Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 September 2012

Meratapi Tugasan sem 6 PISMP PSV 2012

Posted on 10:26 PTG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua anda yan dengan tidak sengaja telah tersearch blog ini. Maaf yer jika anda nak cari maklumat tapi benda lain yang anda dapat. Ok, di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan tugasan sem ini. Berikut merupakan Tugasan untuk:

PSV   3111 : PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
BMM 3013 : PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


Gambar di bawah merupakan soalan untuk PSV. Kali ini tugasan mengkhendaki guru pelatih menjelaskan beberapa elemen mengenai pentaksiran dalam PSV ( Pendidikan Seni Visual) . Tugasan tersebut haruslah diselesaikan selepas praktikal. Maklumat dan kajian kes yang diperoleh sepanjang praktikal juga boleh dijadikan maklumat dalam menyempurnakan tugasan ini.

Tajuk projek / Tugasan adalah seperti di dalam gambar di bawah. Kemahiran menyediakan borang penialaian amatlah penting. Guru bukan sahaja mengajar murid. Guru harus menilai dan mengetahuai tahap setiap individu di dalam kelas yang diajar. Jika guru itu mengajar 5 buah kelas dan setiap kelas memiliki purata 30 orang murid. Guru hendaklah memiliki rekod kemajuan 150 orang murid.


Gambar di bawah adalah soalan untuk Bahasa Melayu. BMM 3013. Situasinya hampir sama iaitu kajian mengenai pentaksiran tetapi kali ini guru pelatih hendaklah merujuk borang JSU. 

Guru bukan sahaja mengajar dan menilai. Guru hendaklah mahir menyediakan kertas soalan. Soalan yang disediakan bukan ditulis atau direka suka hati. Soalah yang disediakan hendaklah merujuk JSU. Guru hendaklah tahu berapa durasi masa mengajar setiap topik dan fokus soalan manakah yang harus kerap keluar.


Soalan kali ini juga mengkhandaki guru pelatih mengkaji penilaian berdasarkan sistem Taksonimi Bloom (Taxonomo Bloom). Tahukah anda terdapat 6 jenis tahap perkembangan kognitif yang harus dicapai dalam seseorang individu dalam menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran. Cuba anda senaraikan... Jawapannya klik ( sini ) 

Bye2.

No Response to "Meratapi Tugasan sem 6 PISMP PSV 2012"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )