Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Julai 2012

Praktikal dan impianku

Posted on 3:47 PTG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua yang membaca entri kali ini. Perjalanan selama 5 tahun setengah di IPGKS Miri telah membawaku hanyut ke ruangan masa yang tidak terasa da memiliki perisanya. Kini aku sedar perjalanan ku dan rakan-rakan ku semakin nyata. Erti menjadi guru kian kelihatan. Pahit manis ditelan kerana lumrah menjadi guru hendaklah tabah dari segala aspek. Walaupun banyak kali telinga ini mendengar cerita kedai kopi mengenai telatah guru pada masa kini. Aku teruskan jua perjuanganku menjadi diriku yang merupakan seorang guru. Tidak juga aku memekakkan telinga tapi bersahaja sahaja bila terdengar mengenai isu-isu keguruan yang hangat pada masa kini. Jom kita lupakan seketika isu bla..bla.. itu.. Mari kita selami kisah di musim ini. PRAKTIKAL 2 BULAN CABARAN SANG ANAK IPG!!
Gambar di bawah menunjukkan gambar file yang diedarkan...
 Wajah-wajah yang hadir dalam dewan yang kabur...

Tadi baru jer kami mengadakan perjumpaan bersama pensyarah yang mengendalikan taklimat mengenai praktikal. Minggu depan mulalah perjuangan kami di sekolah di sekitar bahagian Miri. 2 bulan menanti, satu pertualangan dalam perjuangan! Hati hendaklah cekal dan sabar. Yang pasti, taklimat kali ini hampir sama dengan taklimat yang sebelumnya.

Empat pengajian yang hadir... Major Matematik, Seni visual, Pemulihan dan Bahasa Cina.
 Aku..

Taklimat yang membincangkan aspek penilaian, sistem penyimpanan maklumat, bagaimana menguruskan murid, mengenai guru pembimbing, mengenai agihan masa dan tanggung jawab guru pelatih sepanjang praktikal ke 2 kali ini.

Mataku terpaku ke sudut dinding dewan...
 Bendera tanah airku...

Nampakknya kenalah bersedia dari segi fizikal dan mental lepas ni. Masa merupakan pancabar utama, memandangkan segala aktiviti di sekolah hendaklah dipenuhi menuruti. Dari masa di dalam kelas dan masa gerko. Tidak termasuk masa pengurusan dan agenda sekolah yang lain seperti projek dari pihak sekolah.

Kembali menyusun kerusi...

Praktikal merupakan satu peringatan kepada aku, ia menandakan kematangan aku dalam menjalani kehidupan di IPGKS Miri. Mengingatkan aku tentang betapa lajunya masa itu berlalu.. Sekian.

No Response to "Praktikal dan impianku"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )