Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Kepada Semua yang beragama Islam. Kami mengucapkan selamat hari RAYA AIDILADHA. Semoga amal ibadat kita diberkati dan penuh hikmah untuk dikongsikan bersama.

Sehubungan dengan ini ingin diingatken kepada semua rakan-rakan agar meluangkan masa yang ada untuk keluarga serta tanggungjawab yang sedia dipikul mahupun telah dirancang bagi memenuhu masa cuti ini.

Sebelum balik pada 21/11/2009 yang lalu, banyak perancangan yang telah dikongsikan bersama sesama rakan-rakan mengenai aktiviti yang akan dilakukan untuk mengisi kelapangan semasa cuti. Antaranya, berkerja, belajar memandu dan tidak kurang juga membantu kelauarga.

Kepada semua, diharapkan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Jika ada yang menghadapi sesuatu yang diluar dugaan, bersabar dan fahami hikmah di sebalik kejadian yang dihadapi.

Selamat bercuti dan bersantai.

Special thanks 2 BINARY NUMBER
created by Keichi Niwa AKA Khairul

!!!for the support!!!

26 November 2009

Cuti Angin Peralihan Monsun PPISMP


Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan 1000 kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana rancananya telah membawa kita menikmati kehidupan sampai ke tahap ini. Tanpanya kita tidak akan merasakan kabaikan yang telah kita miliki hari ini.


Jika mengimbau semula perjalanan yang telah kita lalui, memang tidak terasa masa itu berlalu. Sering saya berkata kepada rakan-rakan "seperti baru semalam kita bertemu dan mula, tapi tak terasa sudah agak jauh perjalanan yang telah kita lalui". Apa-apa pun, peralihan program PPISMP ke PISMP pasti akan menemukan kita dengan pelbagai cabaran yang baru dan banyak perkara yang menarik yang akan kita hadapi nanti.


Matapelajaran baru, pensyarah baru mungkin rakan pengajian baru akan menambahkan lagi perisa yang akan kita telah cipta selama ini. Yang pasti kita hendaklah menghadapinya dengan penuh kesabaran.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan gunakanlah masa yang ada untuk mereka yang penting dalam hidup anda selagi ada masa. BAgi yang tiada yang penting, tidur la puas-puas agar tahun depan tiada alasan lagi bangun lewat ok!! Selamat bersantai.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )