Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Mei 2012

Menenangkan Jiwa vs Disiplin

Posted on 12:33 PTG by Chrisroyston Bakum

Salam sejahtera kepada semua di dalam ini. Hehehe, di sini saya nak kongsikan beberapa pendapat peribadi saya mengenai kehidupan sebagai manusia yang bergelar guru pelatih. Ok, saya kaitkan dengan aktiviti kamu beberapa hari ini la. Hari tu dah lakukan Malam Release Tension.. semalam dah laksanakan malam karaoke.

Tentu ramai yang tertanya beberapa soalan terutamanya mengenai status kehidupan kami sebagai guru pelatih. Ok, memang kami sebagai guru pelatih pendidikan seni visual banyak menjalankan aktiviti yang gila2. Bukan gila sawan macam tu ahh.. maksud saya perkara yang luar dari kebiasaan. Antaranya belajar di bawah pokok.. Bertutur dengan catan.. macam gila kan? Hehehe, sebenarnya nilai dalam seni ni besar.. penghayatan tu penting.. dan ketenangan juga amat bermakna dalam memperoleh sumber ilham di dunia ini.

Semalam kami berkaraoke... lihatlah gambar di bawah:


Ok, LCD dan tempah semua dah ada..sesiapa yang nak join boleh la masuk. Dewan itu pun telah ditempah untuk kegunaan berkenaan. 5 hari lagi ujian, mengapa kami nampak santai je? x stress ke? x study? banyak persoalan yang mungkin wujud disebabkan aktiviti yang kami kelolakan sejak akhir2 sem ini. Sehinggakan ada yang menyatakan kami ni x berdisiplin sebab x study dan abaikan tanggungjawab kami.

Ok, Kami terima semua pandangan anda dengan hati terbuka dan matang. Saya sebagai penulis, ingin menjelaskan mengapa kelas kami sebegini? Bukan kelas kami sahaja.. tetapi semua Guru pelatih Major Seni Visual sangat santai.. WHY? (Sebenarnya bukan kami sahaja yang santai, anda juga pun santai seperti kami,mungkin cara anda agak berlainan dari kami dan kami pun lain x sama..hehehe. tengok,sempat baca blog kan?).

  1. ENJOY?- Kami diajar mengenai pendidikan yang menyeronokkan merupaka kunci kejayaan dan pendorong motivasi dalam kelas. Dalam subjek EDU untuk Murid2 dan Alam Belajar, proses pembelajaran seharusnya menyenangkan dan tiada unsur ancaman. Contohnya murid2 dari negara yang bergolak, tentu mereka x dapat belajar dengan senang kan? So, kami di sini x terikat dengan faktor ancaman dan kami cuba relax dalam santai sebelum ujian. Malam tu ada la study, lepas karaoke feel happy dan bersemangan untuk belajar. Ada yang berpeluh lagi tu sebab menyanyi penuh emosi, semoga segar la belajar malam tu.
  2. X BELAJAR KE UJIAN DAH DEKAT?- Salah soalan tu dik oi.. kami dah belajar dah..kan kita ada kuliah..belajar lah time tu.. tak kan melepak or ponteng kan?kehadiran penuh. HAhaha..soalannya seharusnya berbunyi begini.. "Tak ulang kaji ke?" bukannya "x belajar ke?" hahaha..apa?permainan kata je tu?maknannya sama?hehehe..ya..ya.. Semua orang ada perancangan yang berbeza dan memiliki tanggung jawab yang berlainan. Jadi yang join malam release tension or karaoke tu x bermakna mreka x study.. mereka ada cara dan perancangan yang tersendiri. Hehehe, mudah sahaja perancangan kami.. Usaha x melampau tapi keputusan Gempak. Hehehe.. kami ok je, x perlu berjaga sampai pagi study sebab ada teknik ni.HAhaha.. Ya..maksud saya, lain orang lain gaya.. mungkin yang hadir malam tu jenis yang bukan belajar berterusan.. yang x biasa dengan aktiviti sebegini mungkin jenis yang belajar 24jam. kita x sama.
  3. KETENANGAN- Ketenangan diperoleh dengan pelbagai cara, ada yang pergi ke ceramah agama ada yang menyanyi dan ada juga yang makan-makan dan makan je baru dia tenang. Tenang dari apa? Saat ini kita cuba tenangkan diri dari perasaan yang merungsingkan dan kita cuba menukar mood biasa kepada mood ujian. Jadi kita perlukan ketenangan untuk mendapatkan mood baru, tak kan kita biarkan hati ini masih kacau bilau untuk mencapai objektif yang baru? kita selesaikan belengu yang ada, kemudian barulah kita cuba menetapkan matlamat yang baru untuk dikejar. Seperti dalam kehidupan seharian kita, jika kita berhutang hati kita x senang dan masih berwaspada. Contohnya selagi kita x lagsaikan hutang kereta itu, kita tak akan membeli kereta yang sebiji lagi. Hehehe..kira maca tu la..
HAhahha..maaf la jika penjelasan aku x jelas bagi u all. well harap gambar ini dapat menjelaskan keadaan kami di sini semasa menghadapi minggu2 getir. Kita relax.. santai dalam mengejar sesuatu. X wajib stress jika ada perancangan, kita akan menikmati makna kehidupan yang lebih baik tanpa tekanan.. I hate tekanan, nanti sakit jantung!wakakaka! well saya share some pict here.

Gambar di bawah adalah gambar pertandingan Counter Strike di IPGKS Miri.
 Ni gambar santai makan2..
 Ni lepak tepi pantai depan IPGKS Miri.. menyegarkan minda.


Ok, kesimpulannya.. kita ada cara tersendiri dalam mengejar cita2... so, do the best lah. ~TQ(^^)~

No Response to "Menenangkan Jiwa vs Disiplin"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )