Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 April 2010

2 BULAN LAGI!!!

Sungguh tidak terasa sudah pertengah Sem-1 dilalui. Jeritan sang Jun telah kedengaran cuma batang hidungnya sahaja yang tidak kelihatan. Jika disebut saja begini tentu ramai yang membayangkan Cuti, riadah, allowan sem-2 dan lain-lain benda yang menyenangkan. disebalik keenakan ini, terselit "seribu tiga" ketukan sunyi yang menyilukan perasaan.

Assignment (Amali SV2, Tugasan SV1, Laporan BIG, Folio PBS dan lain2) meminta hutang. Wang saku hampir kosong. Baju-baju di almari berlambak menunggu saat ditemukan dgn streka serta banyak lagi geseran2 halus.

Apa-apapun selamat meneruskan perjuangan dan sila hayati gambar2 kenangan yg baru diupload di galeri foto. thanks!!


01 Mac 2010

Semua Orang Di FaceBook Sekarang!!

Semua orang kebanyakan berada di FB sekarang, tahukah anda dari mana asalnya FB? Bagaimana ia ditubuhkan? siapa yang tubuhkan dan tujuannya ditubuhkan? Ketahui Sejarahnya di Minggu Depan!!

3 IN 1 Linked!! (Fusion Switch)


Mulai Minggu Ini, Segala perkembangan laman web berkaitan pengajian ini akan dipautkan antara satu sama lain.

Sebab utama kepada pembentukan jalur ini adalah untuk memudahkan proses muatturun dan kemaskini berlaku. Memandangkan masalah kelajuan sambungan internet semakin serius, proses ini mungkin memakan masa.

Bahagian pengurusan laman web ini juga sangat kecil dan terhad. (Jawatan kosong- terbuka kepada rakan sepengajian Gaji RM9000.00 sebulan sebelum ditolak dari cukai persahabatan sebanyak RM9000.00 sebulan Kelayakan adalah...)

Kami akan melakukan yang terbaik bagi meneruskan perjalanan ini.

Merentas desa 2010



Merentas Desa 2010
Bertempat di astaka IPG Kampus Sarawak, Miri. Seawal 6.00 pagi lagi guru-guru pelatih telah berkumpul dan bersenam bersama-sama terlebih dahulu. Acara terbahagi kepada tiga kategori iaitu wanita, lelaki dan pensyarah serta staf sokongan. Peserta dilepaskan berturutan. Peserta lelaki dilepaskan lima minit lebih awal dari peserta wanita dan pensyarah serta staf sokongan.Peserta lelaki hendaklah melalui laluan sejauh 8km manakala peserta wanita dan pensyarah serta staf sokongan melalui laluan sejauh 6km sahaja. Perlaksanaan aktiviti ini telah dibantu oleh polis trafik dan ambulans. Aktiviti ini tamat sebelum 10am.

25 Januari 2010

KATUA PENGAJIAN DAN N. KETUA PENGAJIAN 2010



Bermulanya kuliah 2010 pada 05/01/2010. Bermulalah tampuk pimpinan yang baru, dalam pengajian kami. Azalizan dan Hanisah telah mendapat sokongan majority dari rakan sepenganian untuk mengantikan ketua dan penolong ketua pengajian semester sebelum ini.
Ketua pengajian merupakan jawatan yang sangat penting dalam sesebuah pengajian. Tugas mereka bukan sahaja mengambil kehadiran malahan mereka juga bertindak sebagi pembantu peribadi kepada semua pensyarah yang mengajar sesebuah pengajian. Ini bermakna banyak tanggungjawab tambahan yang akan dipikul oleh ketua pengajian. Oleh hal yang demikian, mereka memerlukan seorang pembantu.
Menjadi pembantu ketua pengajian ataupun N. Ketua pengajian bukanlah tanggungjawab seorang sahaja. Semua rakan sepengajian hendaklah memikul tanggungjawab ini bagi membela hak bersama dalam menuntut ilmu di IPG ini. Apa yang membezakan rakan sepengajian yang lain dari N.Ketua Pengajian adalah, dari segi tahap intipati bersama ketua pengajian.

Azalizan -“Saya ingin membantu pengajian ini menjadi pengajian yang lebih Cermelang pada kali ini”
Hanisah- “Tidak mahu ada jurang antara rakan sepengajian”

Harapan dari kami semua adalah, kami ingin melihat pengajian kita pada tahun ini lebih mudah dan ringkas tetapi berkualiti tinggi. Walaupun semua rakan pengajian memiliki tanggungjawab dan komitment yang berbeza dari rakan-rakan yang lain, tetapi kita tetap hidup dalam satu kelaurga.

Gambar suasana proses mengemas bersama Junior

20-22/01/2010- Kami telah diarahkan untuk mengemas bilik galeri seni. Ini merupakan kali ke-4 bilik tersebut disusun atur semula memandangkan terdapat beberapa masalah yang timbul terutamanya dalam sistem penstoran bahanb-bahan  dokumentasi dan folio-folio yang berlambak di bahagian jabatan tersebut.
Kali ini kami telah dibantu oleh Junior SVBIBM Sem-3.
Komen mengenai peristiwa ini adalah:

1.      Pengajian-pengajian yang mengambil kursus Pendidikan Seni Visual merupakan pengajian yang elit. Mereka menghasilkan portfolio berseta dapatan yang berbentuk karya. Karya ini boleh ditimbulkan dalam banyak bentuk bergantuk kepada sukatan dan kehendak kerja kursus. Lebih dari 250KG karya yang akan dilonggokkan dalam galeri yang kecil itu.
2.       Galeri seharusnya lebih luas dari bilik kuliah biasa dan ia hendaklah memiliki sistem pengudaraan yang sesuai serta kawalan suhu dan kelembapan agar kualiti karya dapat dipelihara.
3.       “Banyak plan susunan yang telah kami gunakan untuk menjadikan galeri ini dapat menampung semua hasil dapatan. Makin kerap menyusun, makin banyak masa dibazirkan untk kerja-kerja mengatur. Sepatutnya pada tahap ini kita di dalam proses mengumpul dan memelihara sahaja”-Alfie Khan.
4.       “Banyak dapatan dan karya yang rosak semasa proses penstrukturan semula plan galeri, kami berasa sedih melihat karya-karya yang bernilai rosak begitu sahaja. Boleh tubuhkan badan professional khas dalam menyusun atur? Saya rasa ini akan dapat meningkatkan tahap keselamat karya yang disimpan dalam geleri kita”-Raylyn.
5.       “Banyak karya dibuang setiap semester, sayang sekali.”-Serena Clare.
6.       “Adakah ini sebahagian dari aktiviti tahunan IPG?”-Tiada nama.

Setelah disusun, Galeri kelihatan lebih kemas dan menarik walaupun semakin sempit dan sesak. Nampaknya kami terpaksa mengenepikan soal Estetika, dalam kes ini demi memanfaatkan ruang kami mengenepikan soal keindahan yang ditekan dalam Pendidikan Seni Visual.
Apa-apapun, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tiada guna mengeluh banyak, kerana dunia kita bukanlah didalam galeri sahaja, dunia seorang pengkarya adalah di sekitarnya, selagi matanya tidak melihatat hujung dunia selagi itulah ruang lingkup itu adalah miliknya.

PERTUKARAN TAMPUK PIMPINAN JPP!!

Pada 18-22/01/2010 meyuuarat pada peringkat JPP telah diadakan sebanak 2 kali mesyuarat diadakan untuk mengisi kerusi-kerusi yang masih kosong dalam JPP selepas proses mengundi dan mengira undi dilakukan. Semua guru pelatih telah manjalankan tanggungjawab mereka dalam menentukan tampuk pimpinan JPP 2010 dan keputusannya adalah:

YDP                 -Norazimah (Pengajian Agama Sem-5)
NYDP              -Huert (Pengajian Matematik Sem-1)
Setiausaha         -Azreen (Pengajian Matematik Sem-1)
N. Setiausaha    -Sukmawaty (Pengajian Agama Sem-5)
Bendahari          -Adriana (pengajian Seni Visual Sem-3)
N. Bendahari     -Ling Kwok Ing (Pengajan Bahasa Cina Sem-3)

Kepada Guru-guru Pelatih IPG Kampus Sarawak, Miri (Sila maklumkan jika ada kesilapan pada nama-nama di atas, kami mohon maaf sekiranya ada ralat)


14 Januari 2010

Malam Pidato Pencalonan JPP 2010





PADA 13/01/2010- 18 calon akan merebut jawatan untuk memenuhi 6 kekosongan pada kerusi AJK-AJK tertinggi JPP IPG Kampus Sarawak di Miri. Setiap calon pada malam tersebut membawa janji masing-masing dan sedia berkempen untuk pilihan raya pada Jumaat ini.

Keputusan akan diketahui pada hari isnin.




Antara tetamu-tetamu yang hadir

Antara tetamu-tetamu yang hadir


Dari kiri Abg. Syukri (Mantan YDP) dan En. Marni (Ketua Warden)

13 Januari 2010

WELCOME 2010!! Kemuncak PIPP 2006-2010

WOW!! TIDAK TERASA 2010 MENJELMA. SAYA YAKIN ANDA SEMUA MEMILIKI AZAM YANG MENJADI BATU LONCATAN DALAM PELBAGAI PERKARA UNTUK TAHUN KALI INI. TIDAK KURANG JUGA KEPADA MEREKA YANG TIADA AZAM, SAYA YAKIN FIRASAT ANDA ITU MENJADI PENDORONG UNTUK TERUS HIDUP DI MUKA BUMI INI.

Apa kata kita sama-sama mengira detik untuk melangkah ke tahun yang akan datang lagi iaitu tahun 2011. 365 hari kali ini sudah pasti berbeza dan tidak akan berulang sebagaimana hari2 yang telah kita lalui sebelum ini.

Jika disentuh dari segi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) kita yang telah telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tahun ini merupakan tahun kemuncak bagi pelan tersebut, kita akan melihat kesan keseluruhan perancangann tersebut pada tahun ini memandangkan pelan tersebut dirangka untuk tahun 2006-2010.

Walaubagaimanapun, aura yang dibawa oleh PIPP ini tidak harus luntur dimamah tahun dan ia haruslah diperjuangkan sepanjang masa bagi memantapkan lagi sistem pendidikan dan status pendidikan di negara kita.

Kita harus diingatkan kembali dengan matlamat perjuangan ini iaitu Membina negara bangsa, membangunkan modal insan, Memperkasakan sekolah kebangsaan, Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar, Memartabatkan profesion perguruan, dan Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Banyak usaha-usaha dan isu-isu yang telah kita lihat sepanjang tahun perlaksanaan PIPP ini. Ini merupakan bukti betapa petingnya penjagaan peradaban dan tamadun sesebuah kerajaan melalui pendidikan. Sinonim dengan takrifan yang pernah dikemukakan oleh tokoh Islam Ibnu Khaldun  "kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya." begitu juga dalam duni pendidikan. Kita berkait rapat dengan pelbagai industri dan institusi, dari yang kecil hingga yang besar, dari kedai pakaian hingga ke kedai buku, dari swasta hingga badan kerajaan. Pendidikan merupakan tiang utama yang menggerakkan negara dan membekalkan sumber ataupun aset paling berharga kepada negara kita.

Sekian.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )