Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Ogos 2012

Praktikum adanya unsur sedih?

Posted on 10:02 PTG by Chrisroyston Bakum


Murid miskin membeli makanan oleh Chrisroyston

27.08.2012- Hari ini sewaktu saya sedang menikmati makanan yang sedap di kantin sekolah (SK Jalan Bintang) saya melihat seorang budak sedang membeli makanan di kantin. Di sebelah budak tersebut kelihatan seorang budak lelaki yang menggunakan pakaian comot dan sedang memrhatikan lauk pauk yang tinggal pada tengah hari tersebut.

Murid-murid datang dari pelbagai latar belakang dan pelbagai kisah hidup

Kelihatan hanya sedikit lagi hotdog masak sos dan sedikit sayur. Kebanyakan lauk telah habis dibeli pada waktu rehat tadi. Mungkin beberapa orang lagi yang membeli makana di kantin ini akan mampu menyapu bersih lauk yang tinggal di dalam bekas makanan itu.
Budak yang asyik melihat menu tadi akhirnya memanggil mak cik yang sedang mengemas meja di dalam kantin. Budak tersebut terus meminta tapau nasi dan meimnta mencampurkan sedikit sosej (hot dog) tersebut di dalam tapaunya. Perkara yang paling melucukan dan membuatkan hati saya agak sedih adalah apabila budak tersebut menjelaskan bahawa dia hanya ada 50sen untuk membawar makanan tersebut sedangkan harga nasi dan satu lauk adalah Rm2.

Saya melihat mak cik tersebut menanyakan budak tersebut beberapa soalan mungkin untuk mendapat penjelasan dari budak berkenaan mengenai situasi tersebut. Mak cik tersebut mengatakan bahawa duit budak tersebut tidak cukup. Lalu menunjukkan budak tersebut sehelai duit seringgit, mungkin untuk membantu budak tersebut faham akan nilai makanan yang dibeli olehnya.

Baru sahaja saya hendak membantu budak tersebut, mak cik tersebut terus memberikan tapau tersebut kepada budak tersebut dan menerima wang sebanyak 50sen sahaja. Dengan perlahan budak tersebut membanwa makanan itu balik, mengapa dia tidak makan di kantin? Adakah dia membawa makanan tersebut untuk adiknya? Adakah mereka berkongsikan makanan yang sangat sikit itu? Ya.. kelihatan dia sedang bersama seorang lagi budak yang lebih kecil darinya di depan pintu gerbang sekolah.

No Response to "Praktikum adanya unsur sedih?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )