Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

01 November 2009

Pameran Seni-The End Of It "Special Thanks.."

Posted on 10:07 PG by Chrisroyston Bakum






29-30.OKTOBER.2009- Pameran kami "Pameran S.E.N.I Visual" telah dijalankan dengan jayanya dengan sokongan lebih dari setengah ribu pengunjung selama 2 hari. Pameran kali ini tidak melibatkan lawatan dari sekolah luar seperti sebelum ini disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pada hari pertama kami telah mengadakan bengkel catan bersama pensyarah Seni yang tidak asing lagi, beliau adalah Mr. Mages Laoi. Bengkel tersebut telah disertai 32 peserta. kesemua peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dikhendaki menghasilkan karya catan. Apa yang istemewa, mereka dikhendaki mengecat pada bahan-banan terbuang tanpa menggunakan berus melainkan badan mereka sendiri. Pelaka merupakan pilihan utama pada hari tersebut memandangkan ia merupakan media yang mudah diuruskan. Tema bangkel tersebut adalah "Ekspresi Diri"

Pada tengahharinya pula, kami telah mengadakan perasmian "Pameran SENI Visual" Mr. Mages Laoi sekali lagi melakukan kejutan apabila beliau telah tampil dengan lagunya yang bertajuk S.E.N.I. lagu tersebut tercipta setelah beliau mengamati pameran kali ini. Segera beliau telah mencipta lagu tersebut pada hari berkenaan dan dengan istemewa telah dipersembahkan kepada semua penonton yang hadir pada hari perasmian tersebut.

Pameran kami diteruskan pada malamnya. Pada malam tersebut kami telah mengadakan beberapa aktiviti tambahan bagi menceriakan lagi pameran pada malam hari, kami mengadakan karaoke dan ia terbuka kepada semua pengunjung secara percuma. Memandangkan pameran tersebut telah mendapat sambutan, kami melanjutkan masa pameran pada sesi malam kepada 3 jam.

Pada hari jumaat, pameran kami dijalankan seperti biasa dan tamat pada pukul 12pm. berkat kerjasama dari semua pengajian yang terlibat. Dewan pameran telah dikemas dengan bersih seperti sedia kala dalam masa kurang dari setengah jam.

Special thanks to:
TUHAN
Memberi peluang kepada kami dalam menjayakan pameran.
PPISMP SEM-3 BCPJSV
Atas kerjasama yang diberikan dalam mengelolakan pameran
PPISMP SEM-3 SVBIBM
Atas penyertaan sebagai pelapis dalam pameran
MR. PATRICK
MR. BELL
Atas tunjuk ajar dan bimbingan yang amat membantu dalam menjayakan pameran.
MR. MAGES LAOI
Atas komitment yang luar biasa dalam menceriakan pameran.
IPGM MIRI/TUAN PENGARAH/KJ SAINS SOSIAL
Atas sokongan yang diberikan.

Personal thanks to:
Ridzuan aka Anai
Atas "Immunity" anda dalam berkerja sangat keras dalam memenuhi permintaan AJK-AJK pameran.

Serena Clare/Jelly/Rozana/Nabilah/Pidah/Saiful/KK
Atas "Nobility" anda dalam menggerakkan pameran ini dengan beraninya dan melancarkan organisasi ini.

Alfie/Dayah/Syafiqah/Azalizan
Atas "Crazy Offender" yang anda sumbangkan dalam mengempakkan pameran kali ini.

Hanisah/Mel/Meng/Raylyn/Heilda/Suzi/Alice/Ronnie
Atas "Stay In Team" dalam membantu AJK yang lain.

Koko/Meq
Atas "Domesticity" usaha dalam pameran ini.




Seni Estetika Naluri Inspirasi
4 Ever & The Only One

LVL3-Riang ria photo have been update due to tiz event!!

1 Response to "Pameran Seni-The End Of It "Special Thanks..""

.
gravatar
Jel Says....

bersyukur kita kehadrat ilahi kerana telah memberikan sekali lagi peluang untuk menyampaikana ilmu ini pada orang lain. semoga dengan kesempatan yang diberikan, SENI dapat terus bertapak dalam diri setiap insan..Amiin..

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )