Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Ogos 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN



KICK BALL GAME!!
DERMAGA TEAM VS BINARY NUMBER TEAM

Memandangkan cuti hampir tiba, musim tugasan sedang berjalan satu perlawanan persahabatan telah dirancang dan akan diadakan sekitar bulan Ogos ini. Perlawanan ini terdiri dari 2 pasukan iaitu Dermaga Team (PPISMP SV/BI/BM SEM-3) VS Binary Number Team (PPISMP MT/BI/BM SEM-3). Lokasi yang ditetapkan adalah di pantai Hawai.. x der la, kita buat je di pantai depan IPS kita.

Peraturan akan diumumkan segera. Apa yang pasti, saya dengar dari Edward (ketua pengajian Binary Number Team) jantina bebas jumah ahli setiap pasukan pun bebas..flexible la.. nanti tengok. Warna baju belum pasti..maby pakai baju kelas kot? kalau baju kuliah? baju Batik? Blazer? hahahaha!!! Teknik permainan bebas..Shaolin Soccer boleh..Ronaldiho boleh..kaki kejang boleh..kaki bangku style pun boleh..asalkan bola bergolek disebabkan kai..kepala dan anggota badan lain kecuali tangan dan lengan.
Saya pula berkata kita santai-santai jer..bawa kuih, keropok, minuman dan lain-lain untuk bersantai bersama-sama. Anyway, nantikan peraturan yg akan ditetapkan oleh gang-gang kita ok? sabar beb..

Dan jangan lupa bawa kamera..kita nak freez kan momento, moment, saat bersama sebelum masuk PISMP!! ada la yg dikenang nanti time dah nak terima gulungan ijazah tu nanti.. KAWAN SELAMANYA!!!

13 Ogos 2009

MARI MENETAP DI FACEBOOK!!



MARI BERKAMPUNG DI FACEBOOK!!

Setelah diamati secara semua. Saya menyedari bahawa laman web sosial ini lebih berinteraktif jika dibandingkan dengan laman web yang sedia ada seperti tagged, friendster, dan lain-lain. Facebook menyediakan ruang lingkup sosial yang sangat besar. Ia memiliki aplikasi penstoran data, gambar, permainan, mesej dan banyak lagi!!

Mungkin ciri-cirinya yang mementingkan fungsi berbanding persembahan web tersebut membuatkan pengguna-pengguna internet tidak berminat untuk membuka akaun di sana. Pertama kali saya membuka akaun di sana saya agak janggal dengan sistem paparan boxnya, tetapi setelah meneroka lebih dalam akan dunia Facebook ini, saya kian merasakan ia lebih menarik untuk dilayari!!

Saya boleh mengibaratkan FACEBOOK adalah hibrid Friendster, Tagged, RumahPanjai, SelamatPagiCikgu-cikguMalaysia, Hi-5 dan banyak lagi laman web sosial yang sedia ada walaupun paparannya langsung tidak seiras seperti mana-mana laman web tersebut. Mungkin itulah merupakan antara ciri-ciri matang yang hendak dipaparkan.

saya mengambil peluang ini, saya mengajak anda semua untuk menjadi pengguna laman web tersebut. Memandangkan liputan laman web ini sangat meluas.

Berikut merupakan ciri-ciri menarik mengenai laman web tersebut:

- Enjen pencarian nama yang mantap.
- Kemudahan chat.
- Pelbagai permainan.
- Sistem Java.
- Penstoran gambar.
- Sistem "comment" yang mudah.
- Sistem pengurusan teman yang hebat.
- Makluman segera.

Sila layari laman web tersebut untuk menikmati sesuatu yang baru dan mengalami sendiri pengalaman di sana!!

10 Ogos 2009

Friends 4 EVER..


KAWAN SELAMANYA BUKAN 5 TAHUN SETENGAH SAJA



Berikut merupakan gambar-gambar terpilih Bulan Ogos, dan pastikan ia dapat berulang sekali lagi.

Kenangan semasa Kembara
Ridzuan kontrol Machoo!!
Dalam Gua Niah
Pameran Seni Visual 2008
Pantai Bersama Rakan

Kaki Sapa ni? Teka dan menang!!
Gotong Royong
PJ, kami guna baju kelaS!!

Persembahan IStemewa dari gang Sabahan

ANTARA TUGAS UTAMA PENGAJIAN KAMI


MEMBUAT "BACKDRPOP"

Dalam IPGM Kampus Sarawa Miri, kami merupakan perintis dalam kerja menghias takbir pentas dengan perkataan dan pernyataan sesuatu peristiwa dan aktiviti. Sepanjang 2 sem si IPGM ini, kami telah diperturunkan ilmu ini dari senior yang terdahulu, dan kami akan berkongsi ilmu ini dengan junior. Berikut merupakan antara cebisan hasil kerja kami.






( Senang jer, asalkan ada kerja sama. seorang ada 2 tangan 1 pengajian ada 46 tangan, setiap tangan dapat menyumbangkan 50000 kj tenaga, dan setiap 100 kj tenaga dapat menyelamatkan 5 minit masa, 100 kj tenaga dapat mengeratkan hubungan persahabatan)

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )