Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 September 2012

Merdeka bagi mereka dan kita

Posted on 10:05 PTG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Minggu yang lalu aku telah terlibat dalam sambutan kemerdekaan peringkat SK Jalan Bintang, Miri. Aku melihat suasana sangat riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang seronok mengibarkan bendera masing-masing. Ada bendera yang besar, yang kecil, yang macam kain pada baju, yang ada gula-gula pun ada.



Terfikir juga dalam diriku apakah mereka mengerti erti meredeka ini dari kita yang dewasa ini. Ku lihat orang dewasa pula senyum, gembira mengibarken bendera dan masih kontrol machoo dan ayunya. Mungkin untuk tahun depan aku akan berlari mengelilingi sekolah mengibarkan bendera. Hahaha!




Bagi kanak-kanak ini, merdeka mungkin satu perayaan dan hari yang akan mereka ingati lagunya dan benderanya. Di dalam kelas-kelas saya, semua murid-murid tahu akan lagu Tanggal 31. Mereka sangat menyukai Muzik dan Lagu itu. Mereka merasakan hari tersebut sangat seronok kerana mereka dapat berkongsi bendera dengan cikgu. Lebih elok kalau semua topik pada hari tersebut bertemakan kemerdekaan. Agar murid-murid tahu akan makna kemerdekaan. Bagaimana dengan tayangan video pula? HAhaha!! biar mereka tahu akan pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.





Bagi saya, kemerdekaan adalah satu keamanan dan kebebasan yang harus dihargai. Murid-murid saya dapat belajar dengan baik dan tidak dihantui dengan ancaman fizikal dan mental yang mampu menjejaskan perjalanan aktiviti mereka. Mereka bebas belajar tanpa mengira kaum, keadaan, sakit atau tak, kita semua ada hak untuk menjadi insan yang berilmu. Mereka perlukan ruang yang aman untuk membesar dengan sihat untuk menjadi insan yang berkualiti. Sekian (^^)

No Response to "Merdeka bagi mereka dan kita"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )