Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 April 2012

Komunikasi

Posted on 2:00 PTG by Chrisroyston Bakum

Dalam kelas aku masuk melangkah. Nampaknya rakan2 dah sampai awal dariku. Terusku mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan di sini. Sekarang adalah subjek EDU 3106 Budaya pembelajaran. Nampaknya topik hari ini sangat menarik. ia berkaitan dengan komunikasi. Berdasarkan pemahaman saya setelah berkongsi maklumat dari pensyarah kami. Komunikasi merupakan satu kebolehan yang penting. Manusia berkomunikasi untuk memenuhi keperluan. Namu ada juga yang menyalah guna komunikasi untuk kepuasan diri sahaja.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber pambacaan saya, 70% masa manusia adalah untuk berkomunikasi. Ini untuk manusia yang proaktif dan normal. Jika kurang tu kena la cermin2 diri.. anda mungkin seorang yang pasif atau mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan bersosial secara sihat. 55% komunikasi melibatkan ekspresi muka dan 38% memerlukan pergerakan badan.

Komunikasi dapat dibahagikan kepada 2 jenis. Lisan dan bukan lisan. Kerap kali masaalah timbul disebabkan komunikasi. Buktinya dekat je, pemimpin yang gagal berkomunikasi dengan baik menyebabkan perundingan menjadi perperangan. Nampaknya besar peranan komunikasi ini. Jika anda mahir berkomunikasi anda juga harus mendalami sesebuah budaya masyarakat sebelum mendekati mereka. X ada maknanya jika anda mahir berpidato tetapi x dapat berkomunikasi dengan cara yang betul dalam perbincangan mengenai ilmu ekonomi. Laras bahasa dan memahami budaya itu sangat penting.
Keadaan dalam bilik perbincangan

Anda boleh merujuk buku hasil penulisan Shannon yang menerangkan model komunikasi. Berdasarkan pendapat beliau, komunikasi berlaku secara berperingkat:
1. Punca komunikasi (maklumat)
2. Penyampaian (radio,Tv,lisan,Internet)
3. Isi Kandungan
4. Penerimaan
5. Pendengar
Jika berlakunya salah faham dalam komunikasi satu daripada lima proses tersebut mungkin gagal memainkan peranan yang tepat.

Sekian.

No Response to "Komunikasi"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )