Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

06 Mei 2012

ALamak!!apa di dalam Pinggan ni?

Posted on 6:59 PTG by Chrisroyston Bakum

Bayangkan sedang anda sedang menikmati kelazatan makanan yang sedang dihidangkan.. dengan lahapnya anda telah mengunyah dan menelan..dah separuh daripada kenikmatan makanan tu anda telah salurkan dalam perut gajah itu..tiba..tiba!! anda mengesan satu kejanggalan... LALAT!!!!!!! OMG!!! apakah yang akan anda akan lakukan sebagai tukang makan atau pelanggan?!! Adakah ini menu exotic?!

Saya suarakan isu ini berdasarkan pendapat sebagai guru pelatih. Kita yang proaktif ni harus mengurangkan sikap melatah, kalau ada sesuatu kejanggalan janganlah terus melaporkan ke media masa atau sebarkan keburukannya. Kita bawa berbincang dahulu di peringkat yang betul dan melalui saluran yang betul.

Macam perbualan kawan2 saya dalam Facebook baru2 ini mengenai masaalah makanan yang kotor. Kami berbincang dulu dan membuat konklusi yang seuai dengan keperluan.

Makluam la, orang yang berkerja di kafe adalah manusia..kita x dapat lari daripada kesilapan. Mungkin nasi itu bersih pada awalnya tetapi lalat yang sedang terbang tiba2 kena "strok" lalu mati jatuh di atas panggan itu. Mana kita tahu kan?banyak kebarangkalian. Syukur melalui FB, kami dapat berbincang dengan baik. Dan menemui konglusinya.

" Macam ni je la.. sebab kita dah menghadapi pengalaman dengan kafeteria2 sebelum ini..usaha pertama yang harus dilakukan adalah memaklumkan bahagian pengurusan utama kafeteria itu sendiri iaitu Pengurus ****** (Nama Katering tu). Jika keadaan berlarutan barulah kita bawa isu ke mesyuarat KAfeteria bersama Jpp dan IPGKS nanti.


Sekarang ini..kita beritahu mereka dulu la..semoga WARNING pertama ini dapat membantu mereka mengesan kesilapan dan kecuaian ini. X perlu besar2 kan sangat.. sebab kita pun nak jaga hati Katering yang kali ini. Sesungguhnya Tahun ini kita bertuah, sebab banyak katering di dalam kafeteria kita.. banyak pilihan dan kurang runggutan dari yang terdahulu.



Mengapa nak jaga hati mereka? hehehe.. dulu 3 bulan kita cari katering..banyak katering di luar sana takut nak masuk IPG kita dengar cerita la.. Sebab Studentnya terlalu demand dan shoot terus mereka di dalm mesyuarat tanpa warning.Kali ni kita baik sikit la dengan katering yang dah ada dan lebih better ni.kita warning mereka dulu face 2 face..jika x ada hasil..x berubah..bawa ke mesyuarat terus la.OK?



ingat dulu kita x ada bekalan makanan dalam IPG sampaikan tapau dari luar selama beberapa bulan?aduuuhhh..Kecut otot I~~hahaha.



Apa2 pun, kita warga IPGKS yang baik hati cuba maklumkan pada mereka dulu la..supaya mereka tahu dan x usah diperbesarkan masaalah ini. Jika berlarutan ke MESYUARAT BESAR la jawabnya. (^^) Seharusnya benda sebegini kita cuba elakkan demi menjaga kedua2 hati pihak. Mereka menjaga kita kita menjaga mereka.dan mereka sapu wang kita!hehehe.. mengenai harga saya no comment.. Memang cabaran di dunia Miri dan IPG harga makanan memang satu cabaran bagi kita, dan kita sudah sedia maklum mengenai perkara ini. Tetapi jika sudah melampau dan over sampaikan kuah dan sekelumit ayam pun dikira Rm1.50.. ini boleh kita usulkan. "


Berdasarkan Pendapat di atas, kami telah membuat keputusan berdasarkan pengalaman yang lalu. Maklum lah "kenangan 2 bulan tanpa kafeteria" amat menyiksakan. Aduhh... kini kami lebih perihatin dan berhati2 untuk menyuarakan pendapat dan masaalah. Agar kepentingan semua pihak diutamakan. Kita juga harus menghormati peniaga tersebut, mereka juga ada hak untuk mendengar luahan isi hati pengguna mereka juga. Sekian.  ~TQ (^^)~




Special thankas to Arbut Albinus and Abdul Falakh Zafriel atas maklumat dan berbincangan. (^^)

No Response to "ALamak!!apa di dalam Pinggan ni?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )