Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 Julai 2009

Jangan kata Pendidikan Seni hanya mata pelajaran REMEH!!




PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan proses penghasilan, produk, kefahaman seni warisan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

Perasaan takut, cinta, berani, kecewa dan lain-lain merupan antara ramuan perasaan manusia dan ia telah mambawa seseorang itu berubah. Begitulah kaitan seni dengan kehidupan, pendidikan seni tidak harus dipandang enteng. Kanak-kanak yang membesar hendaklah menyalurkan perasaan dengan baik agar dirinya lebih memahami jiwa, emosi dan semua yang sedia ada..

Melalui penghayatan seni, mereka bukan sahaja menghasilkan output dari perasaan mereka malah mereka juga menerima input dari luar dan cuba memahami pekara tersebut. situasi sebegini akan membantu perkenbangan sifat dalam manusia dengan lebih sempurna. (mempu mengawal EQ bukan sahaja IQ)..
Ini antara pendapat dan perkongsian yang dapat saya kongsi berdasarkan panduan dari pembacaan dan refleksi saya sendiri.
( PEACE )







02 Julai 2009

PERHATIAN!!! PESANAN DARI MR PATRICK. TUGASAN SV2.

PERHATIAN:
Pastikan kumpulan SVBIBM, menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu sebelum ini :
1. Rekabentuk Sticker kenderaan untuk aktiviti kembara bermotosikal kemerdekaan IPGM 2009, anjuran BPG & IPGM Kampus sarawak.(adobe photoshop)
2. Rekabentuk digital : 2.1. Montaj gambar (adobe photoshop)
3. Rekabentuk motif daripada tumbuhan-tumbuhan dengan mengaplikasikan tools daripada perisian Coraldraw.
4. Esei tentang kelebihan perisian-perisian Adobe Ilustrator, Phoshop dan Coraldraw dalam penghasilan rekabentuk-rekabentuk digital
4.1. Nyatakan (sekurang-kurangnya 2 - 3 jenis) rekabentuk.
4.2. Rujukan dan bukti.
Peringatan : Jika masih terdapat pelajar cikgu tidak lakukan dan tidak menunjukkan cara belajar yang postiif akan diambil tindakan ikut prosedur yang sewajarnya. Cikgu mahu anda rasakan dan tunjukan kualiti pada semester ini.

Cikgu menekan PROSES, KAJIAN, EKSPLORASI, INKURI, DAN KEMATANGAN MINDA. SATU MALAYSIA.

Tarikh akhir hantar : Pada atau sebelum 10 JULAI 2009

01 Julai 2009

GAMBAR PAMERAN SENI VISUAL SENIOR!!






16/10/2008

PAMERAN SENI VISUAL!!

Kami telah terlibat secara tidak langsung dan membantu senior, banyak karya kami telah dipamerkan. Memandangkan kami hanya membantu tidak banyak yang dapat kami jelaskan mengenai pameran ini..

apa yang dapat kami beritahu adalah..malam itu kami semua menggunakan pakaian hitam, katanya ada kaitan dengan tema, dirasmikan secara grand!! dan pada sebelah siangnya tadi, terdapat beberapa rombongan dari sekolah sekitar Miri melawat pameran tersebut..







Kembara seni visual



TARIKH: 10-12 OKTOBER 2008

KEMBARA SENI VISUAL
PPISMP AMBILAN JULAI SEM-1 2008

Kami telah mengadakan kembara selama 3 hari 2 malam di Gua Niah, Kpg. Kuala Sibuti dan Gua Long House. Kembara kami bertemakan eksplorasi alam sekitar melalui seni. sebelum meneruskan celoteh ini dengan lebih jauh, kami ingin berterima kasih kepada Jabatan Kajian Sosial Institut Perguruan Sarawak Miri yang telah banyak membantu dalam kembara ini. Pada dasarnya, kembara ini dirancan dan dilaksanakan oleh kami sendiri dengan bantuan pensyarah penasihat yang juga terlibat secara langsung dalam kembara ini. Mr. Patrick, Mr. Oliver, Mr. Mages dan Mr. bell. mereka semua merupakan satu-satunya tenaga pensyarah yang mengajar SV di IPS Miri pada masa itu sehinggalah ke hari ini... (harap-harap adalah tenaga pensyarah yang baru agar beban mereka berempat makin kurang..hahahaha!!)


kembara sebegini mendekatkan lagi kami dengan alam sekitar dan penghayatan seni tampak. Pengalaman sebigini telah meluaskan lagi jarak jelingan ilmu kami, ternyata alam semula jadi dapat mendatangkan inspirasi kepada si pengkarya.

sepanjang eksplorasi tersebut, kami disambut oleh keindahan alam yang memukau. kami juga dibasahi nyanyian alam yang dilakar oleh si burnug, serangga dan haiwan serta tidak kurangnya tepukan desiran daun yang dibelai angin hutan tropika.










jadual aktiviti kami agak penuh!! walau bagaimanapun makan, minum, tidur, mandi dan penginapan kami sangat menarik dan semua itu telah menjadi peristiwa penting kepada kami dalam hidup ini!!!





Kami belajar untuk menjadi pemimpin yang baik dengan...
  • merancang
  • mengurus
  • melaksana
  • merekod
banyak yang telah kami lalui, ini menjadikan kami lebih matang dalam usaha menjadi pendidik yang baik.











Tiap malam kami akan mengadakan sesi refleksi, adakalanya kami akan menghasilkan karya seperti lagu dan tarian selain dari lakaran serta arca. semua ini gara-gara cetusan idea yang kami peroleh sepanjang hari eksplorasi.

memandangkan eksplorasi tersebut diadakan pada minggu Raya, kami telah dijemput untuk beramah mesra bersama penduduk di Kpg. Kuala Sibuti. Rumah terbuka sentiasa mengalukan kedatangan kami!! walaupun semua ini tiada dalam perancangan, kami telah mengambil pelunga ini untuk berkenalan dengan penduduk setempat memandangkan IPS kami memiliki hubungan yang baik dengan penduduk di kampung tersebut. (Dengar cerita, IPS kami sering mengadakan aktiviti seperti perkemahan di kawasan berhampiran Kampung tersebut)

Pada malam penutupan, kami mengadakan perbentangan hasil eksplorasi. (Malam penutupan diadakan di Gua Long House) terdapat 5 kumpulan yang telah membentangkan hasil dapatan sepanjang eksplorasi tersebut. setiap hasil dapatan berbentuk penemuan dan hasil karya.

di Gua Long House kami telah mengadakan jamuan juga sempena kejayaan eksplorasi ini. Dengar cerita, segala hasil karya yang kami hasilkan sewaktu eksplorasi akan dipamerkan dalam pemeran seni visual anjuran senior PPISMP kami.

HASIL:
  1. Karya 3D
  2. Lakaran mengunakan arang
  3. Kertas kerja
  4. Cara penghasilan arang
  5. Berkarya menggunakan sumber hutan selain dari medium buatan manusia
  6. Perbentangan P.Point
  7. Tips-tips daripada penasihat eksplorasi
  8. Gambar Eksplorasi
  9. pengalaman/kenangan/ilmu/ikatan sosial pengajian.. :)

CORETAN ANAK KECIL


Habis SPM 2008 tandanya borang KPLSPM dah nak keluar di inernet, ada di kalangan kita join Program Khidmad Negara, ada juga yg kerja dan x kurang jiga yang join TLDM.. (Bukan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysa ) tapi (Tidur Lepak Dan Makan)) antaranya ialah.. x perlulah kita tahu. X baik mengaibkan org lain.

Pejam celik pejam celik, x sangka borang KPLSPM dah keluar, ada yg sekadar mengisi je kononnya untuk plan “B”, ada yg penuh perasaan mengisi sampai berebut masuk CC ada yg lebih teruk sampai dibeli komputer Laptop dah konfiden sangat la tu. Yang penting semua dah isi la time tu..

Time tunggu nie lah yang perih, ada yg masih kerja sambilan tu dok temenung je tunggu keputusan mana2 borang yang diisi dlm internet. Ada yg teruk lagi, time tungu tu sempat praktikal dgn adik2 yg dasyat lagi datuk nenek pun dia praktikal sekali!!

Ok, keputusan dah keluar. Banyak la telatah bujang dara yg mengisi mana2 borang dlm internet dengan harapan berjaya ke peringkat temuduga. Ada gang2 yg masuk universiti kami ucap takhnIah. Ada yg dapat SPA dan ada yg dapat 2 pilihan!! Apa2 pun kita dah masuk IPS MIRI nie gerenti dah memilih untuk jadi cikgu. So? No comment la, dalam tagged dan friendster je kalau nak komen. Tp bg yg x dapat apa2, masuk form 6 la jawabnya.

Akhirnya, kita berpisah dengan keluarga dan di suai kenal dalam IPS Miri. Yang malu-malu tidak lagi sendiri. Sekarang tiada lagi yang menangisi rindu sepi sebab kita sudah ada kawan. Disini kita belajar semula bersama-sama.

Tidak terasa, perjalanan dari darjah 1-6 kemudian tingkatan 1-5 telah berlalu. Kini diteruskan lagi dengan pengajian 5 tahun setengah untuk menjadi seperti pendidik yang menemani kita sepanjang 11 tahun yang lalu. Kita adalah bakal guru, sukar jika hendak mengatakan sesal, ini adalah pilihan dan takdir kita. Buktinya.. @#$#@ tengok la perenggan 2 terakhir ini sangat sedikit kesilapan tatabahasa!! Hahaha!! Tak ada la, lawak je.. Yang penting kita mesti menjadi pelajar yang bahagia untuk menjadi cikgu yang berjaya!!

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )