Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

09 Mei 2012

Rentetan Malam Release Tension

Posted on 2:15 PG by Chrisroyston Bakum

Pada 29 April 2012 yang lalu kelas kami telah menganjurkan aktiviti yang bertemakan "Malam Release Tension" yang diadakan selepas pukul 8pm ( selepas Isyak ) dan bertempat di Dewan Muhibbah. Sambutan agak baik pada awalnya tetapi penonton kian berkurang secara konsisten (hebat juga bahasa gue huh?) selepas persembahan yang ke 10. Terdapat 18 persembahan semuanya tidak termasuk persembahan dari pensyarah. 18 perserta yang terdiri daripada berkumpulan, duet dan solo telah merebut piala Malam Release Tension.

Siapakah pemenang nya? Hehehe... nak tahu ke? Nanti saya umumkan. Hehhee.. saya hanya nak bagitahu keadana malam tersebut. Bukannya siapa menang dan kalah. OK, keadaan malam tersebut agak meriah. Dengan kehadiran sekitar 50 orang penonton. Sepatutnya banyak yang hadir, memandangkan minggu ini merupakan minggu ulang kaji, banyak yang memilih untuk bertapa di dalam bilik. Bagi yang rasa lenggang sikit dan nak melepaskan tension bolehlah datang ke dewan Muhibbah. Tiada paksaan memandangkan setiap individu memiliki cara tersendiri untuk melepaskan tension di dalam hati.Hehehe..

Malam tersebut dimulakan dengan persembahan dari kumpulan "Tragis" wah!! macam hebat jer namanya! TETAPI.. memang tragis la.. bila mereka membawa lagu dari syarikat KRU yang bertajuk Tiga Kata! Memang release tension betul2 mereka nyanyi! x kisah yang sengau or tak..garau dan lari pitching.. apa2 pun memang gua respek semangat dia orang.

Kumpulan Tragis beraksi!

Yang lain berjalan dengan lancar. Cuma cadangan penambah baikan dari seorang rakan guru pelatih yang hanya ingin dikenali dengan nama Aizan , cadangan beliau mudah sahaja..seperti yang kita tahu juga.. kalau boleh buatlah cabutan bertuah atau buat anugerah penonton paling sporting. Ini bagus bagi menahan penonton di dewan dan mengelakkan hadirin kian gahib dari masa ke semasa.

Ok!! mari kita hayati gambar di dalam dewan pada hari tersebut (^^)





GAmbar di bawah adalah gambar 3 orang pensyarah IPGKS Miri. Dari kiri tu ketua warden.. tengah tu Timbalan Pengarah.. Hujung kanan tu pensyarah muda kita!

Gambar di bawah adalah gambar penyampaian cendera mata ke cendrea hati? Kepada Juri2 malam tersebut...


Inilah kehidupan di IPGKS Miri. HEhehe.. Semoga semua ceria2 selalu. (^^)

No Response to "Rentetan Malam Release Tension"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )