Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 April 2012

Isu Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKS

Posted on 8:14 PTG by Chrisroyston Bakum

Selama 2 hari Kejohanana Olahraga Tahunan (KOT) telah diadakan di IPGKS Miri. Empat buah rumah sukan berentap merebut piala pusingan. Kali ini KOT diadakan di padang A di IPGKS Miri. Sesungguhnya ia diadakan di dalam sahaja memandangkan adanya kekangan untuk kami mengadakan di stadium terbuka Miri. (kekangan yang tidak diketahui, dengar khabar Stadium Miri telah ditempah sepanjang tahun oleh beberapa organisasi lain)

Ramai yang terlibat dan berjemur semasa sukan. Segalanya berjalan dengan lancar memandangkan pengajian aku yang terlibak kendalikan. Semuanya happy dan semoga aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk membuka dan mengetengahkan potensi mereka malah dijadikan sebagai medium mengeratkan lagi hubungan di kalangan komuniti IPGKS Miri. Bukan sahaja guru pelatih yang hadir malah pensyarah dan pekerja am juga turut menyertai acara tersebut.

Pada hari pertama padang yang basah x menghalang peserta untuk bertanding
 Hari seterusnya sangat panas tetapi berangin sepoi2 bahasa...
 Keadaan pondok rumah sukan yang tenang dan redup...di tepi pantai..
 Astaka!

Walau bagaimana pun terdapat juga khabar yang tidak enak didengar apabila ada sesetangah pihak yang tidak berpuas hati dengan penganjuran ini memandangkan terdapat salah faham mengenai bagaimana markah untuk juara keseluruhan ditentukan. Memandangkan tiada taklimat menganei KOT dan isu2 sebegini tiada diberitahu awal. Pada pendapat peribadi saya, KOT adalah medium untuk bergembira dan seharusnya ia diteliti kembali bagaimana ia dianjurkan? adakah ia memenuhi permintaan? kehendak?

Ada yang mempersoalkan sistem permarkahan kejuaraan ini tidak jelas. Isu ini telah dibangkitkan oleh segelintir ahli rumah yang sepatutnya menang berdasarkan kutipan pingat. Kita harus ingat tanggung jawab ketua rumah dan perwakilan serta pensyarah amat penting dalam mengelakkan terjadinya hal ini. Peserta hendaklah diberitahu awal. TETAPI, perserta hendaklah juga memahami keadaan penganjuran kali ini memandangkan ia dianjurkan dalam keadaan sederhana. Terdapat banyak isu yang boleh dipersoalkan selain dari sisitem pemarkahan. Tetapi ia tidak dipersoalkan kerana "mereka" (x semua,hanya merujuk segelintir) hanya semata-mata mementingkan kemenangan yang telus. Mereka menyatakan bahawa dalam laman FB Event KOT tiada dimaklumkan mengenai sistem permarkahan yang jelas. Seharusnya ia dipersoalkan awal. Sila lihat di bawah:


Ternyata tiada sistem yang dijelaskan. Ia bukanlah masaalah besar kerana setiap rumah ada ketua dan perkara ini boleh ditanya kepada pihak penganjur melalui saluran yang betul. Jika ketua lupa mengenai perkara ini, anak buah juga memiliki tanggung jawab untuk mempersoalkan perkara ini kepada ketua. Yang pelik nya, mengapa isu ini menjurus kepada isu kutipan mata dan kemenangan? sedangkan dalam Page FB di atas juga dapat dipersoalkan banyak persoalan lain? adakah komuniti di sini hanya bersukan untuk menang dan bukannya untuk prestasi? riadah yang menyeronokkan? berikut merupakan persoalan yang lain dapat dipersoalkan dalam isu ini:

1. Kenapa rejam lembing dan lempar cakera x ada?
2. Apa warna baju pensyarah dan staff?
3. Berapa markah bagi setiap kedudukan?
4. Tema bendera mesti mengikut nama rumah (tokoh pendidikan/teori) atau bebas?
5. Bila nak buat perjumpaan? (kalau dapat x perlu la..busy..minggu assignment..)
6. Kalau x buat perjumpaan adakah wujud kebarangkalian individu yang x puas hati lepas aktiviti?
7. Adakah semua warga IPGKS Miri wajib hadir?
8. Apakah tindakan yang dikenakan kepada mereka yang tidak memberi kerja sama dalam KOT?
9. Jika saya ada urusan di luar, boleh saya x hadir?
10. Kenapa x buat di stadium terbuka Miri?
11. Siapa yang bersihkan padang dan susun alatan lepas KOT?
12. Adakah juara acara akan mewakili KAGUM?
13. Boleh sertakan catatan masa terbaik sebelum ini? sebab kami nak pecah rekod itu semasa belatih.

Yang pasti pihak penganjur telah menjalankan tugas yang sangat baik di saat musim persediaan untuk perperiksaan dan menghantar tugasan. Saya juga percaya pihak penganjur juga telah mengadakan perjumpaan bersama setiap ketua rumah sukan untuk menjelaskan peraturan dan perancangan KOT. Saya yakin ketua rumah sukan juga ada mengadakan perjumpaan bersama anak buah mereka. Cuma ada ralat dan kesilapan sedikit dalam ketegasan dalam melaksanakan perjumpaan agaknya. Sehinggakan yang tidak mengetahui atau tidak hadir perjumpaan akan menyuarakan perasaan tidak puas hati.Tidak apa, kita masih boleh berbincang dan menganggap ini sebagai postmortem untuk dijadikan isu penambah baikan penganjuran di masa hadapan. :) 



~Pesanan: Be happy! Cuti hujung sem dah nak tiba. Fokus Ujian! relax dan enjoy (^^) TQ~

No Response to "Isu Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKS"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )