Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

08 Oktober 2009

Pertandingan Petanque Antara Pengajian

PERTANDINGAN DIJALANKAN PADA
17.10.1009
MINGGU INI!!

Untuk mengganti jam perjumpaan kita. Kelab permainan petanque telah bercadang dan akan mengadakan pertandingan antara pengajian MTBIBM, SVBIBM dan BCSVPJ. Pertandingan tersebut akan diadakan selama satu hari dan melibatkan beberapa pasukan dari setiap pengajian tersebut.

Sebagai pemebritahuan awal, pengerusi kelab permainan tersebut telah berbincang dengan setiap ketua pengajian dan menerima beberapa cadangan berkaitan pertandingan tersebut. Antaranya:

Lokasi:
-Tepi Pantai.
-Padang utama IPGM Kampus Sarawak Miri.
-Padang Asrama IPGM Kampus Sarawak Miri.

Pasukan: -Setiap pengajian hendaklah memecahkan ahlinya kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 3 orang.
-Pasukan yang terbaik bagi setiap pengajian akan bertanding dan berhadapan dengan satu sama lain.


Sistem: -Sistem kalah mati akan digunakan.
-Sistem 7 mata akan digunakan.

Sila peka terhadap mana-mana pemberitahuan semasa dalam blog untuk mengetahui perkembangan terkini.

Baju Pameran Sudah Siap!!

BAJU AJK & VIP PAMERAN
Baju dari pandangan belakang
Baju dari pandangan depan
Depan: Krew, Logo IPGM Kampus Sarawak (Berwarna)
Belakang: S.E.N.I (seni estetika naluri inspirasi)


Pada minggu ini, baju yang telah ditempah 2 minggu yang lalu akan diedarkan. Kini tampil dengan warna putih separa legap. Cop pada baju ini merupakan hasil rekaan AJK Khas dan ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu untuk AJK yang terlibat dan untuk VIP. Kualiti fabrik amat memuaskan dan bersesuaian dengan harga dan jumlah serta saiz cop rekaan pada baju.

Kepada semua AJK pameran SENI Visual, sila dapatkan baju anda dari saudara Alfie Khan PPISMP SVBIBM Sem-3.

Pameran dirangka dan akan diadakan sekitar 14-16 Oktober. Apa-apa yang berlaku pengajian kami akan memastikan semuanya sudah bersedia pada tarikh berkenaan. Sekiranya berlaku perubahan pada tarikh, ia tidak akan menjejaskan persediaan yang sudah sedia dirangka dan dirancang.

07 Oktober 2009

Link Terbaru!!




Kini kita mampu menikmati gambar2 yang menjadi peti sejuk kepada kenangan yang lalu. Sebagai tambahan, Galeri "Dermaga Vault" akan dinaik taraf dalam jangka masa terdekat. Semua ini berlaku berikutan program naik taraf laman utama DERMAGA. Dijangka dalam lingkungan pertengahan bulan Oktober kita akan dihujani koleksi gambar2 karya rakan sepengajian di sini!!

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )