Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Oktober 2009

KEMUNCAK SEGALANYA!!!


Mulai 26-30/Oktober/2009- Pengajian kami akan mengadakan persediaan untuk pameran yang akan diadakan pada 29-30/Oktober/2009.

Dengan bantuan pengajian bahasa cina (PPISMP Sem-3 BCPJSV) kami akan membuat persediaan untuk menghadapi pameran yang akan diadakan. Kali ini pameran kami bertemakan kelahiran dan pengamatan seni visual. kesemua ini kami rumuskan melalui akronim S.E.N.I yang diterbitkan dari empat perkataan iaitu Seni, Estetika, Naluri dan Inspirasi.

Pameran kali ini memiliki kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengann pameran yang telah diadakan sebelum ini. Kami ingin menampilkan pameran yang lebih bersahaja dan semi karnival.

sebelum ini kami telah mengedarkan borang mengenai pertandingan Fotografi Bertemakan Satu Malaysia. Kami berharap agar pameran ini lebih bernyawa dengan adanya beberapa kelainan dan aktiviti yang diadakan. Kesempitan ruang dan masa tidak menjadi masalah kepada kami walaupun pameran kali ini lebih singkat jika dibandingkan dengan pameran sebelum ini. Namun kami akan cuba yang terbaik untuk menjayakan program ini.

Apa yang pasti, tunjuk ajar serta bimbingan dari penaung utama pameran iaitu En. Patrick Avon dan En. Bell Suut amat membantu sepanjang menjayakan minggu-minggu perancangan dan persediaan yang sedang dijalankan. Begitu juga Ketua jabatan Sians Sosial En. Kunjang Malong yang banyak membantu dari segi pengurusan peringkat IPG.

Sekian...

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )