di dalam Negeri Sarawak. Hehehe.. Mari hayati tempat saya Study!

Gambar di bawah adalah peta IPGKS Miri...Ni yang lebih lengkap..Klik sini. Hehehe.

Gambar di bawah adalah di dalam Kawasan pejabat...

Kawasan Asrama..

Belakang tu kawasan Pejabat HEP dan Jabatan yang berkaitan...

Ni suasana dalam Dewan..

Hehehe..semoga u all tahu kehidupan dalam IPGKS Miri macam mana. Semuanya baik2 saja.. ~TQ(^^)~

29 April 2012

Menjenguk kafeteria SWEET!

Sebelum bergempur di padang pada hari sabtu tadi saya bersama gang makan di kafeteria IPGKS Miri. Nice lauk!harga ok.. memang berbaloi untuk aku yang x kuat makan!hahahaha! Ni saya rasa sistem kafeteria kali ini lebih baik memandangkan dalam 1 kafeteria banyak branch!! saya dapat membuat lebih dari 3 pilihan jenis masakan. Rasanya Mim's katering jadi pengurus kepada 3 branch yang lain dalam kafe ni. total semua 4 kedai makan la dalam 1 kafeteria. (^^)

Jom makan bersama kawan! Sebelum ini pihak Kafeteria ada mengingatkan warga IPGKS Miri terutamanya student la... jika terdapat masaalah boleh laporkan segera kepada mereka. Gunakan saluran yang betul, jangan terus lapor kepada akhbar or mana2 la. Hal kecil boleh dibincangkan bersama. Jika mahal sangat kita boleh runding lagi harga makanan.. Semuanya mudah sahaja, warga yang mesra dan baik hati. Hehehe..

~TQ (^^)~

Isu Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKS

Selama 2 hari Kejohanana Olahraga Tahunan (KOT) telah diadakan di IPGKS Miri. Empat buah rumah sukan berentap merebut piala pusingan. Kali ini KOT diadakan di padang A di IPGKS Miri. Sesungguhnya ia diadakan di dalam sahaja memandangkan adanya kekangan untuk kami mengadakan di stadium terbuka Miri. (kekangan yang tidak diketahui, dengar khabar Stadium Miri telah ditempah sepanjang tahun oleh beberapa organisasi lain)

Ramai yang terlibat dan berjemur semasa sukan. Segalanya berjalan dengan lancar memandangkan pengajian aku yang terlibak kendalikan. Semuanya happy dan semoga aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk membuka dan mengetengahkan potensi mereka malah dijadikan sebagai medium mengeratkan lagi hubungan di kalangan komuniti IPGKS Miri. Bukan sahaja guru pelatih yang hadir malah pensyarah dan pekerja am juga turut menyertai acara tersebut.

Pada hari pertama padang yang basah x menghalang peserta untuk bertanding
 Hari seterusnya sangat panas tetapi berangin sepoi2 bahasa...
 Keadaan pondok rumah sukan yang tenang dan redup...di tepi pantai..
 Astaka!

Walau bagaimana pun terdapat juga khabar yang tidak enak didengar apabila ada sesetangah pihak yang tidak berpuas hati dengan penganjuran ini memandangkan terdapat salah faham mengenai bagaimana markah untuk juara keseluruhan ditentukan. Memandangkan tiada taklimat menganei KOT dan isu2 sebegini tiada diberitahu awal. Pada pendapat peribadi saya, KOT adalah medium untuk bergembira dan seharusnya ia diteliti kembali bagaimana ia dianjurkan? adakah ia memenuhi permintaan? kehendak?

Ada yang mempersoalkan sistem permarkahan kejuaraan ini tidak jelas. Isu ini telah dibangkitkan oleh segelintir ahli rumah yang sepatutnya menang berdasarkan kutipan pingat. Kita harus ingat tanggung jawab ketua rumah dan perwakilan serta pensyarah amat penting dalam mengelakkan terjadinya hal ini. Peserta hendaklah diberitahu awal. TETAPI, perserta hendaklah juga memahami keadaan penganjuran kali ini memandangkan ia dianjurkan dalam keadaan sederhana. Terdapat banyak isu yang boleh dipersoalkan selain dari sisitem pemarkahan. Tetapi ia tidak dipersoalkan kerana "mereka" (x semua,hanya merujuk segelintir) hanya semata-mata mementingkan kemenangan yang telus. Mereka menyatakan bahawa dalam laman FB Event KOT tiada dimaklumkan mengenai sistem permarkahan yang jelas. Seharusnya ia dipersoalkan awal. Sila lihat di bawah:


Ternyata tiada sistem yang dijelaskan. Ia bukanlah masaalah besar kerana setiap rumah ada ketua dan perkara ini boleh ditanya kepada pihak penganjur melalui saluran yang betul. Jika ketua lupa mengenai perkara ini, anak buah juga memiliki tanggung jawab untuk mempersoalkan perkara ini kepada ketua. Yang pelik nya, mengapa isu ini menjurus kepada isu kutipan mata dan kemenangan? sedangkan dalam Page FB di atas juga dapat dipersoalkan banyak persoalan lain? adakah komuniti di sini hanya bersukan untuk menang dan bukannya untuk prestasi? riadah yang menyeronokkan? berikut merupakan persoalan yang lain dapat dipersoalkan dalam isu ini:

1. Kenapa rejam lembing dan lempar cakera x ada?
2. Apa warna baju pensyarah dan staff?
3. Berapa markah bagi setiap kedudukan?
4. Tema bendera mesti mengikut nama rumah (tokoh pendidikan/teori) atau bebas?
5. Bila nak buat perjumpaan? (kalau dapat x perlu la..busy..minggu assignment..)
6. Kalau x buat perjumpaan adakah wujud kebarangkalian individu yang x puas hati lepas aktiviti?
7. Adakah semua warga IPGKS Miri wajib hadir?
8. Apakah tindakan yang dikenakan kepada mereka yang tidak memberi kerja sama dalam KOT?
9. Jika saya ada urusan di luar, boleh saya x hadir?
10. Kenapa x buat di stadium terbuka Miri?
11. Siapa yang bersihkan padang dan susun alatan lepas KOT?
12. Adakah juara acara akan mewakili KAGUM?
13. Boleh sertakan catatan masa terbaik sebelum ini? sebab kami nak pecah rekod itu semasa belatih.

Yang pasti pihak penganjur telah menjalankan tugas yang sangat baik di saat musim persediaan untuk perperiksaan dan menghantar tugasan. Saya juga percaya pihak penganjur juga telah mengadakan perjumpaan bersama setiap ketua rumah sukan untuk menjelaskan peraturan dan perancangan KOT. Saya yakin ketua rumah sukan juga ada mengadakan perjumpaan bersama anak buah mereka. Cuma ada ralat dan kesilapan sedikit dalam ketegasan dalam melaksanakan perjumpaan agaknya. Sehinggakan yang tidak mengetahui atau tidak hadir perjumpaan akan menyuarakan perasaan tidak puas hati.Tidak apa, kita masih boleh berbincang dan menganggap ini sebagai postmortem untuk dijadikan isu penambah baikan penganjuran di masa hadapan. :) 



~Pesanan: Be happy! Cuti hujung sem dah nak tiba. Fokus Ujian! relax dan enjoy (^^) TQ~

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )