Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

01 Julai 2009

Kembara seni visual

Posted on 12:54 PG by Chrisroyston Bakum



TARIKH: 10-12 OKTOBER 2008


KEMBARA SENI VISUAL
PPISMP AMBILAN JULAI SEM-1 2008

Kami telah mengadakan kembara selama 3 hari 2 malam di Gua Niah, Kpg. Kuala Sibuti dan Gua Long House. Kembara kami bertemakan eksplorasi alam sekitar melalui seni. sebelum meneruskan celoteh ini dengan lebih jauh, kami ingin berterima kasih kepada Jabatan Kajian Sosial Institut Perguruan Sarawak Miri yang telah banyak membantu dalam kembara ini. Pada dasarnya, kembara ini dirancan dan dilaksanakan oleh kami sendiri dengan bantuan pensyarah penasihat yang juga terlibat secara langsung dalam kembara ini. Mr. Patrick, Mr. Oliver, Mr. Mages dan Mr. bell. mereka semua merupakan satu-satunya tenaga pensyarah yang mengajar SV di IPS Miri pada masa itu sehinggalah ke hari ini... (harap-harap adalah tenaga pensyarah yang baru agar beban mereka berempat makin kurang..hahahaha!!)


kembara sebegini mendekatkan lagi kami dengan alam sekitar dan penghayatan seni tampak. Pengalaman sebigini telah meluaskan lagi jarak jelingan ilmu kami, ternyata alam semula jadi dapat mendatangkan inspirasi kepada si pengkarya.

sepanjang eksplorasi tersebut, kami disambut oleh keindahan alam yang memukau. kami juga dibasahi nyanyian alam yang dilakar oleh si burnug, serangga dan haiwan serta tidak kurangnya tepukan desiran daun yang dibelai angin hutan tropika.










jadual aktiviti kami agak penuh!! walau bagaimanapun makan, minum, tidur, mandi dan penginapan kami sangat menarik dan semua itu telah menjadi peristiwa penting kepada kami dalam hidup ini!!!





Kami belajar untuk menjadi pemimpin yang baik dengan...
  • merancang
  • mengurus
  • melaksana
  • merekod
banyak yang telah kami lalui, ini menjadikan kami lebih matang dalam usaha menjadi pendidik yang baik.











Tiap malam kami akan mengadakan sesi refleksi, adakalanya kami akan menghasilkan karya seperti lagu dan tarian selain dari lakaran serta arca. semua ini gara-gara cetusan idea yang kami peroleh sepanjang hari eksplorasi.

memandangkan eksplorasi tersebut diadakan pada minggu Raya, kami telah dijemput untuk beramah mesra bersama penduduk di Kpg. Kuala Sibuti. Rumah terbuka sentiasa mengalukan kedatangan kami!! walaupun semua ini tiada dalam perancangan, kami telah mengambil pelunga ini untuk berkenalan dengan penduduk setempat memandangkan IPS kami memiliki hubungan yang baik dengan penduduk di kampung tersebut. (Dengar cerita, IPS kami sering mengadakan aktiviti seperti perkemahan di kawasan berhampiran Kampung tersebut)

Pada malam penutupan, kami mengadakan perbentangan hasil eksplorasi. (Malam penutupan diadakan di Gua Long House) terdapat 5 kumpulan yang telah membentangkan hasil dapatan sepanjang eksplorasi tersebut. setiap hasil dapatan berbentuk penemuan dan hasil karya.

di Gua Long House kami telah mengadakan jamuan juga sempena kejayaan eksplorasi ini. Dengar cerita, segala hasil karya yang kami hasilkan sewaktu eksplorasi akan dipamerkan dalam pemeran seni visual anjuran senior PPISMP kami.

HASIL:
  1. Karya 3D
  2. Lakaran mengunakan arang
  3. Kertas kerja
  4. Cara penghasilan arang
  5. Berkarya menggunakan sumber hutan selain dari medium buatan manusia
  6. Perbentangan P.Point
  7. Tips-tips daripada penasihat eksplorasi
  8. Gambar Eksplorasi
  9. pengalaman/kenangan/ilmu/ikatan sosial pengajian.. :)

No Response to "Kembara seni visual"

Dengarkan celoteh Blogger dari IPG ( Suara dari guru pelatih dan pensyarah )