Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Julai 2012

Nota aku untuk hubungan etnik yang ala-ala esei.

Posted on 3:28 PTG by Chrisroyston Bakum


Teringat kan zaman sem 4 dahulu aku rajin menulis nota ala-ala essei. maka hari ini aku nak kongsikan sebahagian kenangan nota yang aku hasilkan di IPGKS Miri. Gamnbar di bawah merupakan antara perayaan yang kami sambut bersama di IPGKS Miri tanpa mengira kaum dan agama.




Perkembangan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Selepas 1870 Hingga 1945

Pada awalnya tanah melayu merupakan tempat pertembungan pelbagai budaya ekoran lokasi strategiknya yang terletak di tengah laluan perdangan dunia. Sebelum mencapai tahap kegemilangan yang mengagumkan pada zaman kesultan melayu Melaka, tanah melayu hanyalah tanah yang menempatkan masyarakat asli yang masih mengamalkan gaya hidup nomad. Sehinggalah ia dibangunkan oleh pemimpin yang beribawa yang kita yakini berasal dari tanah nusantara berdasarkan kajian sejarah tempatan tanah melayu.
Perubahan yang dibawa sangat drastic kerana pengetahuan dan kebijankan yang dimiliki oleh pemimpin berkenaan Berjaya mengambil peluang atas kedudukan strategik tanah melayu pada masa itu. Perkataan tanah melayu agak luas skopnya, untuk bahagian ini kita hanya menekankan perkembangan tanah di negeri Melaka. Kedudukan yang strategik telah menjadikan Melaka berkembang dari pelabuhan nelayan kepada pelabuhan interpot. Keluar masuk kepal yang percaya dan yakin dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perlabuhan berkenaan menyebabkan ia Berjaya menjadi sebuah perlabuhan yang tersohor pada zaman berkenaan.

Pengaruh yang dibawa masuk oleh pelbagai dominasi Negara yang berdagang ke tanah melayu pada zaman berkenaan meninggalkan impak yang besar dalam menyumbang percambahan benih pluralistic di tanah melayu. Masyarakat luar yang datang keluar masuk tanpa kawalan post membuka peluang kerakyatan yang mudah. Ada pedagang yang datang merasakan tanah melayu sangat selesa terus menetap di tanah ini, ada yang merasakan peluang perniagaan di tanah ini sangat besar menyebabkan mereka terus menetap di sini, malahan ada yang berkahwin dengan masyarakat tempatan dan ini mneyebabkan mereka menetap di tanah melayu.

Saya telah menghuraikan secara ringkas situasi awal di tanah meyayu melalui pembacaan penulisan saya di atas. Kali ini kita membincangkan perkembangan pembentukan masyarakat pluralistic selepas tahun1870 sehingga 1945. Kajian ini mengambil kronologi masa di tanah melayu dari detik british mula masuk campur di dalam pentakbiran tanah melayu dan zaman penjajahan jepun di tanah melayu. Kesemua kejadian ini berlaku dalam lingkungan tahun 1870-1945. Sebelum itu kita hendaklah memahami makna pluralistic yang ditekankan dalam topic kali ini, berdasarkan kajian pluralistic membawa satu makna umum iaitu plurality ataupun kepelbagaian. Kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat di alam Melayu sejaka zaman dahlu membawa kepada keadaan sosial yang disebut pluralistic, iaitu keperluan dan kelebihan hidup dalam masyarakat yang pelbagai.

Sebelum tahun 1870an, masyarakat setempat di tanah melayu sudah terdedah dengan kewujudan masyarakat yang berlainan bangsa dengan mereka. Masyarakat melayu juga telah terdedah dengan kepelbagaian budaya sejak zaman dahulu apabila mereka menjalinkan hubunga antara Negara sehingga belayar ke negeri cina dan nusantara. Bezanya, mereka masih tidak dapat mengamalkan konsep saling memerlukan dari aspek affektif dan intipati memandangkan persaingan di tanah melayu masih didominasi masyarakat tempatan. Selepas tahun 1870an, revolusi yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang melibatkan campur tangan pihak British secara tidak langsung mahupun langsung menyebabkan isu kepelbagaian kaum dan hak kian dititik berat memandangkan masyarakat yang hidup pada lewat tahun berkenaan merupakan masyarakat yang bersaing dan lebih peka. Isu tanah, kaum, hak, pendidikan, ekonomi, dominasi pentakbiran, pengurusan sumber dan pelbagai isu yang melibatkan masyarakat Melayu kian diambil kira.

Disebabkan kepelbagaian kaum yang pesat dan mengejut wujud setelah dasar ekonomi barat dijalankan di tanah melayu dan dalam panorama masyarakat melayu pada tahun 1870an, bibit-bibit perasaan racism atau perasaan perkaum telah timbul memandangkan masyarakat kian mmeperjuangkan hak dan keuntungan masing-masing. Kekuatan utama masyarakat melayu pada zaman berkenaan terletak pada ikatan persaudaraan antara orang-orang melayu, semangan pehlawan dan pejuang-pejuang dan ilmuan tempatan dijadikan pemangkin semangan perjuangan mereka.

Situasi ini timbul disebabkan dasar penjajahan yang diperjuangkan oleh pihak British. Pada zaman berkenaan, pihak british telah membawa masuk bangsa Cina dan Inda bertujuan untuk mengeksploitasi dan menguruskan sumber bumi di tanah melayu, kaum cina dikerah dari tanah cina iaitu dari Kwantung dan Fukien melalui sistem buruh kontrak, tiket kredit, berkumpulan dan persendirian untuk mengali dan mendulang bijih timah. Selain itu mereka datang untuk berniaga dan terus menetap di tanha Melayu yang mereka yakini menyediakn peluang yang sangat besar untuk hidup mewah. Manakala kaum India dibawa dari tanah India selatan melalui sistem kangani untuk dijadikan buruh di lading-ladang getah, berkhidmat dalam sector perkhidmatan dan kerja raya. Berdasarkan kajian sekitar tahun lewat tahun 1870an-1927an ebih dari 6 juta orang cina telah berhijrah ke tanah melayu.

Sebagai tambahan, tumbuhan getah di tanah melayu merupakan bukan tumbuhan atau pokok yang asalnya tumbuh di tanah melayu, ia merupakan tumbuhan yang dibawa masuk oleh penjajah / British dari Brazil setelah mereka menemui potensi pokok berkenaan yang mampu menghasilkan lateks atau susu getah. Pertamanya pokok getah ditemukan di pedalaman amazon oleh seorang pemgembara eropah. Beliau tertarik apabila menjumpai kaum asli di pedalaman hutan berkenaan mampu menfaatkan getah dari pokok berkenaan untuk kegunaan seharian. Ciri-ciri yang dimiliki oleh susu getah berkenaan telah menimbulkan pelbagai ilham golongan pencipta dan golonga bijak pandai di eropah. Antaranya penggunaan susu getah sebagai tayar kenderaan. Memandangkan ledakan zaman perindusterian yang sedang rancak dijalankan pada zaman berkenaan, permintaan sumber getah kian meningkat dan menguntungkan mana-mana pengusaha getah di dunia. Tanah melayu tidak terkecuali dujadikan tempat penternaan dan pengusahaan getah memandangkan iklim dan struktur geografi di tanah melayu sangat sesuai untuk tujuan berkenaan.

Situasi yang tudak jauh beza juga menimpa pengusaha bijih timah, zaman berkenaan menrupakan zaman industeri besi, permintaan bijih timah sangat tinggi dan lumayan. Bijih timah diggunakan untuk mambantu dalam perusahaan makanan tin, kenderaan, alatan deomestik yang tahan lasak, senjata api, perkapalan dan lain-lain.

Kemasukan imigran dari cina dan india secara besaran telah menyebabkan kejutan budaya kepada status sosial masyarakat malayu. Masyarakat melayu kian tersisih memandangkan orang British lebih suka memanfaatkan tenaga kerja dari luar. Masyarakat Melayu juga merasakan jurang antara darjat dan cabaran hidup dalam berhadapan dengan kaum lain kian besar disebabkan peluang perkerjaan kurang, status pendidikan, penglibatan dalam jawatan pentakbiran, ekonomi, sosial, komunikasi pelbagai bahasa, persaingan hidup, budaya dan politik dalam memperjuangkan  hak.

Dasar penjajah yang hanya mementingkan ekonomi dan keuntungan menyebabkan pendatang dari luar yang datang ke tanah melayu gagal berasimilasi dengan penduduk setempat. Mereka gagal dalam nenguruskan keperluan agama,sosial dan politik, keadaan ini merupakan kanser yang lama-kelamaan akan menjadi bom pemusnah masyrakat di masa yang akan datang.

Memandangkan tanah melayu kian dipenuhi oleh pelbagai kaum, pemerintah british telah melaksanakan dasar pecah perintah dimana penduduk di tanh melayu dikenali berdasarkan ststus ekonomi dan pekerjaan mereka. Cina dikaitkan dengan perniagaan, perlombongan manakaa india dikaitkan dengan sector buruh dan getah, orang melayu serta pendatang dari Indonesia dan jawadikaitkan dengan sector pertanian. Sistem ini memberikan impak dalam perlaksanaan dasar pendidikan di tanah melayu.

Masyarakat yang kian banyak dan pelbagai kian menyedari akan pentingnya ikatan persaudaraan sesama kaum sahaja. contonya kaum cina pada zaman berkenaan telah menubuhkan persatuan Huatuan iaitu persatuan yang mewakili masyarakat cina. Begitu juga dengan masyarakat lain yang merasakan mereka memerlukan kedudukan di tanah melayu. Keadaan ini menyebabkan pengelompokan kaum makin nyata. Setiap kaum memperjuangkan agenda masing-masing. Sehinggakan pada satu tahap mereka telah mewujudkan sistem pendidikan masing-masing di tanah Melayu setelah menyedari akan kepentingan pendidikan kepada masyarakat mereka.

No Response to "Nota aku untuk hubungan etnik yang ala-ala esei."

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )