Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

01 Julai 2012

Apa cerita Minggu ke 3 Sem ke 2?

Posted on 11:34 PTG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Tentu anda nak tahu apa perasaan aku selepas melalui 3 minggu pada sem ke 2 tahun ini. Tidak terasa dah masuk minggu ke 3, setakat ni aku masih merasa kaki mamu bergoyang walaupun banyak tanggung jawab yang harus dilaksanakan sebagai guru pelatih. Ya, dan masuk 4 tahun 2 bulan di dunia Miri. Kalau tak silap la. Banyak ilmu yang dah diperoleh, tapi aku nak share benda yang aku dapat 2 minggu yang lalu.

Pada minggu yang pertama kami hanya diperkenalkan dengan matapelajaran yang baru. Kami menyesuaikan diri dengan jadual yang baru. Pada minggu yang pertama ini juga kami sudah mula diberi tugasan untuk membentuk beberapa kumpulan untuk 3 matapelajaran yang diajar pada penggal ke 2 tahun ini. Maklumlah dah masuk sem ke 6. Pada minggu pertama juga pensyarah kami menyarankan kami membuat satu blog untuk kelas. inilah hasilnya. Klik di sini untuk check it out.



Pada minggu ke 2, kami sudah mula bergerak dan memulakan kerja. Perbentang sudah mula dilaksanakan. Perbentangan yang pertama paling awal diadakan pada hari Khamis minggu pertama. Minggu ke dua dan minggu pertama sememangnya sering kami bincangkan mengenai praktikal. Pensyarah banyak membantu dalam membentuk sasiah kami sebagai pendidik. Banyak juga tips dan trick di dalam kelas diberikan pada sem ini. Banyak betul cara diperkenalkan dalam mengawal murid. :)

Lepas ni, tunggu minggu ke tiga. Aku harap banyak benda yang best2 dapat dilaksanakan di dunia IPGKS Miri.

No Response to "Apa cerita Minggu ke 3 Sem ke 2?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )