Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Ogos 2009

LINK DERMAGA GALERI MOOD

Posted on 11:50 PG by Chrisroyston Bakum



DERMAGA GALERI MODE

Dengan sukacitanya Dermaga sekali lagi membuka sayapnya untuk berkongsi karya yang dihasilkan oleh kami sepanjang kami berada di IPGM Kampus Sarawak Miri. Karya-karya tersebut merupakan antara hasil kerja individu dan berkumpulan. Terdapat karya yang dihasilkan untuk memenuhi sukatan pembelajaran dan ada yang dihasilkan untuk kepuasan inidividu.

Dijangka selepas ini Dermaga juga akan membuka beberapa lagi blog yang berkaitan dengan proses-proses yang terlibat dalam usaha berkarya. Jika tidak pun, Dermaga akan menyelitkan spesefikasi dan ringkasan mengenai proses penghasilan setiap karya yang sedia ada di dalam galeri digital tersebut.

Setakat ini Dermaga masih dalam proses pengumpulan hasil karya dan menukarkannya dalam bentuk visual digital untuk dipamerkan di dalam blog "Dermaga Vault". Ada yang mencadangkan untuk mempromosi hasil karya ini untuk julan, tetapi Dermaga masih belum terfikir sampai ke tahap itu memandangkan semua karya masih didalam simpanan dan direkod sebagai bukti pembelajaran. Tambahan pula penapisan kualiti harus dibuat terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

Apa yang teramampu setakat ini, Dermaga hanya ingin berkongsi sudut perspektif penilaian estetika naluri anda mengenai hasil kerja pada tahap pertama ini. Semoga dengan adanya galeri digital ini, kualiti karya kami akan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa dengan bantuan "comment" anda.

Dermaga menjemput anda untuk mengintai galeri digital kami yang dalam didalam proses pembinaan dan pengisian. Salam beriadah, salam slumber.

klik link di bawah

No Response to "LINK DERMAGA GALERI MOOD"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )