Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Julai 2009

SATU-kah KITA...?

Posted on 7:47 PTG by Chrisroyston Bakum

Indah Damai Pemandangan Melihat Rakan-Rakan Bergurau Senda
By: Chrisroyston

Tak terasa perjalanan kita di IPGM KAmpus Sarawk Miri sudah hampir 20% tamat, tinggal 80% lagi dan saya rasa perjalanan seterusnya tidak la sesukar mana sekiranya ada anda semua di sampingku. Mulanya, kita tiba di tempat ini seperti tetamu yang terawang-awang bayangannya..seperti seorang angkasawan yang baru sahaja singgah di Marikh. Pertemuan kita dimulakan dengan senyuman dan perkenalan dalam bilik darjah dieratkan lagi dalam minggu suai kenal.





Sejenak masa kita di sini, perasaan kekitaan mula bertumbuh, seronok benar berkongsi cerita tentang siapa kita dan siapa dia. Kekadang kita perih dan kelam mengenangkan keluarga yang kita tinggalkan demi mengejar segulung ijazah keguruan. Tetapi kerinduan itu kadang-kadang terubat dikala melihat anda semua bergurau senda walaupun jauh di lubuk hati, bercucuran air mata memanggil ibu tercinta,menyeru ayah tersayang. Kita mula menjadi kawan rapat antara satu sama lain, satu semester kita corakkan dengan pelbagai senario yang terindah. Meniup kek hari jadi bersama-sama, bermain bersama-sama, bernyanyi dengan Mr. Oliver bersama-sama menangis bersama-sama...ada kalanya kita terasa dalam satu pelukan adik beradik. Apatah lagi satu sama lain kian belajar untuk menyebut perkataan Abang..Kakak..Adik untuk rakan-rakan yang lain..





Dentuman laptop yang memuntahkan hasil assignment memang kekadang membuatkan kita seprti telur di hujung tanduk. Tapi tidak pula kita jatuh, pecah berderai mati tersungkur dalam usaha menyelesaikan tanggung jawab itu, kerana ada yang lain, sudi mendermakan sedikit keringat yang menjadi kekuatan untuk kita terus bertahan sampai sekarang.



Sekarang, kita sudah agak jauh perjalanan. Walaupun belum sampai setengah eksplorasi kita lalui. Masa telah memahat kita bersama, budaya di sini telah mengukir hati kita menjadi orang lain, mungkinkah itu diri kita yang lebih sempurna agaknya, atau sebaliknya..?Kulihat rakan-rakan yang lain makin berubah. Yang gadisnya menjadi wanita..lelaki pula menjadi lebih dewasa. Beruntung dapat rakan-rakan yang cantik serta tampan seperti anda semua.



Aku..masih boleh bertahan di sini, kerana aku masih ingin meneruskan kehidupan. Walaupun tujuan aku di sini hanya untuk menggengam segulung Ijazah.. Tetapi...aku secara tidak sengaja telah tertemukan segulung Ijazah yang tertulis "Persahabatan"...



Aku membisu seketika lalu membuka kotak album foto untuk mencari apa yang tertinggal untuk ruang penulisan ini, makin ku belek gambar-gambar kita bersama, ku merasakan pipiku basah..kenapa mataku tiba-tiba terasa lesu?..mengapa hatiku layu?..mungkin aku terlalu leka menghayati assignment lalu lupa menghayati tangan-tangan yang pernah luka bersama, memotong kek bersama, melukis menulis bersama bermain bersama, berpanas berhujan bersama, menjinjing plastik di Parkson bersama,...malas ku teruskan pencarian ku, kerana aku takut foto ini kian luntur dibelek dek tanganku yang kain dibasahi cucuran air mata yang tak diundang..


Aku tidak puas bersama kalian melihat matahari terbenam di hujung lautan Bakam ini, kerana aku mengibaratkan hubungan kita seperti matahari, sekejap ada sekejap x ada, sekejap cereah sekejap dilindungi awan. Yang pasti aku tahu ia ada dan wujud di sana dan penuh gelora seperti ombak di pantai kita..


I LOVE U...

Yang Benar,
si pembaca
(Alfie, Alice, Teng, koko, Chris, Dayah, Meng, Hanis, Hilda, Jelly, Mel, Anai, Pidah, Meq, Ila, Panda, Ronny, Zana, Saiful, Clare, Suzi, Iqa, Anthony Tai )

No Response to "SATU-kah KITA...?"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )