Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 September 2012

7 senjata utama guru di kelas

Posted on 8:51 PTG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Kali ini aku nak kongsikan secara ringkas 5 senjata yang telah aku pelajari sepanjang menjalani praktikal di SK Jalan Bintang Miri. Tinggal 3 minggu lagi sebelum kembali menghayati dunia kuliah di IPGKS Miri. Jom kita lihat apa yang aku maksudkan ini:



  • Pujian
Murid akan bersemangat untuk meneruskan aktiviti mereka. Pujian penting untuk mengakalkan suasana yang sihat di dalam kelas. Suasana yang sihat mendorong murid-murid menjalankan aktiviti dengan lebih bermotivasi.
  • Set induksi
Set induksi yang menyeronokkan dan menarik senjata seorang guru. Murid-murid akan bersemangat untuk menuruti aktiviti seterusnya sekiranya guru berjaya memenangi hati mereka dan menaikkan motivasi murid-murid. Set induksi yang menceriakan juga membuatkan murid berasa mesra dan selamat untuk belajar di dalam kelas.
  • Cerita
Murid-murid suka mendengar cerita. Guru boleh menyelitkan unsur cerita yang penuh pengajaran atau cerita yang memiliki unsur kecindan sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan senjata yang baik dan mudah kepada guru yang kreatif untuk mengawal keadaan kelas yang bising. Cerita tidak harus terlampau panjang, 3 minit pun cukup untuk menaikan lagi motivasi murid-murid belajar selepas bahagian perkembangan berlangsung.
  • Permainan
Siapa kata permainan hanya boleh dijalankan sewaktu awal aktiviti pengajaran dan pembelajaran? Guru boleh mereka permainan atau aktiviti yang berunsur permainan semasa mengajar. Murid-murid suka bermain sambil belajar. Contohnya, sewaktu memperkenalkan sesuatu isi maklumat, guru boleh mengadakan permainan teka teki yang berkaitan dengan objek yang diajar pada hari tersebut. Kawal kelas dengan baik supaya murid tidak berebut memberikan jawapan dalam keadaan yang riuh rendah.
  • Rotan
Hahahaha!! Pukul boleh, tapi guna ripple effect. Pukul jangan kuat, sekadar menjadi peringatan kepada murid-murid yang lain terhadap sesuatu kesalahan. Suara mesti ganas sikit biar nampak real. Jangan lupa untuk menangi hati murid-murid semula dengan pujian atau permainan. Agar motivasi mereka sentiasa tinggi untuk belajar dalam keadaan terkawal.
  • Teguran keras
Ada kalanya guru menarik perhatian murid sengan teguran yang keras sambil mengetuk-ngetuk meja atau papan hitam. Murid-murid akan mudah memberi perhatian dengan rasa yang lebih berwaspada dan hormat terhadap guru yang tegas. Ketegasan hendaklah berbatas supaya hubungan antara guru dan murid tidak terjejas.

  • Jari telunjuk dan jelingan mata
Dengan hanya menunjukkan jari telunjuk dan menjeling kepada murid yang melakukan kesilapan, satu kelas akan terdiam. Mulakan teguran dengan menyebut nama murid yang membuat silap dengan suara yang lantang bukan dengan jeritan. Kita juga boleh menggunakan teknik ini untuk memuji murid yang berjaya melakukan kerja dengan baik. Contohnya, menunjuk jari dan mengatakan takniah sambil mata melihat ke arah murd tersebut. Untuk mendapatkan semula perhatian murid, mintalah mereka tepuk tangan atas kejayaan rakan mereka.


Setakat ini sahaja perkongsian aku! Bye bye!! ^_^

Gambar: PBS 2011

No Response to "7 senjata utama guru di kelas"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )