Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

08 Mei 2012

Gemuruh Ujian kian terasa

Posted on 5:01 PTG by Chrisroyston Bakum

Hari ini perjuampaan semua pengajian bersama dengan Unit perperiksaan. Ia merupakan kewajiban serta tanggung jawab bagi semua pelajar yang mengambil kursus sepenuh masa di IPGKS Miri dan juga di mana2 IPG di malaysia ini. Semua Guru pelatih atau pelajarnya hendaklah menghadirkan diri kerana ia pelbagai maklumat ynag penting akan dikongsikan pada waktu berkenaan.

Tentu ramai yang bertanya "apa yang penting sangat tu?" Maklumat yang akan dikongsikan adalah mengenai peraturan dan cara menduduki ujian ini termasuklah kedudukan kelas dan bagaimana membuat semakan online. Walaupun ianya perkara yang sama bagi setiap perjumpaa namun ia tetap dianggap wajib untuk memenuhi korikulum.

Jika dikira, ini merupakan kali ke 8 saya menghadiri perjumpaan ini dan perkara yang hampir sama dimaklumkan dalam perjumpaan ini. Tapi tak apa, ia merupakan satu keperluan untuk guru pelatih. Ada juga perkara yang saya lupa dan tidak ambil peduli diingatkan kembali dalam perjumpaan kali ini. HEhehe.. Tapi, ada juga yang tidak hadir. Memandangkan perjumpaan kali ini tidak diwar-warkan awal banyak yang gagal menghadirikan diri disebabkan tidak mengetahui akan adanya perjumpaan yang penting ini.

Sisitem penyebaran maklumat hendaklah diperbaiki dan ditingkatkan. Kita tidak boleh sahaja bergantung dengan satu media seperti papan notis, kita hendaklah mencari cara lain yang dapat membantu semua warga IPGKS Miri untuk menerima maklumat terkini terutamanya mengenai masa dan lokasi perjumpaan penting dalam masa terdekat. Makluman juga hendaklah dijalankan awal seharusnya.

Selepas perjumpaan, setiap pengajian diarahkan untuk mengemas bilik perperiksaan yang telah diamanahkan kepada pengajian. Kami bersama2 mengemas dan menyusun meja berdasarkan pelan yang telah diberikan oeh Unit Perperiksaan dan Penganugerahan IPGKS Miri. Kami menandakan meje menggunakan nombor yang disediakan. Kemudian sampah2 di dalam bilik tersebut kami buang. Berikut merupakan gambar kami semasa mengemas bilik yang damanahkan kepada kami.




Sesungguhnya semasa menyusun meja dan kerusi ini masih terasa gemuruhnya, maklumlah jika gagal terpaksa mengulan lagi. Jika pernah gagal... biasanya akan dihentikan daripada menenruskan pengajian walaupun metepelajarannya berbeza yang gagal. 



Berdasarkan gambar dia atas, anda tahu akan bagaimana kehidupan sebagai guru pelatih IPGKS Miri. Kami belajar berdikari dan bertindak segera dalam melaksanakan tanggung jawab rasmi. Mengenai tanggung jawab x rasmi, kami hendaklah mahir mengagihkan masa tanpa menjejaskan kepentingan sebagai guru pelatih di sini. Hanya tinggal setahun setengah lagi perjalanan ini. Doakan akan kejayaan untuk perperiksaan kali ini. Bersedialah untuk minggu depan!! Minggu ulang kaji bermula!!

No Response to "Gemuruh Ujian kian terasa"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )