Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 November 2009

Cuti Angin Peralihan Monsun PPISMP

Posted on 11:19 PG by Chrisroyston Bakum


Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan 1000 kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana rancananya telah membawa kita menikmati kehidupan sampai ke tahap ini. Tanpanya kita tidak akan merasakan kabaikan yang telah kita miliki hari ini.


Jika mengimbau semula perjalanan yang telah kita lalui, memang tidak terasa masa itu berlalu. Sering saya berkata kepada rakan-rakan "seperti baru semalam kita bertemu dan mula, tapi tak terasa sudah agak jauh perjalanan yang telah kita lalui". Apa-apa pun, peralihan program PPISMP ke PISMP pasti akan menemukan kita dengan pelbagai cabaran yang baru dan banyak perkara yang menarik yang akan kita hadapi nanti.


Matapelajaran baru, pensyarah baru mungkin rakan pengajian baru akan menambahkan lagi perisa yang akan kita telah cipta selama ini. Yang pasti kita hendaklah menghadapinya dengan penuh kesabaran.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan gunakanlah masa yang ada untuk mereka yang penting dalam hidup anda selagi ada masa. BAgi yang tiada yang penting, tidur la puas-puas agar tahun depan tiada alasan lagi bangun lewat ok!! Selamat bersantai.

No Response to "Cuti Angin Peralihan Monsun PPISMP"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )