Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 September 2012

Enam tahap dalam ( Taksonomi Bloom )

Posted on 10:23 PTG by Chrisroyston Bakum

Hello! salam sejahtera kepada semua. Menguasai ilmu secara berperingkat merupakan satu proses kesempurnaan dalam memajukan diri. Berdasarkan tahap dalam Taksonomi ini dapat kita fahami bahawa, jika kita baru menguasai sesuatu ilmu itu kita hendaklah...



Pengetahuan: Mengetahui apa yang kita pelajari itu contohnya kita sedang berusaha untuk belajar memasak.

Kefahaman: Memahami apa yang kuita sedang buat. Contohnya "Ooo.. memasak bukan sahaja guna api, tetapi boleh guna ketuhar gelombang mikro"

Aplikasi: Menggunakan ilmu itu. Contohnya menggunakan api untuk memasak atau menggunakan minyak untuk menggoreng supaya makanan tidak melekat pada kuali.

Analisis: Memecahkan ilmu yang sedia ada kepada banyak pengertian. Contohnya, Masak Daging Kicap Rempah Diraja... saya harus tahu ramuannya.. kuantiti bahan.. alatan dipakai.. jenis nyalaan api.. suhu masakan.. jangka masa memasak..

Sintesis: Mengabungkan segala pengetahuan dan pengalaman berdasarkan aplikasi dan pengetahuan sedia ada untuk menghasilkan pengertian baru. Contohnya, Memasak guna api, api itu bahaya, boleh bakar rumah, tapi saya guna api yang besar untuk masak daging, supaya daging lebih sedap, bahaya juga masak ni, bla..bla..bla..daging itu halal, masak guna.. bla..bla.. ( gabung ilmu yang baru dengan pengalaman sedia ada juga )

Penilaian: Menilai hasil pelajaran. Perlu diperbaiki atau diperkayakan? Dimana silap di mana kurang? Kelebihan dan kebaikan?



Berikut merupakn enam tahap pemikiran yang ada dalam domain Taksonomi Bloom:
·         Pengetahuan
·         Kefahaman
·         Aplikasi
·         Analisis
·         Sintesis
·         Penilaian





No Response to "Enam tahap dalam ( Taksonomi Bloom )"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )