Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Oktober 2009

Pertandingan Karaoke Amal 2009



Satu pertandingan Karaoke anjuran PISMP Pengajian Sosial sem-4 & JPP sesi 08/09 akan diadakan tidak lama lagi. Apa yang pasti semua rakan2 pengajian diwajibkan untuk membayar RM3 untuk menyokong pertandingan tersebut.

satu kupon beserta nombor siri yang akan dirujuk sebagai nombor cabutan bertuah akan diedarkan oleh ketua pengajian. Kupon tersebut hendaklah dijaga dengan baik kerana ia diggunakan untuk menonton di peringkat saringan dan peringkat akhir, Berikut merupakan tarikh dan tempat pertandingan tersebut akan diadakan:

TARIKH:
23/10/2009 (Peringkat Saringan )
Jam 1400-1600 & Jam 1940-2330

24/10/2009 ( Peringkat Akhir )
Jam 1940-2330

BERTEMPAT DI DEWAN MUHIBAH IPGM KAMPUS SARAWAK MIRI

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGAJIAN DAN DIHADKAN "SATU PENGAJIAN SATU WAKIL" LAGU ADALAH BEBAS, BAWA LAGU KARAOKE SENDIRI ATAU PILIH LAGU DARI PIHAK PENGANJUR


SILA HUBUNGI SAUDARA FATIHI PADA NOMBOR
014-576767satu UNTUK KETERANGAN LANJUT

KONSERT INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN KURANG UPAYA DI SUNFLOWER HOUSE DAN SEBUAH RUMAH ANAK YATIM DI MIRI. SEPANJANG MINGGU INI, BAKUL2 DERMA AKAN DISEDIAKAN DI BEBERAPA BANGUNAN UTAMA DALM IPGM KITA. BAKUL2 TERSEBUT ADALAH TEMPAT UNTUK TUAN PUAN SEMUA MENYIMPAN BARANGAN YANG HENDAK DIDERMAKAN SEPERTI PAKAIAN TERPAKAI, KASUT YANG MASIH ELOK, BUKU-BUKU, LAPTOP ATAU APA2 BARANG YANG INGIN ANDA SUMBANGKAN DENGAN SEIKHLAS YANG MUNGKIN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.


Keputusan Pertandingan Petanque



17/10/2009- Satu pertandingan petanque telah diadakan di padang rejam lembing IPGM Kampus Sarawak Miri. Pengajian PPISMP Sem-3 Bahasa Cina telah menjuarai pertandingan tersebut. Mengalahkan Pengajian Seni Visual yang berada di tempat kedua dan Matematik di tempat ketiga.

Apa yang istemewa, pasukan yang menjuarai pertandingan tersebut terdiri dari kalangan wanita!! mengalahkan pasukan terbaik dari pengajian yang lain yang diwakili rata-rata golongan lelaki. Ternyata "Girls Power" masih berkuasa sehingga ke hari ini..esok saya tak jamin la..

"Saya amat kagum dengan semangat rakan2 yang memeberi sokongan sepanjang pertandingan tersebut walaupun cuasa sangat panas" Edward (ketua pengajian Matematik) "Pensyarah yang turut serta sangat sporting dan mesra!!,inilah yang kita inginkan dalam satu komuniti iaitu intipati yang erat!!" Chrisroyston (ketua pengajian Seni Visual) "Saya berasa sangat seronok melihat rakan2 bermain bersama, sebab ada di kalangan mereka suka sanagt berkurung dalam bilik" Hii Shin Jing (Ketua Pengajian Bahasa Cina)

Anyway, dalam masa terdekat ini gambar2 yang berkaitan akan diupload dalam album "Riang Ria Foto kita"

Sekian sahaja refleksi kehidupan sehari dari IPGM. Maju IPGM!!! Maju Malaysia!!









Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )