Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Julai 2009

KEMPEN MAMBERSIHKAN KAWASAN IPG



MARI BERGOYONG!!!
( SINGKATAN BERGOTONG-ROYONG )

Pada pagi sabtu yang sunyi kami telah mengadakan aktiviti bergotong-royong anjurang pihak pengurusan kediaman. Aktiviti pertama adalah menunggu pelajar dari pukul 7.00am-7.45am. kemudian kami bersenam. Faham-faham saja lah kalau dah nak jadi, kami pun dierobik dan dipoco-pocokan oleh junior yang hander sesi senaman. Anyway, semua ceria hari tu, termasuk En. Marni kita (Ketua Warden IPGM Kampus Sarawak Miri) yang join dengan penuh semnagat bersenam pada masa itu. Kemudian kami diagihkan tugas dan menjalankan kerja dengan jayanya.

Barisan pengajian kami sedang berpoco.

Encik Marni berbaju merah berada di hujung join sekali!!
Stunt-man dalam usaha naik aras 2 tapi gagal kerana mereka ternaik sampai ke aras 3!!
cuci koridor bahagian luar " pidah dan dayah dari bilik mereka menyampuk KK sampai nak jatuh!!" bahaya. Dont try this at the home in IPS ok.. x de la. selamat punya. ada laluan ada tilam bawah tu.
Bergambar bersama di asrama blok D!! "Jalilah buat pose bunga mawar"

SELAMAT BEREHAT DI HUJUNG MINGGU!!

23 Julai 2009

SATU-kah KITA...?

Indah Damai Pemandangan Melihat Rakan-Rakan Bergurau Senda
By: Chrisroyston

Tak terasa perjalanan kita di IPGM KAmpus Sarawk Miri sudah hampir 20% tamat, tinggal 80% lagi dan saya rasa perjalanan seterusnya tidak la sesukar mana sekiranya ada anda semua di sampingku. Mulanya, kita tiba di tempat ini seperti tetamu yang terawang-awang bayangannya..seperti seorang angkasawan yang baru sahaja singgah di Marikh. Pertemuan kita dimulakan dengan senyuman dan perkenalan dalam bilik darjah dieratkan lagi dalam minggu suai kenal.





Sejenak masa kita di sini, perasaan kekitaan mula bertumbuh, seronok benar berkongsi cerita tentang siapa kita dan siapa dia. Kekadang kita perih dan kelam mengenangkan keluarga yang kita tinggalkan demi mengejar segulung ijazah keguruan. Tetapi kerinduan itu kadang-kadang terubat dikala melihat anda semua bergurau senda walaupun jauh di lubuk hati, bercucuran air mata memanggil ibu tercinta,menyeru ayah tersayang. Kita mula menjadi kawan rapat antara satu sama lain, satu semester kita corakkan dengan pelbagai senario yang terindah. Meniup kek hari jadi bersama-sama, bermain bersama-sama, bernyanyi dengan Mr. Oliver bersama-sama menangis bersama-sama...ada kalanya kita terasa dalam satu pelukan adik beradik. Apatah lagi satu sama lain kian belajar untuk menyebut perkataan Abang..Kakak..Adik untuk rakan-rakan yang lain..





Dentuman laptop yang memuntahkan hasil assignment memang kekadang membuatkan kita seprti telur di hujung tanduk. Tapi tidak pula kita jatuh, pecah berderai mati tersungkur dalam usaha menyelesaikan tanggung jawab itu, kerana ada yang lain, sudi mendermakan sedikit keringat yang menjadi kekuatan untuk kita terus bertahan sampai sekarang.



Sekarang, kita sudah agak jauh perjalanan. Walaupun belum sampai setengah eksplorasi kita lalui. Masa telah memahat kita bersama, budaya di sini telah mengukir hati kita menjadi orang lain, mungkinkah itu diri kita yang lebih sempurna agaknya, atau sebaliknya..?Kulihat rakan-rakan yang lain makin berubah. Yang gadisnya menjadi wanita..lelaki pula menjadi lebih dewasa. Beruntung dapat rakan-rakan yang cantik serta tampan seperti anda semua.



Aku..masih boleh bertahan di sini, kerana aku masih ingin meneruskan kehidupan. Walaupun tujuan aku di sini hanya untuk menggengam segulung Ijazah.. Tetapi...aku secara tidak sengaja telah tertemukan segulung Ijazah yang tertulis "Persahabatan"...



Aku membisu seketika lalu membuka kotak album foto untuk mencari apa yang tertinggal untuk ruang penulisan ini, makin ku belek gambar-gambar kita bersama, ku merasakan pipiku basah..kenapa mataku tiba-tiba terasa lesu?..mengapa hatiku layu?..mungkin aku terlalu leka menghayati assignment lalu lupa menghayati tangan-tangan yang pernah luka bersama, memotong kek bersama, melukis menulis bersama bermain bersama, berpanas berhujan bersama, menjinjing plastik di Parkson bersama,...malas ku teruskan pencarian ku, kerana aku takut foto ini kian luntur dibelek dek tanganku yang kain dibasahi cucuran air mata yang tak diundang..


Aku tidak puas bersama kalian melihat matahari terbenam di hujung lautan Bakam ini, kerana aku mengibaratkan hubungan kita seperti matahari, sekejap ada sekejap x ada, sekejap cereah sekejap dilindungi awan. Yang pasti aku tahu ia ada dan wujud di sana dan penuh gelora seperti ombak di pantai kita..


I LOVE U...

Yang Benar,
si pembaca
(Alfie, Alice, Teng, koko, Chris, Dayah, Meng, Hanis, Hilda, Jelly, Mel, Anai, Pidah, Meq, Ila, Panda, Ronny, Zana, Saiful, Clare, Suzi, Iqa, Anthony Tai )

22 Julai 2009

Bakal Guru Dan Organisasi by chrisroyston untuk rakan-rakan semua.



Salam perpaduan kepada semua.

Saya mulakan perkongsian kali ini dengan mengungkit gaya pemikiran manusia. Kita sering menidakkan sesuatu kerja tanpa mencubanya terlebih dahulu, malahan kita sering kali berasa tidak yakin bahawa sesuatu yang sangat hebat akan terlaksana. Masalah ini berlaku kerana dalam diri kita, sikap mementingkan diri sangat pekat dan ia masih menyelimuti jendela kebenaran.

Seriang kali saya melihat rakan-rakan sepengajian akan mengeluh jika diberikan tugas. Tindakan tersebut tidak salah, tetapi ia menunjukkan kepada kita bahawa manusia sangat tidak selesa jika hak dan kesenangan mereka dipinjam atau diganggu oleh tanggungjawab. Tetapi situasi akan berubah jika sesuatu tanggungjawab itu mampu mendatangkan motivasi kepada individu yang terlibat atau tanggungjawab tersebut nampak mudah dan seronok dilaksanakan.

Disini, saya ingin berkongsi satu daripada formula yang dapat menyedarkan kita bahawa, kita mampu untuk mencapai matlamat serta melaksanakan tanggungjawab yang sedia ada. Saya sangat terdorong untuk menerbitkan Post ini setelah mendengar penjelasan dari pensyarah saya pagi tadi ( subjek PPN. Mr. Selvaraj) yang ada menyentuh mengenai konsep Profesion dan organisasi.

BACA FORMULA PENYELESAI MASALAH INI YANG SAYA HASILKAN DI BAWAH:

MATLAMAT=organisasi(pemangkin+matlamat+disiplin+jadual)-masa.

Disini saya ingin menekankan bahawa organisasi yang terurus amat penting menjelang musim assignmen dan untuk aktiviti berat seperti pameran.

Organisasi yang terurus tidak membebankan ahlinya kerana pembahagian tugas yang baik dapat mengelakkan kekeliruan yang meneybabkan beban kerja. Ini dilakukan dengan baik jika AJK-AJK tidak akan mengangu AJK yang lain dan hanya fokus tugas AJK itu sendiri.


Organisasi yang terurus menjadikan kerja lebih mudah, sedikit dan berterusan.






Saya sedar dan akur bahawa semua ini tidak akan berjaya sekiranya sesebuah organisasi tersebut tiada pemangkin untuk merancakkan pergerakan ahil-ahlinya. Oleh itu Mesyaurat hendaklah diadakan secara konsisten. Mesyuarat itu juga hendaklah berkesan dan menarik agar penglibatan mana-mana ahli tidak sia-sia.

"Siapa yang tak suka jika kita adakan mesyuarat di restoran."-Alfie
"kalau setiap kali mesyuarat ada minum kopi pun ok."-Ridzuan
"Ahli hendaklah sudah bersedia dengan isu mereka, barulah lancar dan gempak serta berkesan"-Rozana

Memandangkan tidak lama lagi kita akan dihujani Assignment dan projek Pameran, saya sebagai ketua pengajian menyeru agar semua tidak panic, hahahaha!! bukannya dunia kiamat pun. Cuma kita hendaklah bekerjasama dan meminjamkan sedikit tenaga untuk membalas budi kerajaan yang sudi memeberi kita RM400 setiap bulan. Tidak perlu kita menegluh panjang, kerana kita sedang membina organisasi yang dapat memenuhi keperluan kita sebagai Angkatan Pelajar IPGM, dan organisasi inilah yang akan memastikan semua kerja kita lancar dan senang serta menarik. Kepada semua Adik beradik sepengajian, Sudikah anda berjalan bersama kami?

sekain...
Chrisroyston.
thanks 4 da hand.. lawati laman web kita untuk mendapatkan maklumat terkini dan sila maklumkan "Admin" jika anda ingin menggunakan kemudahan laman web tersebut. seperti papan pengumuman dan bilik mesyuarat maya.

20 Julai 2009

APAKAH INI BENAR?APA PANDANGAN PENDIDIK DI SARAWAK?APA PENDAPAT ORANG SARAWAK?


Pada Minggu yang lalu saya telah membeli majalah kegemaran saya. Keluaran bulan ini sangat menarik dengan kulit luarnya yang sangat mengancam apatah lagi dicoretkan dengan tajuk utama yang sangat menggerunkan. "bunuh 8 mangsa demi ilmu hitam" demikianlah kisah hangat bulan ini. Tetapi, terselit beberapa topik kecil di muka hadapan dan mata saya terpaku dengan satu tajuk yang sangat mencurigakan jiwa anak sarawak pedalaman saya ini. "cikgu Melayu Semenanjung makan b**i di sarawak" B**I semestinya mewakili perkataan babi.. 

Setahu saya kisah ini tidak mustahil berlaku tetapi inilah pertama kali saya mendengar pengakuan melampau bekas cikgu-cikgu Semenanjung yang pernah posting di Sarawak. Dalam artikel tersebut juga ada menyatakan seks bebas agak mudah tercetus di kawasan pedalaman dan mereka nanyatakan juga budaya minum arak serta makan babi di kalangan cikgu-cikgu tersebut. Dengan beralasankan kejutan budaya, mereka menafikan pihak penduduk setempat sebagai punca semua ini terjadi dan menyandarkan masalah tersebut kepada cikgu-cikgu yang berkenaan.

Rimpunan ayat tersebut tidak menimbulkan persoalan yang teramat dalam buat saya tetapi tuduhan yang melampau-lampau cikgu-cikgu tersebut membuat saya tidak selesa dan ragu-ragu dengan sumber lisan tersebut. Memandangkan saya membesar di kawasan pedalaman dan dikelilingi golongan pendidik sepanjang masa, apatah lagi cikgu-cikgu dari semenanjung. Banyak sekolah pedalaman yang terdapat di kawasan Sarikei dan banyak yang telah saya lawati.

Antara isi yang ditulis dalam sumber tersebut kepada pihak Majalah tersebut adalah "harga daging halal di Sarawak agak mahal berbanding dengan daging babi" "mengapa teruk sangat perangai pendidik di sana (Sarawak)?" Haha. Relax.. 

Cikgu-cikgu anak jati Sarawak dan Sabah..apa pendapat anda? ingin tahu? Bacalah majalah MASTIKA keluaran bulan Ogos. Selamat menyambut hari merdeka!!


Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )