Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 September 2012

Kenapa marah mereka?

Posted on 7:38 PTG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku ini. Sepanjang menjalani praktikum yang dikendalikan oleh IPGKS Miri ( Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri ) aku telah mendapat banyak input (pengalaman). Kali ini sempena hari Ahad yang aku sendiri kekadang tunggu ketibaannya aku ingin menulis satu penulisan mengenai pendapat aku terhadap kanak-kanak yang aku ajar.


Kali ini aku mengajar kanak-kanak yang nakal. Istilah nakal ini telah diberikan oleh beberapa individu yang telah mengalami pengalaman mengajar kelas kanak-kanak ini. Kenakalan ini kadang kala mendorong rasa geram ini menyebabkan tindakan memarahi mereka. Terdapat banyak cara mendisiplinkan kanak-kanak. Antaranya dengan memberikan denda yang bersifat kognitif dan afektif. Tindakan memukul juga merupakan satu daripada tindakan mendisiplinkan kanak-kanak. Namun pada masa kini, tindakan yang melibatkan sentuhan badan kanak-kanak dengan objek atau sentuhan terus dari badan ke badan tidak lagi diamalkan dengan kerap walaupun terdapat garis panduan untuk menghukum kanak-kanak ini.


Guru sekarang menggunakan cara yang bersifat psikologi terhadap kanak-kanak jika dibandingkan dengan cara yang melibatkan kesakitan pada fizikal. Antara denda atau hukum yang biasa diggunakan sekarang adalah meminta murid melakukan perkara yang dia tidak suka seperti:
  1. Aktiviti bacaan
  2. Menulis karangan 200 patah perkataan
  3. Membaca sifir berkali kali
  4. Menyanyikan lagu sekolah di depan kelas
  5. Aktiviti menulis bersama guru di depan
  6. Diasingkan dari rakan baik
  7. Membuat kerja tambahan
Terdapat banyak jenis denda yang boleh kita berikan kepada kanak-kanak yang nakal atau melakukan kesalahan. Ok, Berbalik kepada tajuk di atas. Mengapa kita marah mereka? Kita hendaklah melihat diri kita sebagai pemimpin ( ibu bapa, guru, ketua ) untuk membantu mereka membentuk diri dan membantu mereka mencapai matlamat. Marah merupakan satu perasaan dan ia akan menjadi tindakan jika disalurkan kepada kanak-kanak dalam bentuk fizikal. Tindakan ini merupakan satu bentuk teguran yang akan memulihkan sikap kanak-kanak. Namun ia haruslah dilakukan dengan cara ynag betul dan terkawal.


Seharusnya kita hendaklah masuk ke dunia mereka sebelum memarahi mereka. Kita hendaklah memahami bagaimana mereka berfikir dan bertindak. Kadang-kadang kita agak rimas dengan kerenah mereka yang sering menangis dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun harus diingatkan bahawa, mereka sememangnya memerlukan perhatian dan bantuan dari seorang ketua. Kita semua adalah ketua, kita adlaah ibu bapa dan guru mereka.

Ada kanak-kanak yang sentiasa menanyakan soalan tanpa henti dan sentiasa membuat hal dalam kelas untuk mendapat perhatian dari guru. Mereka sebenarnya sedang berfikir mengenai kerja mereka, persoalan akan timbul di dalam minda mereka sekiranya mereka kurang jelas atau tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Pujian harus diberikan agar mereka yakin dan sentiasa bermotivasi untuk menjalankan aktiviti mereka. Kita tidak harus marah mereka sekiranya mereka hanya berkelakuan nakal untuk mendapatkan perhatian guru. Namun!! kita harus menegur mereka, mungkin juga memarahi mereka jika mereka telah melakukan kesalahan yang melampau dan menganggu rakan yang lain. OK! ^_^ thanks.

No Response to "Kenapa marah mereka?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )