Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Mei 2012

Nota ringkas Budaya Belajar!!

Posted on 9:38 PTG by Chrisroyston Bakum


Hello gang IPG!! Ni aku nak share Nota ringkas yang dikingsikan dari satu blog pensyarah yang bernama Syed Ismail.

Budaya: Bab 1 Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

1) Pengertian Budaya
• E.B.Tylor- keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan.
• Bourdieu- proses sosial di mana budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.
• L.A. White- satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentimen (nilai) bergantung kepada simbol-simbol.
• Kroeber & Kluckohn- entiti yang mengandungi pola implisit dan eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui simbol dan mengambil bentuk metarial.
Rumusannya:
• Pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya.
• Warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang diwarisi.
• Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

2) Budaya Sekolah
· Budaya sekolah sebahagian budaya masyarakat.
· Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki masyarakat.

3) Komponan Budaya Sekolah
· Pendidikan nilai- merangkumi nilai material an bukan material ala Malaysia.
· Budaya formal;kurikulum dan ko-kurikulum.
· Status sekolah;berasrama penuh dan sekolah harian

4) Pola Dalam Budaya
· Wajib- mempunyai satu cara untuk melakukannya.
· Preferred- (lebih digemari)- ada beberapa melakukannya tetapi satu daripadanya lebih digemari.
· Tipikal- ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak satupun digemari tetapi satu daripadanya lebih kerap dilakukan.
· Alternatif – ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari.
· Terhad- cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja

6)Unsur-unsur Dalam Budaya
• Peralatan & kelengkapan
• Sistem ekonomi
• Sistem kemasyarakatan
• Bahasa
• Kesenian
• Sistem pengetahuan
• Kepercayaaan
• Kerajaan

7) Ciri-ciri Utama Budaya di Malaysia
• Keseluruhan mengandungi unsur budaya rakyat asal.
• Lambang dan institusi kebangsaan
• Hasil ciptaan nasional- kepercayaan, pemkiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusteraaan dan cara hidup.
• Unsur asing termasuk kauman atau sukuan yang sesuai dan tidak bercanggah.
• Kepunyaan bersama rakyat, menjadi sumber identifikasi/kekitaan.

8) Kepelbagaian Kelompok
• Lokasi
• Pekerjaan
• Pendidikan
• Ekonomi
• Sosial
• Keturunan
• Kuasa politik
• Bangsa
• Bahasa
• Adat resam
• Kepercayaan
• Jantina

Budaya: Bab 2 Kesedaran kepelbagaian Sosio Budaya

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
1)Bangsa
— kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya.
— Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras.
— Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India
— Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik.
— Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

2) Jenis Nasionalisme Bangsa
— Nasionalisme sebelum negara cth Israel.
— Nasionalisme selepas negara cth Switzerland.
— Nasionalisme dunia ketiga cth negara Asia.
— Nasionalisme menyeluruh cth Pertubuhan Negara Afrika.
— Nasionalisme komuniti konflik cth orang Islam di Rusia dan, Bosnia.
— Nasionalisme totalitarium cth Jerman semasa pemerintahan Hitler.

3) Bangsa Melayu
— Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
— Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
— Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. 

4) Bangsa Cina
— Orang Cina Malaysia ialah yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
— Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya kerana batasan agama.
— Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

5) Bangsa India
— Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
— Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British.
— Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

6) Struktur Masyarakat/ Kelas Sosial
— Sekelompok besar manusia yang saling berhubungan & bergantungan berasaskan satu budaya dan mempunyai matlamat yang sama.
— Struktur masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan antara orang yang membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya.
— Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling bergantung antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat" ialah "segolongan orang yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur".

7) Kepercayaan
— Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.
— Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).
— Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

8)Agama
— Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
— Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.
— Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu.
— Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
1. Perlakuan
- seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
2. Sikap
- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.

3. Pernyataan
- seperti jampi,mantera dan kalimat suci.
4. Benda-benda material
- yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal

9)Animisme
— Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
— Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

10)Semangat Padi
— Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya.
— Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
— Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

11)Mantera
— Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
— Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.
— Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

12)Bahasa
— Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks; Cole 1998.
— Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.
— Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

13)Adat Resam
• Andersen and Taylor 2004;
“Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.”
• Marsh and Keating 1996;
“Norms are the unwritten rules that influence people’s behaviour.”
• Resam
• Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.

14)Nilai / Kepercayaan
— Nilai dan kepercayaan saling berkaitan
— Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.
— Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. (tanggapan)
÷ betul atau salah
÷ cantik atau hodoh
÷ baik atau buruk
÷ Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.
— Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
— Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
— Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.

15)Jantina
— The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).
— Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.
— Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan perempuan yang begitu stereotaip.
Budaya: Bab 3 Implikasi Kepada Kepelbagaian Sosio Budaya
IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

1) Implikasi berlaku dari segi;
Guru
Murid
Sekolah
Kurikulum Tersembunyi
2) Guru
· Pengajaran
· Pembimbingan murid bermasalah
· Pentadbiran/pengurusan
· Fasilitator Perancangan
· Pengelolaan
· Inavator
· Penilaian
· Pembentuk nilai
· Model
· Duta
· Implikasinya kepada guru;
§ Bangsa;mengajar tidak membezakan bangsa.
§ Kelas sosial; tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial.
§ Nilai;membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik.
§ Kepercayaan;tidak menyentuh sensitif agama.
§ Bahasa;jurang bahasa dialek
§ Jantina; layanan berbeza & peka kepada keperluan gender.
§ tepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid.
§ Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.
§ Bertindak profesional dalam kerjaya.
§ Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan.
§ Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.

3) Ciri-ciri Budaya Pelajar Yang Sihat
· Menghormati dan taat pada guru.
· Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah.
· Berdisiplin, bermoral & beragama.
· Menyokong cita-cita sekolah.
· Rajin & berusaha dalam kelas.
· Berpakaian kemas & bersih.
· Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak.
· Perantaraan agen sosial sekolah.
· Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.
· Implikasinya:
§ Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain?
§ Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan.
§ Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.
§ Bahasa- bahasa standard/dialek.
§ Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina.
§ Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman).
§ Sikap/tingkah laku murid.
§ Nilai yang dipegang/diamalkan.
§ Latar belakang keluarga/SES 

4) Sekolah
· Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.
5)Budaya Formal Sekolah
Aspek ilmu
Aspek fizikal
Aspek sosial
Aspek pentadbiran

Implikasinya;
Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India.
Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar.
Kepercayaaan- sekolah agama.
Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.
Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan
Sekolah agen perubahan.
Sekolah tempat penyuburan budaya.
Perpaduan
Dasar-dasar kerajaan.
Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

6)Kurikulum Tersirat
James (1986) – apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum nyata.
Chafel (1997) – norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung.

7)Ciri-ciri Kurikulum Tersirat
Merangkumi pengalaman belajar.
Bersifat relatif & sukar diukur.
Merangkumi nilai.
Kewujudannya berbeza-beza.
Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian,
Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat.

Implikasinya;
Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat.
Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.
Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan.
Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.
Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
1) Definisi Ketaksamaan
— Menurut Kamus Dewan edisi ke-3:
Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat.
• Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama.
• Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan
• Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan
• Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat
• Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang
• Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain
• Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan
2)Jantina
— Gender
— Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan.
— Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami.
— Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.
— Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak.
— Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan bukannya gender.
— Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

3)Murid Berkeperluan Khas
— Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa.
— Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.
— Persekitaran yang kurang yang kurang “mesra” menyebabkan golongan ini tertinggal.
— Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku
— Tingkah laku terbias
— Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman.
— Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara.
— Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional.
— Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan yang sesuai untuk golongan ini.

4)Siapakah Mereka?
— Kerencatan mental
— Masalah pembelajaran
— Kecelaruan tingkah laku
— Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi
— Kecacatan penglihatan
— Kecacatan fizikal
— Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akal
a) Autisme
- ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling.
- biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan.
- gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi.
— Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang.
— Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.

Ciri-ciri Autisme;
— Suka menyendiri
— Masalah bahasa & komunikasi
— Asyik dengan aktiviti sendiri
— Ketawa tiba-tiba
— Tidak rasa sakit apabila jatuh
— Tidak takut pada bahaya
— Menangis/marah tanpa sebab
— Mengulangi kata-kata
— Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal
— Tidak bertentangan mata semasa bercakap
— Menunjukkan dgn jara arah yang disukai
— Bertingkah laku melampau

Cara Mengatasi;
— Pakar jiwa.
— Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian.
— Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya.
— Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down
— Sindrom Down
- kecacatan mental dan fizikal.
- Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang.
- Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom down 5%.

Ciri-ciri;
— Fizikal
— Kepala bulat
— Hidung kemik
— Berbadan pendek
— Mata sepet
— Rupa hampir serupa
— Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia
— Kecerdasan
— IQ rendah daripada 50
— Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

c)Cerebral palsy
— Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot.
— Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot.
— Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain.
— Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja.
— Terjejas pusat kawalan otok di otak.
— Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan.
— Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan kejang,masalah menghisap & menelan
Punca;
— Kerosakan otak
— Deman kuning yang teruk selepas lahir
— Deman panas
— Kelahiran awal
— Kecederaan, pembengkakan otak & selaput
— Jangkitan rahim
— Pendarahan sebelum kelahiran
Rawatan;
— Mengajar kebolehan asas.
Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan

d) Kecacatan Penglihatan
— Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille.
— Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau 20/200 atau kurang.
— Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang.
— Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dan latihan khusus.

Punca;
— Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell.
— Keturunan
— Jangkitan kuman semasa mengandung.
— Kekurangan vitamin A.
— Termakan bisa
— Kemalangan

Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan.
— rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di tengah mata hitam.
— Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata.
— Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala.
e) Kecacatan Pendengaran
— Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat.
— Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.

Ciri-ciri;
— Lambat menjawab pertanyaan
— Lain ditanya lain dijawab
— Gangguan dalam sebutan
— Sukar menguasai kosa kata
— Menyendiri

Punca;
— Baka
— Jangkitan kuman semasa mengandung
— Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah
— Lahir tidak cukup bulan
— Demam campak
— Terdedah bunyi yang sangat kuat

f)Kecelaruan Tingkah Laku
— Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun.
— Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas.
— Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku.

g)Ciri-ciri Hiperektif
— Bising/merayau
— Mengganggu orang tanpa sebab
— Nakal & tidak takut pada hukuman
— Tidak mendengar kata
— Tidak menumpukan pada kelas
— Tidak menyiapkan kerja sekolah
— Suka membuat rekaan
— Suka merosakkan harta orang
— Kasar
— Resah
— Tidak disukai orang lain
Punca;
— Kurang kasih sayang
— Minta perhatian
— Pengaruh cerita
— Pengaruh keluarga
— Kerosakan otak
— Sifat semula jadi
— Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil
— Kebimbangan tinggi
— Deraan
— Keluarga terlampau keras dalam mendidik

h)Masalah Pembelajaran
— Masalah Pembacaan (Dyslexia)
sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara lisan.
mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya.
— otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik.
— mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan.
— Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.

Ciri-ciri;
— Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak.
— Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira.
— Melakukan banyak kesilapan ejaan.
— Lambat atau terhenti-henti ketika membaca.
— Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d.
— Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini.
— Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas
— Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi.
— Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar.
— Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif.
— Ingatan yang baik.
— Cepat menguasai kemahiran baru.
— Menunjukkan bakat luar biasa.
— Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru.
— Menyusun turutan secara logik.
— Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah.
— Boleh berbincang & menghuraikan idea.
— Minat menulis & membaca.
— Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari.
— Inisiatif & mahu bekerja sendiri.
— Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar.
— Menunjukkan kepintaran & kelucuan.
— Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal.
— Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh.
— Sangat kritikal pada diri sendiri.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN )
” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.” 
YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
( Perutusan Tahun Baru, 2006 )
A) Pengenalan
Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9. 

B)Dasar dan Matlamat
Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Jurang bandar dan luar bandar
· Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital
· Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar
· Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.
· Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.
· Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi
· Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas
o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. 

· Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p. 

o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). 

· Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid
· Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.
· Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman.
· Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. 

4. Cabaran KPM
· Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. 

· Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN
KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut;
a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
c) Bantuan Makanan Asrama.
d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
e) Jaket Keselamatan
f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 
h) Skim Baucer Tuisyen (SBT)
i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
j) Asrama Harian 

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

— Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

— Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. 

— Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. 

— Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab.
— Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk.

— Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang.
— Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.

— Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial
Ø Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan
Ø Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum
Ø Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan)
Ø Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat )
Ø Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Ø Kelas sosial masyarakat:
Ø Sistem feudal
Ø Rakyat bawahan@marhain
Ø Golongan pembesar
Ø Golongan istana 

Ø Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:
Ø Kemudahan mendapatkan guru
Ø Bahan-bahan rujukan
Ø Peluang kerjaya selepas tamat belajar 

Ø Kelas sosial masyarakat:
Ø Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah:
Ø Golongan petani
Ø Golongan masyarakat kampung
Ø Golongan yang tinggal di bandar
Ø Golongan kurang berkemampuan
Ø Golongan pemimpin
Ø Golongan berada 

Ø Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:
Ø Kemudahan mendapatkan guru
Ø Kemudahan peralatan fizikal di sekolah
Ø Kelas tambahan@tuisyen
Ø Pembiayaan kewangan
Ø Bahan-bahan rujukan
Ø Peluang-peluang melanjutkan pelajaran
Ø Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous
• Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

• Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar.

• Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

• Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak.
• Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.
• Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit. 

• Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. 

• Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

• Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.
• Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.

• Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara.
• manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.
• memikirkannya secara konseptual.
• mengamati sesuatu sambil merenung, dan
• mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. 

• Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata.

• Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.
• Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya

Orang Asli
— Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.

— Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002) 

— Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.

— `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.

— Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.

— Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

— Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004).
— Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah.
— Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). 

— Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih.
— Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan.
— Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk.
— Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah.
— Taraf sosio-ekonomi yang rendah.

— Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas.

— Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

— Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah. 

— Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. 

— Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka. 

— Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan).

Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.

Implimentasi dalam Pendidikan
Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial
Orientasi sosial bilik darjah
Bahan P&P mengaitkan dengan budaya
Peluang kepada setiap etnik
Isu sensitif
Bangga dengan setiap budaya etnik

2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran
Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.
Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya
· Perayaan di Malaysia
· Permainan Tradisional
· Pakaian
· Makanan
· Kesenian

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;
Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)
Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar
Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Semasa Pengajaran;

Ø Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah
· Drama
· Main peranan/simulasi
· Belajar ambil bermain
· Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya
· Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.
· Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.

Ø Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.
Ø idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak
Ø Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
Ø Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
Ø Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
Ø Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.
Ø Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang anti budaya etnik lain.
Ø Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.
Ø Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.

3. Pengurusan Sosio Emosi
Ø Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.
Ø Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.
Ø Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;
· SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA
· SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN
· SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH
· SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Ø Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.
Tujuan;
· Kawalan kelas
· Mengelakkan pembentukan kelompok kecil
· Mengenal pasti murid pilihan ramai
· Murid kategori berasingan berhubung.

Ø Ciri Emosi;
· Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.
· Nada suara
· Kesederhanaan
· Bersikap kawalan positif
· Kepimpinan demokratik
Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi
Ø Dorongan positif- pujian & penghargaan.
Ø Menerima kekuatan & kelemahan murid.
Ø Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.
Ø Hubungan positif
Ø Kemahiran menyelesaikan masalah
Ø Suhu motivasi

4. Pengurusan Sosio Linguistik
— Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)
— Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.
— Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.
— Sosial merupakan interaksi antara masyarakat

Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya;
— Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.
— Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.
— Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.
— Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.
— Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.
— Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.
— Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah

5. Penilaian Berasaskan Budaya
— Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.
— Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.
— Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.
— Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.

Budaya: Bab 6 Kemahiran Komunikasi Guru
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU
· Menurut Covey (1990); Cubalah anda memahami barulah anda difahami

A) Konsep Kumunikasi;
— Wagner (1994) – komunikasi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek / dua aksi. Komunikasi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain.
— Komunikasi di dalam bilik darjah-interaksi antara individu dengan individu dan individu dengan persekitaran.
— Komunikasi merupakan kunci penting antara guru dan murid.
— Guru bertanggungjawab menggunakan komunikasi yang efektif.
— Komunikasi berbentuk lisan dan bukan lisan merupakan cara maklumat diterima.
B) Kemahiran Komunikasi;
· Lisan- pertuturan menyoal & penerangan
· Bukan lisan;
1. Orientasi badan : bertentangan muka, kedudukan - keyakinan dan minat, ekspresi muka, konteks mata, senyuman, renungan, anggukan & genggaman tangan
2. Ruang : jarak antara individu
3. Penampilan diri
· Laras bahasa- gaya penggunaan bahasa

C)Definisi;

— Verderber & Verderber (2002) – Komunikasi merupakan proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan ataupun syarahan.

— Kajian Flanders mendapati;
— Wujud hubungan sehala antara guru-murid.
— bersyarah/menerang/arahan/mengkritik
— Wujud hubungan dua hala.
— menerima perasaan murid
— memuji/dorongan
— Ned A.Flanders
— Interaksi guru-murid melibatkan percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan.

D) Konsep Kemahiran Komunikasi Berkesan

— Teknik yang efektif amat dtitikberatkan
— Komunikasi dapat dicapai dalam bentuk lisan dan bertulis
— Komunikasi lisan dan bertulis digunakan untuk menilai kefahaman murid
— Komunikasi merupakan kunci kejayaan dalam setiap bilik darjah

E) Jenis-jenis Komunikasi;
Terdapat tiga jenis komunikasi
Berbentuk simbolik
Berbentuk lisan
Berbentuk tulisan
F) Prinsip Asas Komunikasi;
A. Komunikasi harus ada tujuan
◦ memastikan bahawa tujuan dalam menyampaikan ilmu itu telah tercapai.

B. Komunikasi harus berterusan
◦ orang lain sering membuat andaian daripada pergerakan dan tingkah laku
◦ sentiasa berhati-hati dengan mesej , tidak kira yang nyata atau yang tersirat yang kita sampaikan kepada orang lain.

C. Fahaman mesej komunikasi berbeza
◦ Proses fahaman boleh berlaku secara spontan
◦ Seringkali apa yang kita luahkan bergantung kepada keadaan dan apa yang kita lalui seperti
-ekspresi spontan dari emosi
-komunikasi yang telah kita skripkan
-mesej yang dibina atau dikonstruk

D.Komunikasi ada hubungan
◦ Dalam komunikasi, kita bukan sahaja berkongsi maksud sesuatu tetapi juga merundingkan tentang hubungan
◦ Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi :
-Hubungan Komplimenteri/Lengka
-Hubungan Bersimetri

G)Perancangan Idea
Dalam perancangan idea;
1. memastikan keperluan peralatan yang paling sesuai untuk struktur P&P
2. membezakan antara keperluan, apa yang diunsurkan/ pilihan alat dalam sukatan membenarkan pelajar menerokai subjek pada tahap yang berbeza.

3. mengetahui cara terbaik dalam merancang pengisian mata pelajaran
Tujuan;
— Mempengaruhi minda pelajar.
— Mengawal idea mengikut kesesuaian keadaan.
— Memberikan idea sokongan yang relevan dengan keperluan pelajar.
— Menjelaskan idea sokongan dengan sebaiknya dengan contoh yang logik dan dengan fakta yang betul.
— Membuat pengenalan topik yang baik untuk menarik minat pelajar.
— Menyusun idea yang berkaitan dan diterangkan dengan cara-cara yang logikal.

Tempat dan Masa;
Tempat
— Tidak kira sama ada guru memilih bilik darjah, taman, makmal atau seagainya, guru harus menentukan tempat yang sesuai untuk mengajar murid.
— Dengan adanya teknologi yang canggih, komunikasi antara guru dengan murid boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti menerusi e-mail, sms dan “chat”
Masa
— Masa merupakan aset penting dan harus digunakan dengan sebaiknya dalam P&P
— Tiga aspek penting dalam menguruskan masa
-Jangka masa
-Aktiviti
-Tepat pada waktu

H) Strategi Kesantunan;
— Menurut Brown dan Levinson (1978), strategi kesantunan dikembangkan untuk menjaga martabat pendengar.

— Strategi kesantunan yang biasa digunakan;
-Berterus terang
-Kesantunan positif
-Kesantunan negatif
-Tanpa rekod

I) Gangguan Dalam Komunikasi;
— Gangguan dalaman
— Bias dalam persepsi
— Pengalaman lalu
— Perbezaan dalam budaya

— Gangguan luaran
— Bahasa
— Komunikasi bukan lisan
— Defensi
— Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza

Budaya: Bab 7 Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya
PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.

Implimentasi dalam Pendidikan
Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial
Orientasi sosial bilik darjah
Bahan P&P mengaitkan dengan budaya
Peluang kepada setiap etnik
Isu sensitif
Bangga dengan setiap budaya etnik

2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran
Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.
Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya
· Perayaan di Malaysia
· Permainan Tradisional
· Pakaian
· Makanan
· Kesenian

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;
Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)
Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar
Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Semasa Pengajaran;

Ø Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah
· Drama
· Main peranan/simulasi
· Belajar ambil bermain
· Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya
· Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.
· Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.

Ø Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.
Ø idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak
Ø Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
Ø Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
Ø Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
Ø Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.
Ø Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang anti budaya etnik lain.
Ø Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.
Ø Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.

3. Pengurusan Sosio Emosi
Ø Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.
Ø Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.
Ø Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;
· SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA
· SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN
· SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH
· SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Ø Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.
Tujuan;
· Kawalan kelas
· Mengelakkan pembentukan kelompok kecil
· Mengenal pasti murid pilihan ramai
· Murid kategori berasingan berhubung.

Ø Ciri Emosi;
· Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.
· Nada suara
· Kesederhanaan
· Bersikap kawalan positif
· Kepimpinan demokratik
Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi
Ø Dorongan positif- pujian & penghargaan.
Ø Menerima kekuatan & kelemahan murid.
Ø Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.
Ø Hubungan positif
Ø Kemahiran menyelesaikan masalah
Ø Suhu motivasi

4. Pengurusan Sosio Linguistik
— Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)
— Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.
— Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.
— Sosial merupakan interaksi antara masyarakat

Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya;
— Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.
— Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.
— Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.
— Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.
— Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.
— Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.
— Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah

5. Penilaian Berasaskan Budaya
— Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.
— Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.
— Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.
— Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.

No Response to "Nota ringkas Budaya Belajar!!"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )