Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 Ogos 2009

MINGGU PERANCANGAN!!!!!


PENGUMUMAN MINGGU PERANCANGAN PAMERAN

Sebelum bertolak menggunakan kereta, si pemandu akan memilih anak kunci dari kalangan gugusan kunci yang terikat antara satu sama lain. Kemudian dihunuskannya anak kunci yang terpilih ke dalam rongga pencetus enjin. Dengan penuh kelegaan si pemandu mendengar bunyi deruman keretanya...dan perjalanan yang belum tentu ada penghujungnya akan bermula selepas bibirnya melafazkan doa kehidupan..memohon berkat.

Begitulah kita wahai rakan-rakanku, kali ini saya ingin memaklumkan bahawa 01-05 Ogos 2009 merupakan minggu perancangan kita untuk pameran Seni Estetika Naluri Inspirasi kita. Maka diharapkan semua sudah sedia maklum mengenai AJK yang telah ditubuhkan sebelum ini. Pada 5/Ogos/2009 kita akan mengadakan mesyuarat di bilik 201 semua ahli PPISMP SV/BI/BM DAN BC/PJ/PS digalakkan hadir. Untuk mendapatkan maklumat dan melihat portfolio.

Pentingnya portfolio bagi setiap AJK adalah untuk dijadikan bukti interaksi untuk permarkahan, dijadikan lampiran pengerusi untuk menghasilkan kertas cadangan dan permohonan seperti kemudahan dan kewangan, memudahkan kerja semak semula setiap AJK untuk memastikan setiap AJK ada bergerak, Mengelakkan AJK diganggu oleh beban kerja AJK lain, Memastikan setiap AJK hanya berfokus pada tanggung jawab AJKnya sendiri kecuali ajk tersebut memang ada kaitan simbiosis dengan AJK yang lain.

Format Portfolio adalah tidak terikat asalkan di dalam file tersebut ada catatan dan cadangan ahli sebagaimana anda menghasilkan kerja kursus biasa. Muka depan hendaklah mengandungi nama-mana ahli AJK, nama AJK, logo IPGM Kampus Sarawak Miri. sila dapatkan contoh format di laman web kita.

Denagan harapan yang menggunung, saya berharap AJK sudah tahu dan cuba untuk tahu mengenai langkah seterusnya. Jika perlukan panduan, sila rujuk Pengerusi (Chris) atau naib Pengerusi ( Norapidah, Alfie, Saiful ).

Sila lawati laman web kita ( http://daridermaga.yolasite.com/pengumuman.php ) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pameran, senarai AJK dan contoh format portfolio AJK.

sekian...


03 Ogos 2009

Sedutan Gambar Berkarya di dalam Galeri (Julai)







KAMI JADIKAN GALERI ITU SEBAGAI RUMAH KEDUA KAMI DI IPGM

pernah tidur dan pernah makan dalam galeri... demikianlah kehidupan kami. maka x salah jika kami manyatakan bahawa galeri seni di IPGM Kampus Sarawak Miri merupakan rumah kedua kami.

Gaya Pameran Di Bintulu





KEMBARA BERMOTOSIKAL DI BINTULU

Pameran yang diadakan di Bintulu diadakan sempena Kembara Bermotosikal Kemerdekaan bertemakan "Satu Malaysia" kami membantu AJK pameran dan memperoleh banyak pengalaman yang berguna untuk menghadapi pameran sebenar untuk pengajian kami Sem-3 ini. Saya berasa bersyukur kerana ada rakan2 yang sudi membantu secara rela sepanjang menjayakan pameran tersebut.

Pada asasnya kami hanya disediakan dengan ruang yang kecil untuk mengadakan pameran tersebut. Pameran tersebut diadakan di dewan tertutup di "Dewan Martabat".

pameran tersebut berjalan dengan jayannya walaupun terdapat sedikit kekurangan dari segi pengurusan tetapi kami berjaya mencuri hati peminat seni di Bintulu. Kami dilawati pelajar yang datang dari sekolah sekitar Bintulu. Secara keseluruhan, pengunjung lawatan tersebut tidak sampai 4oo orang. Mungkin tidak ramai sudi keluar rumah mungkin disebabkan langkah berjaga2 terhadap virus H1N1.

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )