Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Ogos 2012

Keselesaan murid VS ancaman luar dalam aktiviti PJ

Posted on 10:24 PTG by Chrisroyston Bakum


Hai dan salam sejahtera kepada anda yang sedang membelek laman web di sini. Kali ini aku ingin berkongsikan kisah dari SK Jalan Bintang di Miri. Tak rugi kan jika nak kongsikan apa yang aku dapat dari seorang cikgu yang bernama cikgu Johnny. Anggap ini perkongsian dari suara-suara IPGKS Miri. (^^)

PJ DAN KESELESAAN MURID
OLEH CHRISROYSTON

Hari ini saya telah berbincang dengan guru yang mengajar PJ iaitu cikgu Johnny. Saya telah menanyakan beliau mengenai isu yang berkaitan dengan keselesaan pelajar semasa menajalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran di gelangan sekolah.

Beliau menekankan aspek disiplin di atas gelangang. Aspek yang dibincangkan termasuklah cara berpakaian, bagaimana membawa murid menjalankan aktiviti di gelangang dan kebajikan murid. Guru hendaklah memastikan murid-murid sentiasa dalam keadaan selesa untuk meneruskan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan fizikal. Oleh itu guru hendaklah memiliki kepekaan yang tinggi untuk memerhatikan keadaan murid-murid sepanjang aktiviti yang dijalankan.

Murid yang letih dan tidak selesa akan menunjukkan beberapa simptom dalam bentuk fizikal. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, keadaan ini akan mempengaruhi motivasi mereka untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang. Tindakan seperti mengingkari arahan disebabkan letih lesu merupakan antara senario yang akan dihadapi oleh guru yang tidak peka dengan murid-murid mereka.


Guru hendaklah tahu perkara yang akan mempengaruhi keselesaan murid. Antara perkara yang biasanya mempengaruhi keselesaan murid adalah cuaca yang panas. Cuaca yang panas akan membuatkan murid berasa mudah latih dan haus. Keadaan ini akan membuatkan murid enggan menjalankan aktiviti pada tahap yang optima.

Penggunaan alatan yang tidak sesuai juga akan membuatkan murid-murid berasa tidak selesa dan dalam keadaan bahaya. Penggunaan alatan sebegini juga akan membuatkan murid-murid berasa bosan dan tidak seronok. Sekiranya keadaan ini berlaku, murid-murid akan kehilangan motivasi untuk menjalankan aktivit yang dijalankan. Guru yang tidak peka mengenai perkara ini akan gagal untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan pada hari tersebut.

Terdapat banyak keadaan yang mampu mengancam keselamatan murid-murid dan mampu membuatkan murid-murid tidak selesa. Keadaan ini hendaklah ditangani dengan segera agar murid-murid sentiasa berasa selesa dan bersedia untuk menjalankan aktiviti yang penting dalam perkembangan psikomotor mereka. Antara kaedah yang boleh diambil oleh guru untuk membantu murid mereka mengatasi ketidak selesaan adalah menyedikan masa untuk murid-murid berehat dan minum air. Tindakan ini penting untuk mengekalkan murid-murid sentiasa dalam keadaan yang segar dan tidak mengalami masaalah dan komplikasi disebabkan kekurangan air.


Guru juga boleh menukar lokasi aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Keadaan ini biasanya berlaku apabila perubahan cuaca berlaku dengan tiba-tiba. Guru hendaklah memindahkan murid dari lokasi yang tidak selamat dan memiliki risiko bahaya. Biasanya hujan lebat dan panas terik merupakan ancaman yang biasanya ditangani oleh guru dengan segera.

Guru hendaklah sentiasa peka. Menjadi guru PJ merupakan satu cabaran yang besar kerana mereka hendaklah mengawal pergerakan murid di luar kelas. Keadaan di luar merupakan suasana yang terbuka dan memiliki pelbagai jenis ancaman. Oleh itu, adalah tanggung jawab bagi guru untuk menjaga murid-murid mereka agar keselamatan nyawa murid-murid sentiasa dalam keadaan yang selamat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dalam keadaan yang sempurna bagi mencapai objektif P&P pada hari tersebut.

No Response to "Keselesaan murid VS ancaman luar dalam aktiviti PJ"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )