Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 April 2012

Minggu2 yang membeliakkan bebola mata.

15-30 April 2012 sememangnya menguji kesabaran aku. Aku melihat wajah2 rakan sepengajian dan junior2 penuh dengan agenda tersendiri. Maklumlah menjelang 27 April semua tugasan seharusnya sudah siap. Markah akan diambil dan dicatat oleh pensyarah. Terdapat juga aktiviti yang perlu diselesaikan segera demi memenuhi tanggung jawab sebagai pelajar.

Ok ini kronologi aktiviti aku sepanjang 2 minggu ini:

1. Praktikal
2. Karnival Permainan Tradisional.
3. Sukan Tahunan
4. Tugasan Seni Visual + Multimedia + Olahraga + Bahasa Melayu
5. File Praktikal
6. Pegawai Sukan
7. Mesyuarat Pameran
8. Mesyuarat Pertandingan K-Pop dance

Hehehe,kena pandai la menyelit di celah detik2 waktu. Saya akan pastikan tanggung jawab ini tidak akan menggangu aktiviti seharian aku seperti bersenam! Maklum la.. sedangkan orang yang turun kuliah dan tidur je pun tak dapat siapkan kerja apa lagi aku yang kerjanya beriadah. Hehehe... bak kata mat salleh..Its My life.. dah aku minat beriadah aku akan teruskan rutin harian aku. No excuse for ponteng disebabkan tugasan berlambak.

Well saya doakan rakan2 yang lain berbahagia la dengan tugasan masing2.


Gambar ini merupakan kenangan semasa berada di sekolah semasa saya berpraktikum.

Kami mengecat gelangang di sekolah


Berbincang di kelas dalam IPGKS Miri selepas Praktikal


Antara wajah2 Junior yang sibuk menyiapkan tugasan


Menyediakan padang untuk sukan


Nanti saya kongsikan gambar Bulan April yang lain. Yang pasti banyak perkara yang menarik terjadi sepanjang bulan ini. ~ (^^) TQ~

24 April 2012

Anjing sapa yang hilang ni?!! Lost DOG!!

Perhatian kepada pemilik anjing putih yang pendek kiut ini! Anjing ini ada rantai tapi tiada nama pemilik! sila tuntut anjing anda di IPGKS!! Anjing tu kelaparan..kami nak beri makan banyak x dapat..bagi tulang je la.. Memandangkan $$$ kami memang dah nak habis untuk melaksanakan tanggungjawab dan keperluan di sini. Please look at the picture below:


The lost dog ( White, Short, Cute, Not a cat )


Lost dog in Miri. Please contact Maktab! or caontact me in FB contact me

Hari ini mengecat padang!

Petang tadi bersama dengan rakan2 menjalankan tanggungjawab sebagai warga IPGKS Miri dengan menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga mengecat padang untuk acara sukan tahunan ni. Sukan akan diadakan pada Jumaat ini sehingga Ahad. Tarikh 27-29 April 2012. Ini dikira sebagai aktiviti hujung bulan la..Hehehe...

Payah juga mengecat ni ahh..pertama sukat padang..kemudian tanda..ikat..cucuk pancang..then cat padang guna Minyak M! Rasanya kalau dibakar garisan tu..cantik juga kan?bila acara berlangsung..memang macam stuntman semua atlit!hahaha..


Azalizan menaiki Skuter Yamaha belau yang sudah dimodifikasi!


Astaka tempat kami berkumpul nanti! Pokok kelapa?!! ya..kan di tepi pantai ni..hehehhe.. IPG tepi pantai.. siapa nakal baling jer ke laut..bagi penyu makan!


Ni proses menanda menggunakan tali..payah juga.. kena tepat..kalau bengkang bengkok payah la atlit pecut negara nak berlari di situ nanti!




Komunikasi

Dalam kelas aku masuk melangkah. Nampaknya rakan2 dah sampai awal dariku. Terusku mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan di sini. Sekarang adalah subjek EDU 3106 Budaya pembelajaran. Nampaknya topik hari ini sangat menarik. ia berkaitan dengan komunikasi. Berdasarkan pemahaman saya setelah berkongsi maklumat dari pensyarah kami. Komunikasi merupakan satu kebolehan yang penting. Manusia berkomunikasi untuk memenuhi keperluan. Namu ada juga yang menyalah guna komunikasi untuk kepuasan diri sahaja.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber pambacaan saya, 70% masa manusia adalah untuk berkomunikasi. Ini untuk manusia yang proaktif dan normal. Jika kurang tu kena la cermin2 diri.. anda mungkin seorang yang pasif atau mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan bersosial secara sihat. 55% komunikasi melibatkan ekspresi muka dan 38% memerlukan pergerakan badan.

Komunikasi dapat dibahagikan kepada 2 jenis. Lisan dan bukan lisan. Kerap kali masaalah timbul disebabkan komunikasi. Buktinya dekat je, pemimpin yang gagal berkomunikasi dengan baik menyebabkan perundingan menjadi perperangan. Nampaknya besar peranan komunikasi ini. Jika anda mahir berkomunikasi anda juga harus mendalami sesebuah budaya masyarakat sebelum mendekati mereka. X ada maknanya jika anda mahir berpidato tetapi x dapat berkomunikasi dengan cara yang betul dalam perbincangan mengenai ilmu ekonomi. Laras bahasa dan memahami budaya itu sangat penting.
Keadaan dalam bilik perbincangan

Anda boleh merujuk buku hasil penulisan Shannon yang menerangkan model komunikasi. Berdasarkan pendapat beliau, komunikasi berlaku secara berperingkat:
1. Punca komunikasi (maklumat)
2. Penyampaian (radio,Tv,lisan,Internet)
3. Isi Kandungan
4. Penerimaan
5. Pendengar
Jika berlakunya salah faham dalam komunikasi satu daripada lima proses tersebut mungkin gagal memainkan peranan yang tepat.

Sekian.

24.April.2012 WHAT!

Huh, gambar bersama rakan di dalam bilik misteri (makmal ICT). Sedang menyiapkan kerja la tu, entah siapa yang dah siap dan siapa yang belum itu bukan soalnya, soalnya siapa yang dapat menamatkan pengajian dengan penuh makna! Well, apa yang saya dan lain2 akan dapat nanti? yup..sijil..yes..sijil untuk dapat gaji..Itu jerrr? Pasangan hidup? Kemahiran baru? Pengalaman indah? hehehe.. hidup di sini bukan nak dapat sijil jerr.. :)
Memang x terasa masa berlalu, Sekarang hampir hujung semester.. semua bertungkus lumus menghabiskan (manyiapkan) Tugasan. Lepas ni ujian pula.Hehehhee..x terasa dah nek menjejakkan kaki ke dunia yang jauh lagi.

Rasa sangat gembira memandangkan Praktikum pertama sudah tamat. Menunggu praktikal yang ke 2!!HAri2 yang aku lalui penuh harapan dan impian!semoga semuanya berjalan dengan lancar dan penuh bahagia.. (^^)

23 April 2012

Akhirnya kami membuat keputusan!!

Dengan ini kami merasakan Blog ini..Kami rupanya!!hahaha!!sebenarnya Saya... Ok,mlai saat ini. Blog ini dibawah kendalian aku. Berikut merupakn coretan aku...


Setelah kian lama bersama kami mengenali satu sama lain. Ganti punya berganti pemimpinnya!Hahaha!x apa..semua orang ada kisanhnya tersendiri..saya x ada hak nak comment sesiapa. Cuma kali ini Blog Dermaga akan mengisahkan kehidupan yang indah serta pengalaman yang saya lalui sepanjang menjalani proses menjadi seorang pendidik.

Ini merupakan antara page lama dalam BLOG ini. Sekarang dah bertukar dah.. Aku Malas dah handle dan jadikan Blog ini lebih santai.


Dulu namanya dermaga.. atas sebab yang best nama Dermaga ditubuhkan. Dulu blog ini dijadikan tempat menyebarkan maklumat, sekarang FB jadi pujaan. Hehehe.. maka saya iaitu AKU MALAS akan handle Blog ini.

Ini header baru...

Ok, berbalik kepada cerita...

Pendidik yang macam mana? Pendidik yang slumber?banyak songeh?suka mengeluh?mengejar kepentingan peribadi?atau..hanya seorang pendidik yang memiliki falsafah hidupnya tersendiri..yang tidak terikat dengan mana2 ideologi.. aku dan duniaku..aku sebagai guru.. now..masih bakal guru..Ok la..Hehehe.

Kenangan bersama rakan? memeh arr..banyak yang indah..now.. les me tell you what I feel today..Get ready and have fun reading my BLUGGG (Blog)

Thanks 4 reading.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )