Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Jun 2012

Demensi IPG Baru (LESTARI) Bye2 File Tebal?

Posted on 3:37 PTG by Chrisroyston Bakum

Beberapa kali isu ini dah dipertengahkan dan dibincangkan. Terdapat banyak pensyarah yang memandang serius mengenai proses pendidikan di negara kita. Kita sering menyebut ICT dalam pendidikan dan korikulum kita, namun sejauh mana ia dilaksanakan? Berkaitan dengan konsep lestari yang sering dibincangkan, IPGKS Miri selali memandang serius mengenai isu "Going Green"


Maka dengan ini, banyaklah file2 dipinggirkan memandangkan kebanyakan maklumat selepas ini disalin dalam internet. Sejauh mana keselamatan menyimpan maklumat dalam internet? Berbaloikah tindakan ini untuk menyelamatkan pokok2 yang sering menjadi korban institusi pendidikan yang memerlukan kertas berjuta tan setiap bulan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pendidikan? Disini kita memandang ICT sebagai medium sistem perfailan.

Jangan pula kita sandarkan atau simpulkan bahawa kelestarian ini merupakan alasan kepada mreka yang malas buat file yang tebal-tebal.

Sekiranya file akan disemak, hanya maklumat yang diminta dan telah disemak oleh pensyarah dan moderator boleh dicetak untuk diperiksa oleh pihak berwajib seperti pegawai akreditasi MQA.

Mari kita hayati lagu IPG Lestari yang baru dicipta ini.Sumber

Lirik IPG Lestari


Budaya hijau gaya hidup IPG
Memupuk kesedaran kelstarian alam
Kami mengguna sumber secara kreatif berhemah
Kami teladani gaya kepimpinan lestari

Korus :
IPG gemilang, pemangkin masyarakat lestari
Warga IPG membudayakan amalan lestari
Dengan menghijaukan pengurusan kokurikulum
Kurikulum dan persekitaran, IPG Lestari

Kami memupuk budaya lestari
melalui pengajaran dan pembelajaran
Kamilah penggerak pembangunan kelestarian
Membina jati diri, modal insan berkualiti

Ulangkan Korus

IPG lestari, masyarakat madani
Memelihara sumber meningkatkan kualiti hidup
IPG gemilang, pemangkin masyarakat lestari
Mencernakan kelestarian melalui pendidikan


Jika dilihat dari lirik tersebut, ternyata masyarakat pendidik makin sedar akan kepentingan alam yang mampan.
Pokok dijadikan kertas.. kertas dijadikan fail... fail yang dah out of date dibakar... udara makin panas... pokok x banyak dah... CO2 berlambak!! Fikir-fikirkan lah!!

No Response to "Demensi IPG Baru (LESTARI) Bye2 File Tebal?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )